Monthly Archives: October 2012

Penolakan Ulama terhadap Wahhabi

Ikhwah, sebenarnya ramai ulama Ahlus Sunnah wal Jama`ah dari 4 mazhab, termasuk mazhab Hanbali, yang telah menulis memperjelaskan kesesatan dan kekeliruan puak Wahhabi pengikut Ibnu ‘Abdul Wahhab an-Najdi. Antaranya ialah:-
“Misbahul Anam wa Jala`udz Dzalam fi Radd Syubah al-bid`i an-Najdi allati adhalla bihal ‘awam” karangan Habib Alwi bin Ahmad bin Hasan bin Quthubul Habib Abdullah al-Haddad, beliau merupakan cicit kepada Imam al-Haddad yang masyhur.
“As-Saiful-Batir li ‘unuqil munkir ‘alal akabir” juga karangan Habib Alwi al-Haddad;
“As-Sarim al-Hindi fi ‘unuqin-Najdi” karangan Syaikh ‘Atha` al-Makki;
“As-Sarim al-Hindi fi ibanat tariqat asy-Syaikh an-Najdi” karangan Syaikh ‘Abdullah bin ‘Isa bin Muhammad as-San`ani;
“Tahakkum al-Muqallidin bi mudda`i tajdid ad-din” karangan Syaikh Muhammad bin ‘Abdur Rahman bin ‘Afaliq al-Hanbali, seorang ulama yang sezaman dengan Ibnu Abdul Wahhab dan telah mencabar keilmuannya sehingga Ibnu ‘Abdul Wahhab membisu seribu bahasa;
“Sawa`iqul Ilahiyyah fir raddi ‘alal Wahhabiyyah” karangan Syaikh Sulaiman bin ‘Abdul Wahhab al-Hanbali, saudara kandung Muhammad bin ‘Abdul Wahhab;
“Saiful Jihad li mudda`i al-ijtihad” karangan Syaikh ‘Abdullah bin ‘Abdul Lathif asy-Syafi`i;
“As-Sawa`iq war Ru`ud ‘ala al-Shaqi ‘Abd al-’Aziz ibn Sa`ud” karangan Syaikh ‘Afifudin ‘Abdulah bin Dawud al-Hanbali;
“Ad-Durarus Saniyyah fir raddi ‘alal Wahhabiyyah” karangan Syaikhul Islam Sayyidi Ahmad Zaini Dahlan, Mufti Makkah;
“Fitnatul Wahhabiyyah” karangan Sayyidi Ahmad Zaini Dahlan;
“Khulasatul Kalam fi bayani ‘umara` al-Balad al-Haram” karangan Sayyidi Ahmad Zaini Dahlan;
“Faydul Wahhab fi bayan ahl al-haq wa man dhalla ‘an ash-shawab” karangan Syaikh ‘Abdur Rabbih bin Sulaiman asy-Syafi`i;
“al-Basha`ir li munkiri at-tawassul ka amtsal Muhammad ibn Abdul Wahhab” karangan Syaikh Hamd-Allah ad-Dajwi;
“Al-Minha al-Wahhabiyyah fi radd al-Wahhabiyyah” karangan Syaikhul Islam Dawud bin Sulaiman al-Baghdadi al-Hanafi;
“‘Adzab Allah al-Mujdi li jununi al-munkiri an-Najdi” karangan Syaikh Muhammad ‘Asyiqur Rahman al-Habibi;
“Ghawtsul ‘Ibad bi bayan ar-rasyad” karangan Syaikh Mustafa al-Hamami al-Misri;
“Jalal al-Haqq fi kasyfi ahwal asyrar al-khalq” karangan Syaikh Ibrahim al-Hilmi al-Qadiri al-Iskandari;
“Maqalat al-Kawtsari” karangan Syaikh Muhammad Zahid al-Kawtsari al-Hanafi;
“Fajrul Shadiq fi ar-radd ‘ala munkiri at-tawassul wal khawariq” karangan Syaikh Jamil Effendi Sidqi az-Zahawi al-Baghdadi;
“Sa`adatud Darain fi al-radd ‘ala al-firqatain al-Wahhabiyyah wa muqallidat az-Zahiriyyah” karangan Syaikh Ibrahim al-Samnudi al-Mansuri.
Inilah antara kitab-kitab yang ditulis berbagai ulama membahas kesesatan dan penyelewengan ajaran Wahhabi. Sebenarnya ramai lagi ulama dan banyak lagi kitab serta tulisan yang sedemikian. Ulama-ulama Jawi juga ada menyentuh berhubung kesesatan puak Wahhabi ini dalam tulisan-tulisan mereka seperti mantan Mufti Negeri Sembilan Syaikh Ahmad bin Muhammad Sa`id al-Linggi al-Melayuwi dan Tuan Guru Haji ‘Abdul Qadir bin Haji Wangah bin ‘Abdul Lathif bin ‘Utsman al-Fathoni dalam karangannya berjodol “Risalah Irsyadul Jaawiyyin ila Sabilil ‘Ulama-il-’Aamiliin”. Maka terpulanglah kepada kita hendak mempercayai ulama yang ramai atau mempercayai sahaja kata-kata Muhammad bin Abdul Wahhab an-Najdi dan pengikut-pengikutnya.

Allahummahdi ila sawaa-is sabil

SUMBER:

http://ibadurrahman99.wordpress.com/2011/07/26/penolakan-ulama-terhadap-wahhabi/

MENJAWAB KEPADA GOLONGAN WAHHABI YANG MENGATAKAN AL-IMAM ABU AL-HASSAN AL-ASY`ARI MELALUI 3 PERINGKAT PEMIKIRAN

Ada artikel yang tersebar di kalangan sebahagian pakar, khususnya di kalangan golongan wahhabi yang mengatakan bahawa perjalanan pemikiran al-Imam Abu al-Hassan al-Asy`ari melalui tiga fasa perkembangan dalam kehidupan beliau.[1]
Pertama:
Fasa ketika al-Imam Abu al-Hassan al-Asy`ari mengikuti fahaman Muktazilah dan menjadi salah satu tokoh Muktazilah hingga berusia 40 tahun.
Kedua:
Fasa di mana al-Imam Abu al-Hassan al-Asy`ari keluar dari aliran Muktazilah dan merintis mazhab pemikiran teologis (ilmu akidah) dengan mengikuti mazhab Ibn Kullab.
Ketiga:
Fasa di mana al-Imam Abu al-Hassan al-Asy`ari keluar daripada mazhab yang dirintisnya iaitu mengikuti mazhab Ibn Kullab dan kembali kepada Ahl al-Sunnah Wa al-Jama`ah yang mengikut manhaj Salaf al-Salih dengan mengarang sebuah kitab yang berjudul al-Ibanah `an Usul al-Diyanah.
Berdasarkan hal ini, golongan Wahhabi membuat kesimpulan bahawa mazhab al-Asy`ari yang berkembang dan diikuti oleh majoriti kaum muslimin hingga dewasa ini adalah pemikiran al-Imam Abu al-Hassan al-Asy`ari pada fasa kedua iaitu mengikuti mazhab Ibn Kullab yang bukan daripada fahaman Ahl al-Sunnah Wa al-Jama`ah dan telah dibuang oleh al-Imam al-Asy`ari, dengan kitab terakhir yang ditulis oleh al-Imam Abu al-Hassan al-Asy`ari iaitu al-Ibanah `an Usul al-Diyanah.
Oleh yang demikian, mazhab al-Asy`ari yang ada sekarang sebenarnya mengikuti mazhab Ibn Kullab yang bukan daripada fahaman Ahl al-Sunnah Wa al-Jama`ah dan tidak mengikuti mazhab al-Asy`ari dalam fasa ketiga yang asli iaitu Ahl al-Sunnah Wa al-Jama`ah. Inilah kenyataan daripada artikel yang direka oleh golongan Wahhabi/Salafi dakwaan dan disebar secara menyeluruh oleh mereka pada dewasa ini.
Oleh itu, artikel yang dibuat oleh golongan Wahhabi ini sudah tentu mempunyai banyak pendustaan mengenai fakta sejarah dan fakta ilmiah. Sebelum kita mengkaji artikel di atas satu persatu, ada baiknya kita memperincikan terlebih dahulu makna yang tersembunyi (hidden meaning) di sebalik artikel itu. Apabila hal tersebut dikaji, ada tiga makna yang tersembunyi di sebalik artikel tersebut.
Pertama:
Perkembangan pemikiran al-Imam Abu al-Hassan al-Asy`ari melalui tiga fasa di dalam kehidupannya, iaitu Muktazilah, mengikuti mazhab Ibn Kullab dan terakhir sekali, beliau kembali kepada ajaran Ahl al-Sunnah Wa al-Jama`ah. Ini adalah artikel pokok yang dipropagandakan oleh golongan Wahhabi. Artikel ini menyembunyikan dua artikel disebaliknya.
Kedua:
Abdullah bin Sa`id bin Kullab bukan pengikut Ahl al-Sunnah Wa al-Jama`ah.
Ketiga:
Kitab al-Ibanah `an Usul al-Diyanah merupakan fasa terakhir dalam kehidupan al-Imam Abu al-Hassan al-Asy`ari iaitu fasa kembalinya al-Imam Abu al-Hassan al-Asy`ari kepangkuan ajaran Salaf al-Salihatau Ahl al-Sunnah Wa al-Jama`ah.
SANGGAHAN/BANTAHAN
Pertama, Pemikiran al-Imam Abu al-Hassan al-Asy`ari melalui tiga fasa???
Benarkah pemikiran al-Imam Abu Hassan al-Asy`ari melaui tiga peringkat perkembangan di dalam kehidupannya???
Untuk menjawab pertanyaan ini, kita harus mengamati dan mengkaji sejarah kehidupan al-Imam Abu al-Hassan al-Asy`ari yang ditulis oleh para alim ulama’. Al-Imam Abu al-Hassan al-Asy`ari merupakan salah seorang tokoh kaum Muslimin yang sangat masyhur dan mempunyai fakta yang jelas. Beliau bukan tokoh kontroversial dan bukan tokoh yang misteri iaitu perjalanan hidupnya tidak diketahui orang, lebih-lebih lagi berkaitan dengan hal yang amat penting seperti yang kita bicarakan ini. Seandainya kehidupan al-Imam Abu al-Hassan al-Asy`ari seperti kenyataan dalam artikel yang di reka oleh Wahhabi/Salafi dakwaan itu, menyatakan bahawa al-Imam Abu al-Hassan al-Asy`ari melalui tiga fasa perkembangan pemikiran, maka sudah tentu para sejarawan akan menyatakannya dan menjelaskannya di dalam buku-buku sejarah. Maklumat mengenai ini juga sudah pasti akan masyhur dan tersebar luas sebagaimana fakta sejarah hanya menyatakan bahawa al-Imam Abu al-Hassan al-Asy`ari hanya bertaubat dan meninggalkan fahaman Muktazilah sahaja.
Semua sejarawan yang menulis biografi al-Imam Abu al-Hassan al-Asy`ari hanya menyatakan kisah naiknya al-Imam Abu al-Hassan al-Asy`ari ke atas mimbar di masjid Jami` Kota Basrah dan berpidato dengan menyatakan bahawa beliau telah keluar daripada fahaman Muktazilah. Di sini kita bertanya, adakah sejarawan yang menyatakan kisah al-Imam Abu al-Hassan al-Asy`ari keluar dari fahaman pemikiran Abdullah bin Sa`id bin Kullab? Sudah tentu jawapannya, tidak ada.
Apabila kita menelaah atau meneliti buku-buku sejarah, kita tidak akan mendapatkan fakta atau maklumat yang mengatakan al-Imam Abu al-Hassan al-Asy`ari bertaubat dari ajaran Ibn Kullab baik secara jelas mahupun samar. Oleh itu, maklumat atau fakta yang kita dapati ialah kesepakatan para sejarawan bahawa setelah al-Imam Abu Hassan al-Asy`ari bertaubat daripada fahaman Muktazilah, beliau kembali kepada ajaran Salaf al-Salih seperti kitab al-Ibanah dan lain-lain yang ditulisnya dalam rangka membela mazhab Ahl al-Sunnah Wa al-Jama`ah.
Al-Imam Abu Bakr bin Furak berkata[2]:
“Syaikh Abu al-Hassan Ali bin Ismail al-Asy`ari radiyallahu`anhu berpindah daripada mazhab Muktazilah kepada mazhab Ahl al-Sunnah Wa al-Jama`ah dan membelanya dengan hujjah-hujjah rasional dan menulis karangan-karangan dalam hal tersebut…”
Sejarawan terkemuka, al-Imam Syamsuddin Ibn Khallikan berkata[3]:
“Abu al-Hassan al-Asy`ari adalah perintis pokok-pokok akidah dan berupaya membela mazhab Ahl al-Sunnah. Pada mulanya Abu al-Hassan adalah seorang Muktazilah, kemudian beliau bertaubat dari pandangan tentang keadilan Tuhan dan kemakhlukan al-Quran di masjid Jami` Kota Basrah pada hari Jumaat”.
Sejarawan al-Hafiz al-Zahabi berkata[4]:
“Kami mendapat informasi bahawa Abu al-Hassan al-Asy`ari bertaubat dari fahaman Muktazilah dan naik ke mimbar di Masjid Jami’ Kota Basrah dengan berkata, “Dulu aku berpendapat bahawa al-Quran itu makhluk dan…Sekarang aku bertaubat dan bermaksud membantah terhadap fahaman Muktazilah”.
Sejarawan terkemuka, Ibn Khaldun berkata[5]:
“Hingga akhirnya tampil Syaikh Abu al-Hassan al-Asy`ari dan berdebat dengan sebahagian tokoh Muktazilah tentang masalah-masalah shalah dan aslah, lalu dia membantah metodologi mereka (Muktazilah) dan mengikut pendapat Abdullah bin Said bin Kullab, Abu al-Abbas al-Qalanisi dan al-Harith al-Muhasibi daripada kalangan pengikut Salaf dan Ahl al-Sunnah”.
Fakta yang dikemukakan oleh Ibn Khaldum tersebut menyimpulkan bahawa setelah al-Imam Abu al-Hassan al-Asy`ari keluar daripada fahaman Muktazilah, beliau mengikuti mazhab Abdullah bin Sa`id bin Kullab, al-Qalanisi dan al-Muhasibi yang merupakan pengikut ulama’ Salaf dan Ahl al-Sunnah Wa al-Jama`ah.
Demikian juga, maklumat atau fakta sejarah yang dinyatakan di dalam buku-buku sejarah yang menulis biografi al-Imam Abu al-Hassan al-Asy`ari seperti Tarikh Baghdad karya al-Hafiz al-Khatib al-Baghdadi, Tabaqat al-Syafi`eyyah al-Kubra karya al-Subki,Syadzarat al-Dzahab karya Ibn al-Imad al-Hanbali, al-Kamil fi al-Tarikh karya Ibn al-Atsir, Tabyin Kizb al-Muftari karya al-Hafiz Ibn Asakir, Tartib al-Madarik karya al-Hafiz al-Qadhi Iyadh, Tabaqat al-Syafi`eyyah karya al-Asnawi, al-Dibaj al-Muadzahhab karya Ibn Farhun, Mir`at al-Janan karya al-Yafi`I dan lain-lain, semunya sepakat bahawa setelah al-Imam Abu al-Hassan al-Asy`ari keluar dari fahaman Muktazilah, beliau kembali kepada mazhab Ahl al-Sunnah Wa al-Jama`ah yang mengikut metodologi Salaf.
Disamping itu, seandainya al-Imam Abu Hassan al-Asy`ari ini melalui tiga peringkat aliran pemikiran, maka sudah tentu hal tersebut akan diketahui dan dikutip oleh murid-murid dan para pengikutnya kerana mereka semua adalah orang yang paling dekat dengan al-Imam Abu al-Hassan al-Asy`ari dan orang yang melakukan kajian tentang pemikiran dan sejarah perjalanan hidupnya. Oleh itu sudah semestinya mereka akan lebih mengetahui daripada orang lain yang bukan pengikutnya, lebih-lebih lagi melibatkan tokoh besar iaitu al-Imam Abu al-Hassan al-Asy`ari yang pasti menjadi buah mulut pelajar dan para alim ulama’. Oleh itu jelaslah, bahawa ternyata selepas kita merujuk kepada kenyataan murid-murid dan para pengikut al-Imam Abu al-Hassan al-Asy`ari, kita tidak akan menemui fakta sejarah yang menyatakan bahawa al-Imam Abu al-Hassan telah melalui tiga fasa pemikiran yang di dakwa oleh golongan Wahhabi/Salafi dakwaan.
Imam Abu al-Hassan al-Asy`ari dan para pengikutnya bersepakat bahawa al-Imam Abu al-Hassan al-Asy`ari telah meninggalkan fahaman Muktazilah dan beliau berpindah kepada Ahl al-Sunnah Wa al-Jama`ah seperti yang diikuti oleh al-Harith al-Muhasibi, Ibn Kullab, al-Qalanisi, al-Karabisi dan lain-lain.
Apabila kita mengkaji karya-karya para alim ulama’ yang mengikut dan pendukung mazhab al-Asy`ari seperti karya-karya yang dikarang oleh al-Qadhi Abu Bakar al-Baqillani, al-Syaikh Abu Bakr bin Furak, Abu Bakr al-Qaffal al-Syasyi, Abu Ishaq al-Syirazi, al-Hafiz al-Baihaqi dan lain-lain. Kita semua tidak akan menemukan satu fakta pun yang menyatakan bahawa al-Imam Abu al-Hassan al-Asy`ari meninggalkan mazhab yang dihidupkan kembali olehnya iaitu Ahl al-Sunnah Wa al-Jama`ah, sehingga tidak rasional apabila golongan Wahhabi/Salafi dakwaan mengatakan al-Imam Abu al-Hassan al-Asy`ari telah meninggalkan mazhabnya tanpa diketahui oleh para murid-muridnya dan pendukungnya. Ini adalah kenyataan yang tidak masuk akal dan dusta sama sekali yang jauh dari kebenaran.
Golongan Wahhabi/Salafi dakwaan ini menyatakan bahawa al-Imam Abu al-Hassan al-Asy`ari meninggalkan mazhab yang dirintiskan olehnya bersandarkan metodologi al-Imam Abu al-Hassan al-Asy`ari di dalam kitabnya al-Ibanah `an Usul al-Diyanah dan sebahagian kitab-kitab lainnya yang mengikuti metodologi tafwidh berkaitan sifat-sifat Allah di dalam al-Quran dan al-Sunnah. Metodologi tafwidh ini adalah metodologi majoriti ulama’-ulama’ Salaf al-Salih. Berdasarkan hal ini, al-Imam Abu al-Hassan al-Asy`ari dianggap menyalahi atau meninggalkan metodologi Ibn Kullab yang tidak mengikuti metodologi salaf sebagaimana yang di dakwa oleh golongan Wahhabi ini.
Dari sini lahirlah sebuah pertanyaan, apakah isi kitab al-Ibanah yang di dakwa sebagai mazhab Salaf bertentangan dengan metodologi Ibn Kullab, atau dengan kata lain, adakah Ibn Kullab bukan pengikut mazhab Salaf seperti yang ditulis oleh al-Imam Abu al-Hassan al-Asy`ari di dalam kitab al-Ibanah??? Pertanyaan di atas membawa kepada kita untuk mengkaji kenyataan berikutnya.
KEDUA, IBN KULLAB BUKAN ULAMA’ SALAF DAN AHL AL-SUNNAH WA AL-JAMA`AH???
Setelah al-Imam Abu al-Hassan al-Asy`ari meninggalkan fahaman Muktazilah, dia mengikuti metodologi Abdullah bin Sa`id bin Kullab al-Qaththan al-Tamimi. Artikel tersebut telah menjadi kesepakatan bagi kita dengan kelompok yang mengatakan bahawa pemikiran al-Imam Abu al-Hassan al-Asy`ari melalui tiga fasa tetapi mereka berbeza dengan kita, kerana kita mengatakan bahawa metodologi Ibn Kullab sebenarnya sama dengan metodologi Salaf, kerana Ibn Kullab sendiri termasuk dalam kalangan tokoh ulama’ Ahl al-Sunnah Wa al-Jama`ah yang mengikuti metodologi Salaf. Hal ini boleh dilihat dengan memperhatikan pernyataan para pakar berikut ini.
Al-Imam Tajuddin al-Subki telah berkata[6]:
“Bagaimanapun Ibn Kullab termasuk Ahl al-Sunnah…Aku melihat al-Imam Dhiyauddin al-Khatib, ayah al-Imam Fakhruddin al-Razi, menyebutkan Abdullah bin Said bin Kullab di dalam akhir kitabnya Ghayat al-Maram fi `Ilm al-Kalam, berkata: “Di antara teologi Ahl al-Sunnah pada masa khalifah al-Makmun adalah Abdullah bin Said al-Tamimi yang telah mengalahkan Muktazilah di dalam majlis al-Makmun dan memalukan mereka dengan hujjah-hujjahnya”
Al-Hafiz Ibn Asakir al-Dimasyqi telah berkata[7]:
“Aku pernah membaca tulisan Ali bin Baqa’ al-Warraq, ahli hadith dari Mesir, berupa surat yang ditulis oleh al-Imam Abu Muhammad Abdullah bin Abi Zaid al-Qairawani, seorang pakar ahli Fiqh mazhab al-Maliki dan tokoh terkemuka pengikut mazhab al-Imam Malik di Maroco pada masanya, kepada Ali bin Ahmad bin Ismail al-Baghdadi al-Muktazili sebagai jawapan terhadap surat yang ditulisnya kepada kalangan pengikut mazhab Maliki di Qairawan kerana telah memasukkan pandangan-pandangan Muktazilah. Surat tersebut sangat panjang sekali, telah menisbahkan Ibn Kullab terhadap bid`ah, padahal anda tidak pernah menceritakan suatu pendapat dari Ibn Kullab yang membuktikan dia memang layak disebut ahli bid`ah. Kami tidak pernah menemukan seorang ulama’ yang menisbahkan Ibn Kullab terhadap ajaran bid`ah. Justeru maklumat yang kami terima, Ibn Kullab termasuk pengikut Ahl al-Sunnah yang melakukan bantahan terhadap Jahmiyyah dan pengikut ahli bid`ah lainnya”.
Data sejarah yang disampaikan oleh al-Hafiz Ibn Asakir di atas memuatkan kesaksian yang sangat penting dari ulama’ sekaliber al-Imam Ibn Abi Zaid al-Qairawani terhadap Ibn Kullab, bahawa ia termasuk pengikut Ahl al-Sunnah Wa al-Jama`ah dan bukan pengikut ahli bid`ah.
Al-Hafiz al-Zahabi telah berkata[8]:
“Ibn Kullab adalah tokoh agama yang paling dekat ke Ahl al-Sunnah Wa al-Jama`ah bahkan termasuk juru debat mereka”.
Pernyataan al-Zahabi tersebut dipertegas oleh al-Syaikh Syuaib al-Arnauth yang mengomentarinya dengan mengatakan:
“Ibn Kullab adalah pemimpin dan rujukan Ahl al-Sunnah pada masanya. Al-Imam al-Haramain menyebutkan di dalam kitabnya al-Irsyad bahawa dia termasuk sahabat kami(mazhab al-Asy`ari)”.
Demikian pula al-Hafiz Ibn Hajar al-`Asqalani menyatakan bahawa Ibn Kullab sebagai pengikut Salaf dalam hal meninggalkan takwil terhadap ayat-ayat dan hadith-hadith mutasyabihat yang berkaitan dengan sifat Allah. Mereka juga disebut dengan golonganmufawwidhah (yang melakukan tafwidh).[9]
Dari paparan di atas dapatlah disimpulkan bahawa al-Imam Ibn Kullab termasuk dalam kalangan ulama’ Ahl al-Sunnah Wa al-Jama`ah dan konsisten dengan metodologi Salaf al-Salih dalam pokok-pokok akidah dan keimanan. Mazhabnya menjadi inspirasi al-Imam Abu al-Hassan al-Asy`ari (perintis mazhab al-Asy`ari).
Di sini mungkin ada yang bertanya apakah metodologi Ibn Kullah hanya diikuti oleh al-Imam al-Asy`ari???
Jawapannya adalah tidak. Metodologi Ibn Kullab tidak hanya diikuti oleh al-Imam Abu al-Hassan al-Asy`ari sahaja, akan tetapi diikuti juga oleh ulama’ besar seperti al-Imam al-Bukhari iaitu pengarangSahih al-Bukhari, kitab hadith yang menduduki peringkat terbaik dalam segi kesahihannya. Dala konteks ini, al-Hafiz Ibn Hajar al-`Asqalani telah berkata[10]:
“الْبُخَارِيُّ فِيْ جَمِيْعِ مَا يُوْرِدُهُ مِنْ تَفْسِيْرِ الْغَرِيْبِ إِنَّمَا يَنْقُلُهُ عَنْ أَهْلِ ذَلِكَ الْفَنِّ كَأَبِيْ عُبَيْدَةَ وَالنَّضَرِ بْنِ شُمَيْلٍ وَالْفَرَّاءِ وَغَيْرِهِمْ, وَأَمَّا الْمَبَاحِثُ الْفِقْهِيَّةُ فَغَالِبُهَا مُسْتَمَدَّةٌ لَهُ مِنَ الشَّافِعِيِّ وَأَبِيْ عُبَيْدٍ وَأَمْثَالِهِمَا, وَأَمَّا الْمَسَائِلُ الْكَلامِيَّةُ فَأَكْثَرُهَا مِنَ الْكَرَابِيْسِيِّ وَابْنِ كُلاَّبٍ وَنَحْوِهِمَا”.
Maksudnya:
“Al-Bukhari dalam semua yang disajikannya berkaitan dengan penafsiran lafaz-lafaz yang gharib (aneh), mengutipnya dari pakar-pakar bidang tersebut seperti Abu Ubaidah, al-Nahzar bin Syumail, al-Farra’ dan lain-lain. Adapun kajian-kajian fiqh, sebahagian besar diambilnya dari al-Syafi`e, Abu Ubaid dan semuanya. Sedangkan permasalahan-permasalahan teologi (ilmu kalam), sebahagian besar diambilnya dari al-Karrabisi, Ibn Kullab dan sesamanya”.
Pernyataan al-Hafiz Ibn Hajar al-`Asqalani tersebut menyimpulkan bahawa al-Imam Abdullah bin Said bin Kullab adalah Ahl al-Sunnah Wa al-Jama`ah yang mengikuti metodologi ulama’ Salaf, oleh kerana itu dia juga diikuti oleh al-Imam al-Bukhari, Abu al-Hassan al-Asy`ari dan lain-lain.
Di sini mungkin ada yang bertanya, apabila Ibn Kullab termasuk salah seorang tokoh ulama’ Salaf dan mengikuti Ahl al-Sunnah Wa al-Jama`ah, beliau (Ibn Kullab) juga diikuti oleh banyak ulama’ seperti al-Imam al-Bukhari dan lain-lain, lalu mengapa Ibn Kullab dituduh menyimpang dari metodologi Salaf atau Ahl al-Sunnah Wa al-Jama`ah???
Hal tersebut sebenarnya datang daripada satu persoalan, iaitu tentang pendapat apakah bacaan seseorang terhadap al-Quran termasuk makhluk atau tidak. Al-Imam Ahmad bin Hanbal dan pengikutnya berpandangan untuk tidak menetapkan apakah bacaan seseorang terhadap al-Quran itu makhluk atau bukan. Menurut al-Imam Ahmad bin Hanbal, pandangan bahawa bacaan seseorang terhadap al-Quran termasuk makhluk adalah bid`ah. Sementara al-Karabisi, Ibn Kullab, al-Muhasibi, al-Qalanisi, al-Bukhari, Muslim dan lain-lain berpandangan tegas, bahawa bacaan seseorang terhadap al-Quran adalah makhluk. Berangkat dari perbezaan pandangan tersebut akhirnya kelompok al-Imam Ahmad bin Hanbal menganggap kelompok Ibn Kullab termasuk ahli bid`ah, meskipun sebenarnya kebenaran dalam hal tersebut berada di pihak Ibn Kullab dan kelompoknya. Dalam konteks ini al-Hafiz al-Zahabi telah berkata[11]:
“وَلا رَيْبَ أَنَّ مَا ابْتَدَعَهُ الْكَرَابِيْسِيُّ وَحَرَّرَهُ فِيْ مَسْأَلَةِ اللَّفْظِ وَأَنَّهُ مَخْلُوْقٌ هُوَ حَقٌّ, لَكِنْ أَبَاهُ الإِمَامُ أَحْمَدُ لِئَلاَّ يُتَذَرَّعَ بِهِ إِلَى الْقَوْلِ بِخَلْقِ الْقُرْآنِ فَسَدَّ الْبَابَ”.
Maksudnya:
“Tidak diragukan lagi bahawa pandangan yang dibuat dan ditegaskan oleh al-Karabisi tentang masalah pelafazan al-Quran (oleh pembacanya) dan bahawa hal itu adalah makhluk, adalah pendapat yang benar. Akan tetapi al-Imam Ahmad enggan membicarakannya kerana khuatir membawa kepada pandangan kemakhlukan al-Quran. Sehingga al-Imam Ahmad lebih cenderung menutup pintu tersebut rapat-rapat”.
Dari paparan di atas dapat disimpulkan bahawa Ibn Kullab bukanlah ulama’ yang menyimpang dari metodologi Salaf yang mengikuti fahaman Ahl al-Sunnah Wa al-Jama`ah, sehingga mazhabnya juga diikuti oleh al-Imam al-Bukhari, al-Asy`ari dan lain-lain. Sekarang apabila demikian, dari mana asal-usul pendapat bahawa al-Imam Abu al-Hassan al-Asy`ari telah meninggalkan mazhab dan pendapat-pendapatnya yang mengikuti Ibn Kullab?
Pertanyaan ini mengajak kita untuk mengkaji artikel yang terakhir berikut ini.
KETIGA, KITAB AL-IBANAH AN USUL AL-DIYANAH
Kitab al-Ibanah `an Usul al-Diyanah di dakwa sebagai hujjah bagi golongan yang mengatakan bahawa pemikiran al-Imam Abu al-Hassan al-Asy`ari melalui tiga fasa perkembangan di dalam kehidupannya. Memang harus diakui, bahawa al-Imam Abu al-Hassan al-Asy`ari di dalam kitab al-Ibanah dan sebahagian kitab-kitab yang lain juga dinisbahkan terhadapnya mengikuti metodologi yang berbeza dengan kitab-kitab yang pernah dikarang olehnya. Di dalam kitab al-Ibanah, al-Imam Abu al-Hassan al-Asy`ari mengikuti metodologi tafwidh yang diikuti oleh majoriti ulama’ Salaf berkaitan dengan ayat-ayat mutasyabihat. Berdasarkan hal ini, sebahagian golongan memahami bahawa al-Imam Abu al-Hassan al-Asy`ari sebenarnya telah meninggalkan mazhabnya yang kedua iaitu mazhab Ibn Kullab, dan kini beralih kepada metodologi Salaf.
Di atas telah kami paparkan, bahawa Ibn Kullab bukanlah ahli agama yang menyalahi ulama’ Salaf. Bahkan dia termasuk dalam kalangan ulama’ Salaf dan konsisten mengikuti metodologi tafwidh sebagaimana yang dijelaskan oleh al-Hafiz Ibn Hajar al-`Asqalani di dalam kitabnya Lisan al-Mizan. Paparan di atas sebenarnya telah cukup untuk membatalkan dakwaan yang mengatakan bahawa al-Imam Abu al-Hassan al-Asy`ari meninggalkan metodologi Ibn Kullab dan berpindah ke metodologi Salaf, kerana Ibn Kullab sendiri termasuk dalam kalangan ulama’ Salaf yang konsisten dengan metodologi Salaf.
Oleh itu, bagaimana dengan kitab al-Ibanah yang menjadi dasar kepada kelompok yang mengatakan bahawa al-Imam Abu al-Hassan al-Asy`ari telah meninggalkan pendapatnya yang mengikuti Ibn Kullab?
Di sini, dapatlah kita ketahui bahawa kitab al-Ibanah yang asli telah membatalkan kenyataan golongan Wahhabi yang mengatakan bahawa al-Imam Abu al-Hassan al-Asy`ari telah meninggalkan pendapatnya yang mengikuti Ibn Kullab, kerana kitab al-Ibanah di tulis untuk mengikuti metodologi Ibn Kullab, sehingga tidak mungkin dakwaan yang mengatakan bahawa al-Imam Abu al-Hassan al-Asy`ari telah meninggalkan pendapat tersebut. Ada beberapa fakta sejarah yang mengatakan bahawa al-Imam Abu al-Hassan al-Asy`ari menulis kitab al-Ibanah dengan mengikut metodologi Ibn Kullab, kenyataan ini disebut oleh al-Hafiz Ibn Hajar al-`Asqalani di dalam kitabnya Lisan al-Mizan iaitu[12]:
“وَ عَلَى طَرِيْقَتِهِ, يَعْنِي ابْنُ كُلاَّبٍ, مَشَى الأَشْعَرِيُّ فِيْ كِتَابِ الإِبَانَةِ”.
Maksudnya:
“Metodologi Ibn Kullab diikuti oleh al-Asy`ari di dalam kitab al-Ibanah”.
Pernayataan al-Hafiz Ibn Hajar al-`Asqalani ini menambah keyakinan kita bahawa Ibn Kullab konsisten dengan metodologiSalaf al-Salih dan termasuk ulama’ mereka, kerana kitab al-Ibanahyang dikarang oleh al-Imam Abu al-Hassan al-Asy`ari pada akhir hayatnya dan mengikuti metodologi Salaf, juga mengikuti metodologi Ibn Kullab. Hal ini membawa kepada kesimpulan bahawa metodologi Salaf dan metodologi Ibn Kullab ADALAH SAMA, dan itulah yang diikuti oleh al-Imam Abu al-Hassan al-Asy`ari setelah keluar dari Muktazilah.
Dengan demikian, kenyataan al-Hafiz Ibn Hajar al-`Asqalani tersebut juga telah membatalkan dakwaan golongan Wahhabi melalui kenyataan mereka yang mengatakan bahawa pemikiran al-Imam Abu al-Hassan al-Asy`ari mengalami tiga fasa perkembangan. Bahkan kenyataan tersebut dapat menguatkan lagi kenyataan yang menyatakan bahawa pemikiran al-Imam Abu al-Hassan al-Asy`ari hanya mengalami dua fasa perkembangan sahaja iaitu fasa ketika mengikuti fahaman Muktazilah dan fasa kembalinya al-Imam Abu al-Hassan al-Asy`ari kepada metodologi Ahl al-Sunnah Wa al-Jama`ah yang sebenar sebagaimana yang diikuti oleh Ibn Kullab, al-Muhasibi, al-Qalanisi, al-Karabisi, al-Bukhari, Muslim, Abu Tsaur, al-Tabari dan lain-lain. Dalam fasa kedua ini al-Imam Abu al-Hassan al-Asy`ari mengarang kitab al-Ibanah.
Dalil lain yang menguatkan lagi bahawa kitab al-Ibanah yang dikarang oleh al-Imam Abu al-Hassan al-Asy`ari sesuai dengan mengikut metodologi Ibn Kullab adalah fakta sejarah, kerana al-Imam Abu al-Hassan al-Asy`ari pernah menunjukkan kitab al-Ibanah tersebut kepada sebahagian ulama’ Hanabilah di Baghdad yang sangat menitik beratkan tentang fakta, mereka telah menolak kitab al-Ibanah tersebut kerana tidak setuju terhadap metodologi al-Imam Abu al-Hassan al-Asy`ari. Di dalam hal ini, al-Hafiz al-Zahabi telah berkata[13]:
“إِنَّ الأَشْعَرِيَّ لَمَّا قَدِمَ بَغْدَادَ جَاءَ إِلَى أَبِيْ مُحَمَّدٍ الْبَرْبَهَارِيِّ, فَجَعَلَ يَقُوْلُ: رَدَدْتُ عَلَى الْجُبَّائِيِّ, رَدَدْتُ عَلَى الْمَجُوْسِ, وَعَلَى النَّصَارَى. فَقَالَ أَبُوْ وَصَنَّفَ الاِبَانَةَ فَلَمْ يَقْبَلْ مِنْهُ”.
Maksudnya:
“Ketika al-Asy`ari datang ke Baghdad, dia mendatangi Abu Muhammad al-Barbahari (ketua mazhab Hanbali) dan berkata : Aku telah membantah al-Jubba’i. Aku telah membantah Majusi. Aku telah membantah Kristian. Abu Muhammad menjawab, Aku tidak mengerti maksud perkataanmu dan aku tidak mengenal kecuali apa yang dikatakan oleh al-Imam Ahmad. Kemudian al-Asy`ari pergi dan menulis kitab al-Ibanah. Ternyata al-Barbahari tetap tidak menerima al-Asy`ari”.
Fakta sejarah di atas menyimpulkan, bahawa al-Barbahari mewakili kelompok Hanabilah tidak menerima konsep yang ditawarkan oleh al-Imam Abu al-Hassan al-Asy`ari. Kemudian al-Imam Abu al-Hassan al-Asy`ari menulis kitabal-Ibanah dan diajukan kepada al-Barbahari, ternayata ditolaknya juga. Hal ini menjadi bukti bahawa al-Ibanah yang asli ditulis oleh al-Imam Abu al-Hassan al-Asy`ari tidak sama dengan kitab al-Ibanah yang kini diikuti oleh golongan Wahhabi. Kitab al-Ibanah yang asli sebenarnya mengikut metodologi Ibn Kullab.
Perlu diketahui pula, bahawa sebelum fasa al-Imam Abu al-Hassan al-Asy`ari, kelompok Hanabilah yang cenderung kepada penelitian fakta itu telah menolak metodologi yang ditawarkan oleh Ibn Kullab, al-Bukhari, Muslim, Abu Thaur, al-Tabari dan lain-lain berkaitan dengan MASALAH BACAAN SESEORANG TERHADAP AL-QURAN APAKAH TERMASUK MAKHLUK ATAU BUKAN.
Sekarang, apabila kitab al-Ibanah yang asli sesuai dengan metodologi Ibn Kullab, lalu bagaimana dengan kitab al-Ibanah yang tersebar dewasa ini yang menjadi dasar kaum Wahhabi untuk mendakwa bahawa al-Asy`ari telah membuang mazhabnya?
Berdasarkan kajian yang mendalam, para pakar telah membuat kesimpulan bahawa kitab al-Ibanah yang dinisbahkan kepada al-Imam Abu al-Hassan al-Asy`ari tersebut telah tersebar dewasa ini penuh dengan tahrif/distoris, pengurangan dan penambahan. Terutama kitab al-Ibanah yang diterbitkan di Saudi Arabia.
Khas kepada mereka yang JUJUR ingin memahami tentang jawapan daripada dakwaan golongan Wahhabi mengenai al-Imam Abu al-Hassan al-Asy`ari bertaubat dari manhaj yang disusun oleh beliau sekarang ini. Kami sediakan artikel ini agar kekeliruan yang di cetus oleh golongan Wahhabi ini dapat dipadamkan. Artikel ini perlu dibaca sehingga habis, jika tidak anda tidak akan faham. Baca perlahan-lahan dan elakkan membaca dalam keadaan emosi.
RUJUKAN
[1] Abd al-Rahman bin Saleh al-Mahmud(1995), Mauqif Ibn Taimiyah min al-Asya`irah, Maktabah al-Rusyd, Riyadh, h. 378.
[2] Al-Hafiz Ibn Asakir(1374 H), Tabyin Kizb al-Muftari, al-Taufiq, Damaskus, h. 127.
[3] Al-Imam Ibn Khallikan(1994), Wafayat al-A`yan, Dar Shadir,Beirut, ed. Ihsan Abbas, juz 3, h. 284.
[4] Al-Hafiz al-Zahabi(1994), Syiar A`lam al-Nubala, Muassasah al-Risalah, Beirut, ed. Syuaib al-Arnauth, h. 89.
[5] Ibn Khaldum(2001), al-Muqaddimah, Dar al-Fikr, Beirut, ed. Khalil Syahadah, h. 853
[6] Al-Subki(t.t), Tabaqat al-Syafi`eyyah al-Kubra, Dar Ihya’ al-Kutub, Beirut, ed Abdul Fattah Muhammad dan Mahmud al-Tanahi, juz 2, h. 300
[7] Al-Hafiz Ibn Asakir(1347 H), Tabyin Kizb al-Muftari, al-Taufik, Damaskus, h. 405.
[8] Al-Zahabi(1994), Siyar A`lam al-Nubala, Muassasah al-Risalah, Beirut, ed, Syuaib al-Arnauth, juz 11, h. 175
[9] Ibn Hajar al-`Asqalani(t.t.), Lisan al-Mizan, Dar, al-Fikr, Beirut, juz 3, h. 291
[10] Ibn Hajar al-`Asqalani(t.t), Syarh Sahih al-Bukhari, Salafiyyah, Cairo, juz 1, h. 293
[11] Al-Zahabi(1994), Siyar A`lam al-Nubala, Muassasah al-Risalah, Beirut, ed, Syuaib al-Arnauth, juz 12, h. 82 dan juga juz 11, h. 510
[12] Ibn Hajar al-`Asqalani(t.t.), Lisan al-Mizan, Dar, al-Fikr, Beirut, juz 3, h. 291
[13] Al-Zahabi(1994), Siyar A`lam al-Nubala, Muassasah al-Risalah, Beirut, ed, Syuaib al-Arnauth, juz 12, h. 82 dan juga juz 15, h. 90 dan Ibn Abi Ya’la al-Farra’(t.t.) Tabaqat al-Hanabilah, Salfiyyah, Cairo, ed. Hamid al-Faqi, juz 2, h. 18

SUMBER:

http://bahrulkalam.blogspot.com/2010/08/wahhabi-buat-fitnah-lagi.html

JANGAN JADI MUTASALLIF

Mutasallif adalah kalimah yang dimasyhurkan oleh seorang ulama besar dari Negara Mesir yang bernama As-Syaikh Zaki Ibrahim didalam bukunya yang bertajuk “ ‘Usmah An-Nabi ”[4].

Mutasallif adalah “isim Fail” yang memberi maksud “orang yang berpura-pura salafi”, seperti kalimah “so’im” yang mengandungi makna “orang yang puasa”, tetapi “mutaso’im” mengandungi makna “orang yang berpura-pura puasa”.

Rata-rata golongan yang mendakwa mereka sebagai salafi, apabila dilihat kepada amalan dan penghujahan dalil, di fahami bahawa mereka bukanlah salafi, tetapi mereka adalah mutasallif. Ini kerana, jika di perhatikan dari sudut penghujahan dalil, banyak hujjah-hujjah mereka tidak “berpijak” kepada penghujahan yang tepat.

Mereka sekadar beristidlal dari beberapa nas dan dalil, tanpa mempunyai syarat-syarat “mustanbit” (orang yang layak mengeluarkan hukum).

Semasa belajar di Mesir, aku tinggal bersama rakan-rakan dari Indonesia yang mendakwa mereka sebagai salafi. Setelah berkawan dengan mereka beberapa ketika, didapati mereka mudah mengeluarkan hukum dengan semata-mata membaca beberapa ayat Al-Quran dan beberapa Hadis, sedangkan mereka sendiri mempunyai kelemahan didalam memahami Bahasa Arab dari sudut Nahu dan Sorofnya.

Pem“bidaah”an secara “membabi buta” tanpa melihat kepada perkara yang dibidaahkan merupakan amalan “mutasallif”, bukan salafi.

Ini kerana, didalam pengajian Fiqh, mengetahui sesuatu yang hendak dihukumkan itu perlu diketahui terlebih dahulu sebelum dijatuhkan hukum.

Kaedah fiqh menyatakan;

“Hukum atas sesuatu adalah satu furu’ daripada gambarannya[5]”

Seorang Tuan Guru yang buta; tidak pernah menonton TV semenjak di lahirkan; di tanya berkenaan hukum menonton TV. Memandangkan sesuatu hukum yang dijatuhkan perlu mengetahui terlebih dahulu benda yang hendak dihukumkan, dia telah meminta dari “mustafti” (orang yang bertanya) agar mendatangkan TV kepadanya.

Ketika TV berada didepannya, dia meraba-raba TV tersebut, dan dia tidak boleh menjatuhkan hukuman.

Apabila dipasangkan TV tersebut, terbunyi bacaan Al-Quran, maka guru tersebut terus mengatakan bahawa hukum menonton TV adalah sunat.

Melihat kepada fatwa Tuan Guru Buta tersebut bahawa hukum menonton TV adalah sunat adalah hukum yang tidak berapa tepat. Ini kerana, menonton TV itu sendiri mempunyai berbagai-bagai kategori. Menonton AF tidak sama hukumnya menonton Al-Kuliyyah. Menonton Malaysia Idol tidak sama hukum menonton Forum perdana Ehwal Islam (walaupun hukumnya sudah hampir sama sebab ahli penal perempuan sudah bertabarruj) dan sebagainya.

Mengharamkan amalan bidaah yang dilihat oleh ulama sebagai bidaah dibawah kategori amalan khilafiyyah juga bukan dari amalan salafi, tetapi ianya adalah amalan mutasallif.

Ini kerana, sikap sebegini seakan-akan telah menafikan kaedah Fiqh yang menyatakan yang bermaksud;

“Sesungguhnya sesuatu Ijtihad tidak boleh dibatalkan dengan Ijtihad (yang lain)[6]”

Imam As-Sayuti menyatakan didalam kitabnya “Al-Asybah Wa An-Nazair” bahawa sepertimana yang dinukilkan oleh Ibnu As-Sibagh, kaedah ini telah diijmakkan oleh para sahabat. Sesungguhnya Abu Bakar (As-Siddiq) pernah berhukum dalam sesuatu masalah. Hukuman tersebut telah menyalahinya oleh Omar bin Al-Khattab[7].

SALAFI ADALAH MARHALAH MASA, BUKAN MAZHAB ISLAM

Kelahiran kalimah “salafi” bukanlah satu perkara yang pelik, ini kerana, kalimah tersebut merujuk kepada istinbat dari sabda Rasulullah SAW yang bermaksud;

“sebaik-baik manusia adalah pada zamanku, kemudian orang-orang berikutnya, kemudian orang-orang berikutnya, kemudian orang-orang berikutnya, kemudian datang satu kaum yang didahului sumpah mereka daripada penyaksian mereka, penyaksian mereka adalah sumpah mereka[8]”

Hadis ini menerangkan kelebihan golongan yang terdahulu. Kelebihan mereka adalah kerana mereka mempunyai “kehampiran masa” dengan Baginda SAW.

Ekoran mereka merupakan golongan yang terawal, mereka memahami maksud Nabi SAW dengan sebenar-benar pemahaman, tanpa perlunya mewujudkan “kaedah pemahaman” atau “turuq Al-Istinbat” dari Al-Quran dan Al-Hadis.

Setelah kewafatan Nabi SAW, perkembangan Islam telah berjaya memaut hati manusia yang menganut pelbagai agama, maka Islam sudah di anuti oleh bekas-bekas penganut agama seperti Nasrani, Yahudi, hindu dan sebagainya.

Dengan perkembangan baik ini, golongan-golongan baru dengan islam mula membandingkan agama ini dengan agama-agama anutan mereka terdahulu sehinggakan lahirlah perdebatan di kalangan mereka yang sebahagian besarnya melibatkan sahabat-sahabat baginda SAW sendiri.

Tidak dinafikan juga, ada sebahagian dari penganut-penganut baru islam ini, walaupun sudah memeluk Islam, tetapi mereka masih cenderung kepada ajaran-ajaran lama mereka, sehinggakan ajaran yang mereka cenderungkan itu di lebelkan sebagai Islam juga[9].

Ekoran dari keadaan sebegini, menyebabkan lahirnya “kaedah-kaedah pemahaman” atau “turuq al-istinbat” yang betul bagi memahami kehendak nas dengan sebenar. Maka dengan demikian, lahirlah mazhab-mazhab didalam Islam untuk memahamikan maksud sebenar yang dikehendaki oleh Nas-nas syarak.

Memahami dari ulasan ini, salafi bukanlah satu mazhab islam, tetapi salafi adalah satu marhalah masa yang mana di sana terdapat mazhab-mazhab islam yang telah menyediakan “turuq al-Istinbat” bagi menjadikannya sebagai “alat” untuk generasi akan datang dalam memahami nas-nas syariat.

Dengan demikian, mendakwa diri ini sebagai “salafi” adalah salah, tetapi ungkapan yang paling tepat adalah “ittiba’ salaf”.

Mendakwa diri ini sebagai bermazhab Salafi adalah satu kemungkaran dan jenayah didalam syariat Islam yang dikategorikan oleh Dr Said Ramadhan Al-Buti sebagai “BIDAAH” yang tidak di redhai oleh Allah[10].

PENUTUP

Ulasan ringkas ini bukanlah untuk meremeh-remehkan dakwaan dari pihak tertentu, tetapi ulasan ini sekadar untuk memberi gambaran sebenar disebalik dakwaan tersebut.

Tulisan ini juga, bukan membela tulisan Ustaz Zamihan dan meremehkan golongan yang menyanggahinya, ataupun sebaliknya, tetapi tulisan ini adalah untuk mencari titik pertemuan disebalik perselisihan antara kedua-dua kelompok.

Mudah-mudahan kita tidak berada dibawah kategori manusia yang dikatakan sebagai “Syok sendiri” dengan dakwaan kita.

Yang paling utama disisi kita adalah ;

Marilah kita melawan penjajah yang telah menjajah system kehidupan, pemikiran dan ilmu kita !!!!!!!!!

Takbir !!!!!!!!!

SUMBER:

http://mukhlis101.multiply.com/journal/item/135

Sejarah Wahhabi

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وأصحابه ومن نصره ووالاه

 

 

Menanggapi banyaknya permintaan pembaca tentang sejarah berdirinya Wahabi maka kami berusaha memenuhi permintaan itu sesuai dengan asal usul dan sejarah perkembangannya semaksima mungkin berdasarkan berbagai sumber dan rujukan kitab-kitab yang dapat dipertanggung-jawabkan, di antaranya ialah Fitnatul Wahabiyahkarya Sayyid Ahmad Zaini Dahlan [beliau dituduh sebagai syiah oleh wahabi], I’tirofatul Jasus AI-Injizy pengakuan Mr. Hempher, Daulah Utsmaniyah dan Khulashatul Kalam karya Sayyid Ahmad Zaini Dahlan, dan lain-lain.

Nama Aliran Wahabi ini diambil dari nama pelopornya, Muhammad bin Abdul Wahab (lahir di Najed tahun 1111 H / 1699 M). Asalnya dia adalah seorang pedagang yang sering berpindah dari satu negara ke negara lain dan di antara negara yang pernah disinggahi adalah Baghdad, Iran, India dan Syam.

Kemudian pada tahun 1125 H / 1713 M, dia terpengaruh dengan seorang orientalis Inggeris bernama Mr. Hempher yang bekerja sebagai pengintip Inggeris di Timur Tengah. Sejak itulah dia menjadi alat bagi Inggeris untuk menyebarkan ajaran barunya. Inggeris memang telah berhasil mendirikan ideologi-ideologi baharu bahkan agama baru di tengah umat Islam seperti Ahmadiyah dan Baha’i. Bahkan Muhammad bin Abdul Wahab ini juga termasuk dalam tumpuan program kerja kaum kolonial dengan alirannya Wahabi.

Mulanya Muhammad bin Abdul Wahab hidup di lingkungan sunni pengikut madzhab Hanbali, bahkan ayahnya Syaikh Abdul Wahab adalah seorang sunni yang baik, begitu pula guru-gurunya. Namun sejak awal lagi, ayah dan guru-gurunya mempunyai firasat yang kurang baik bahawa dia akan sesat dan menyebarkan kesesatan. Bahkan mereka menyuruh masyarakat untuk berhati-hati terhadapnya. Ternyata tidak lama kemudian, firasat itu benar. Setelah perkara itu terbukti ayahnya pun menentang dan memberi peringatan khusus kepadanya.

Keluarga Membantah Tindakan Ekstrim Muhammad Abdul Wahab

Bahkan abang kandungnya, Syeikh Sulaiman bin Abdul Wahab, ulama besar dari madzhab Hanbali, menulis buku bantahan kepadanya dengan judul As-Sawa’iqul Ilahiyah Fir Raddi Alal Wahabiyah. Tidak ketinggalan pula salah seorang gurunya di Madinah, Syekh Muhammad bin Sulaiman AI-Kurdi as-Syafi’i, menulis surat berisi nasihat: “Wahai Ibn Abdul Wahab, aku menasihatimu kerana Allah, tahanlah lisanmu dari mengkafirkan kaum muslimin, jika kau dengar seseorang meyakini bahawa orang yang ditawassuli mampu memberi manfaat tanpa kehendak Allah, maka ajarilah dia kebenaran dan terangkan dalilnya bahawa selain Allah tidak mampu memberi manfaat mahupun mudharat, kalau dia menentang bolehlah dia kau anggap kafir, tapi tidak mungkin kau mengkafirkan As-Sawadul A’zham (kelompok majoriti) di antara kaum muslimin, kerana engkau menjauhi dari kelompok terbesar, orang yang jauh dari kelompok terbesar lebih dekat dengan kekafiran, sebab dia tidak mengikuti jalan muslimin.”

Sebagaimana diketahui bahawa madzhab Ahlus Sunah sampai hari ini adalah kelompok terbesar. Allah berfirman :

“Dan barang siapa yang menentang Rasul sesudah jelas kebenaran baginya, dan mengikuti jalan yang bukan jalan orang-orang mukmin, kami biarkan ia berleluasa terhadap kesesatan yang telah dikuasainya itu (Allah biarkan mereka bergelumang dalam kesesatan) dan kami masukkan ia ke dalam jahannam, dan jahannam itu seburuk-buruk tempat kembali.” (Surah: An-Nisa 115)

Salah satu dari ajaran yang (diyakini oleh Muhammad bin Abdul Wahab, adalah mengkufurkan kaum muslim sunni yang mengamalkan tawassul, ziarah kubur, maulid nabi, dan lain-lain. Berbagai dalilyang disampaikan ahlussunnah wal jama’ah berkaitan dengan tawassul, ziarah kubur serta maulid, ditolak tanpa alasan yang dapat diterima. Bahkan lebih dari itu, Muhammad bin Abdul Wahab berterusan mengkafirkan kaum muslimin sejak 600 tahun sebelumnya, termasuk guru-gurunya sendiri.

Pada satu kesempatan seseorang bertanya kepada Muhammad bin Abdul Wahab, “Berapa banyak Allah membebaskan orang dari neraka pada bulan Ramadhan?” Dengan segera dia menjawab, “Setiap malam Allah membebaskan 100 ribu orang, dan di akhir malam Ramadhan Allah membebaskan sebanyak hitungan orang yang telah dibebaskan dari awal sampai akhir Ramadhan” Lelaki itu bertanya lagi “Kalau begitu pengikutmu tidak mencapai satu peratus pun dari jumlah tersebut, lalu siapakah kaum muslimin yang dibebaskan Allah tersebut? Dari manakah jumlah sebanyak itu? Sedangkan engkau membatasi bahawa hanya pengikutmu saja yang muslim.” Mendengar jawaban itu Ibn Abdil Wahab pun terdiam seribu bahasa. Sekalipun demikian Muhammad bin Abdul Wahab tidak menggambil peduli nasihat ayahnya dan guru-gurunya itu.

Dengan berdalihkan pemurnian ajaran Islam, dia terus menyebarkan ajarannya di sekitar wilayah Najed. Orang-orang yang memiliki pengetahuan agama yang minimum banyak yang terpengaruh. Termasuk di antara pengikutnya adalah penguasa Dar’iyah, Muhammad bin Saud (meninggal tahun 1178 H / 1765 M) pendiri dinasti Saudi, yang dikemudian hari menjadi mertuanya. Dia mendukung secara penuh dan memanfaatkannya untuk memperluaskan wilayah kekuasaannya. Ibn Saud sendiri sangat patuh kepada perintah Muhammad bin Abdul Wahab.

Jika dia menyuruh untuk membunuh atau merampas harta seseorang dia segera melaksanakannya dengan keyakinan bahawa kaum muslimin telah kafir dan syirik selama 600 tahun lebih, dan membunuh orang musyrik dijamin syurga.

Sejak mula Muhammad bin Abdul Wahab sangat gemar mempelajari sejarah nabi-nabi palsu, seperti Musailamah Al-Kadzdzab, Aswad Al-Ansiy, Tulaihah Al-Asadiy dan lain-lain. Kelihatan dia mempunyai keinginan mengaku sebagai nabi, ini nampak jelas sekali ketika dia menyebut para pengikut dari daerahnya dengan jolokan Al-Anshar, sedangkan pengikutnya dari luar daerah digelar Al-Muhajirin. Kalau seseorang ingin menjadi pengikutnya, dia harus mengucapkan dua syahadat di hadapannya kemudian harus mengakui bahawa sebelum masuk Wahabi dirinya adalah musyrik, begitu pula kedua orang tuanya. Dia juga diharuskan mengakui bahawa para ulama besar sebelumnya telah mati kafir.

Kalau mahu mengakui perkara tersebut dia diterima menjadi pengikutnya, kalau tidak dia akan dibunuh. Muhammad bin Abdul Wahab juga sering merendahkan Nabi Muhammad Shollallahu Alaihi Wassalam dengan dalih, kononya untuk pemurnian akidah, dia juga membiarkan para pengikutnya melecehkan Nabi Muhammad Shollallahu Alaihi Wassalam di hadapannya, sehingga seorang pengikutnya berkata : “Tongkatku ini masih lebih baik dari Muhammad, kerana tongkatku masih mampu digunakan membunuh ular, sedangkan Muhammad telah mati dan tidak tersisa manfaatnya sama sekali. Muhammad bin Abdul Wahab di hadapan pengikutnya tidak ubah seperti Nabi di hadapan umatnya. Pengikutnya semakin ramai dan wilayah kekuasaannya semakin luas. Kedua, Muhammad Bin Abdul Wahab bekerja sama untuk membenteras tradisi yang dianggapnya keliru dalam masyarakat Arab, seperti tawassul, ziarah kubur, peringatan Maulid dan sebagainya. Tidak menghairankan apabila para pengikut Muhammad bin Abdul Wahab menyerang, memecahkan, menghapuskan makam-makam yang mulia.

Bahkan, pada tahun 1802, mereka menyerang Karbala-Iraq, tempat dikebumikan jasad cucu Nabi Muhammad Shollallahu Alaihi Wassalam, Sayyidina Husein bin Ali bin Abi Thalib. Kerana makam tersebut dianggap tempat mungkar yang berpotensi mensyirikan manusia kepada Allah. Dua tahun kemudian, mereka menyerang Madinah, menghancurkan kubah yang ada di atas kuburan, menjarah hiasan-hiasan yang ada di Hujrah Nabi Muhammad Shollallahu Alaihi Wassalam.

Keberhasilan menakluk Madinah berlanjutan. Mereka masuk ke Makkah pada tahun 1806, dan merosakkan kiswah, kain penutup Ka’bah yang diperbuat dari sutera. Kemudian, merobohkan puluhan kubah di Ma’la, termasuk kubah tempat kelahiran Nabi Shollallahu Alaihi Wassalam, tempat kelahiran Sayyidina Abu Bakar dan Sayyidina Ali, juga kubah Sayyidatuna Khadijah, masjid Abdullah bin Abbas. Mereka terus menghancurkan masjid-masjid dan tempat-tempat kaum solihin sambil bersorak-sorai, menyanyi dan diiringi tabuhan gendang dengan penuh kegembiraan. Mereka juga mencaci-maki ahli kubur bahkan sebahagian mereka kencing di kubur kaum solihin tersebut. Gerakan kaum Wahabi ini membuatkan Sultan Mahmud II, penguasa Kerajaan Usmani, Istanbul-Turki, murka. Para perajurit Sultan Mahmud II yang bermarkas di Mesir, di bawah pimpinan Muhammad Ali, dihantar memerangi pengikut wahabi untuk melumpuhkannya. Pada tahun 1813, Madinah dan Makkah berjaya ditawan kembali.

Gerakan Wahabi semakin pudar. Tetapi, pada awal abad ke-20, Abdul Aziz bin Sa’ud bangkit kembali mengusung fahaman Wahabi. Pada tahun 1924, ia berhasil menduduki Makkah, lalu ke Madinah dan Jeddah, dia memanfaatkan kelemahan Turki akibat kekalahannya dalam Perang Dunia I. Sejak itu, hingga kini, fahaman Wahabi menjadi pemerintah di Arab Saudi.

Memusnahkan Tinggalam Islam

Dewasa ini, pengaruh gerakan Wahabi bersifat global. Riyadh mengeluarkan jutaan dolar AS setiap tahun untuk menyebarkan ideologi Wahabi melalui wakil-wakil diplomasi mereka termasuk di Malaysia. Sejak hadirnya Wahabi, dunia Islam tidak pernah tenang dan penuh dengan pergolakan pemikiran, ini disebabkan kelompok ekstrem itu selalu menidakkan pemikiran dan pemahaman agama Sunni-Syafi’i yang sudah utuh. Terbukti pada hari ini, isu-isu khilafiyyah diperdebatkan seolah-olah bersalahan dengan aqidah majoriti umat Islam.

Kekejaman dan kejahilan Wahabi lainnya adalah meruntuhkan kubah-kubah di atas makam sahabat-sahabat Nabi Shollallahu Alaihi Wassalam yang berada di Ma’la (Makkah), di Baqi’ dan Uhud (Madinah) semuanya diruntuhkan dan diratakan dengan tanah dengan mengunakan dinamit penghancur. Demikian juga kubah di atas tanah kelahiran Nabi Shollallahu Alaihi Wassalam, iaitu di Suq al Leil diratakan dengan menggunakan dinamit dan dijadikan tempat parkir unta, namun kerana desakan kaum Muslimin antarabangsa yang bermatian menentang, maka dibangunkan perpustakaan. Kaum Wahabi benar-benar tidak pernah menghargai peninggalan sejarah dan menghormati nilai-nilai luhur Islam.

Sebagaimana AI-Qubbatul Khadra (kubah hijau) tempat Nabi Muhammad Shollallahu Alaihi Wassalam dimakamkan juga akan dihancurkan dan diratakan, tetapi kerana ancaman antarabangsa, maka orang-orang biadab itu menjadi takut dan membatalkan niatnya. Begitu pula seluruh rangkaian yang menjadi manasik haji akan dimodifikasi termasuk maqam Ibrahim akan diratakan tetapi kerana banyak yang menentangnya maka ia dibatalkan.

Pengembangan kota suci Makkah dan Madinah akhir-akhir ini tidak mempedulikan tempat-tempat bersejarah Islam.

Semakin habis segala bangunan, tempat dan kawasan yang menjadi saksi sejarah Rasulullah Shollallahu Alaihi Wassalam dan sahabatnya. Bangunan itu dibongkar kerana khuatir dijadikan tempat keramat. Bahkan sehingga kini, tempat kelahiran Nabi Shollallahu Alaihi Wassalam terus terancam dan akan dibongkar untuk perluasan tempat parkir. Sebelumnya, rumah Rasulullah Shollallu Alaihi Wassalam juga sudah terlebih dahulu diratakan dengan rakus oleh Wahabi. Padahal, disitulah Rasulullah berulang-alik menerima wahyu. Di tempat itu juga putera-puterinya Baginda Nabi Shollallahu Alaihi Wassalam dilahirkan serta Saidatina Khadijah Al-Kubro meninggal dunia.

Islam dengan tafsiran kaku yang dipraktikkan wahabisme sangat aktif dalam proses pemusnahan ini. Kaum Wahabi memandang tempat-tempat bersejarah itu mampu menjadi “kiblat” pemujaan berhala baharu. Sami Angawi, pakar arkitektur Islam di wilayah tersebut mengatakan bahawa beberapa bangunan dari era Islam kuno diancam kemusnahan. Di lokasi bangunan berusia lebih 1400 tahunakan dibangunkan jalan menuju menara tinggi yang menjadi tujuan ziarah jamaah haji dan umrah.

Kerakusan wahabi ini dibuktikan pada hari ini dengan perancnagan pembinaan bangunan paling tinggi di dunia, Kingdom Tower dengan kos AS$19.52 bilion (RM59.11 bilion). Bangunan itu setinggi 1.6 kilometer iaitu dua kali ganda lebih tinggi dari bangunanBurj Khalifa di Dubai, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) yang kini menjadi bangunan paling tinggi di dunia. Akan dibina di Jeddah dan mengandungi hotel, apartmen mewah dan sebuah pusat beli-belah.

Masa untuk tiba di menara bangunan itu ialah 12 minit dengan menggunakan lif dan mempunyai 275 tingkat. Projek pembinaan itu dibiayai syarikat Kingdom Holdings Company (KHC) milik keluarga diraja Arab Saudi yang dipengerusikan Putera Alwaleed Bin Talal. Syarikat Emaar yang membina Burj Khalifa difahamkan memenangi kontrak untuk mendirikan bangunan berkenaan.

Daripada Abu Hurairah R.A ia berkata; suatu ketika Rasulullah Shollallahu Alaihi Wassalam melihat di tengah-tengah orang ramai. Lalu baginda didatangi oleh seseorang yang menanyakan kepadanya:“Wahai Rasulullah Shollallahu Alaihi Wassalam bilakah terjadinya kiamat?” Nabi Shollallahu Alaihi Wassalam menjawab dengan bersabda: “Tidaklah orang yang ditanya mengenai masalah itu lebih mengetahui daripada yang bertanya. Akan tetapi aku akan memberitahukan kepadamu tentang tanda-tandanya. Iaitu, jika seorang ammah (hamba perempuan) melahirkan majikannya, itulah yang termasuk di antara tanda-tandanya. Juga apabila orang-orang yang tidak beralas kaki dan tidak berpakaian menjadi pemimpin masyarakat, maka itu juga di antara tanda-tandanya. Demikian pula apabila para pengembala domba berlumba-lumba meninggikan bangunan, maka itulah salah satu tandanya di antara tanda-tanda yang lima, yang mana tidak mengetahui yang sesungguhnya selain Allah SWT.”Kemudian baginda membacakan ayat berikut ini: “Sesungguhnya Allah, hanya pada sisi-Nya sahajalah pengetahuan tentang hari kiamat, dan Dia-lah yang menurunkan hujan, serta mengetahui apa yang ada di dalam rahim” (Hadis Riwayat Ibn Majah)

“Pada saat ini kita sedang menyaksikan saat-saat terakhir sejarah Makkah. Bahagian demi bahagian bersejarahnya diratakan untuk dibangun tempat parkir,” katanya kepada Reuters. Angawi menyebut setidaknya 300 bangunan bersejarah di Makkah dan Madinah dimusnahkan selama 50 tahun terakhir. Bahkan sebahagian besar bangunan bersejarah Islam telah punah semenjak Arab Saudi menjajah pada tahun 1932. Hal tersebut berhubungan dengan maklumat yang dikeluarkan dari Dewan Keagamaan Kerajaan pada tahun 1994.

Dalam maklumat tersebut tertulis, “Pelestarian bangunan bangunan bersejarah berpotensi menyebabkan umat Muslim menja penyembah keapda berhala.” (Bukankah penyataan ini mirip gerakan Free Manson?)

Nasib kawasan bersejarah Islam di Arab Saudi memang sangat menyedihkan. Mereka banyak menghancurkan peninggalan-peninggalan Islam sejak masa Ar-Rasul Shollallahu Alaihi Wassalam. Semua jejak jerih payah Rasulullah Shollallahu Alaihi Wassalam itu musnah dimodernisasikan mengikut nafsu Wahabi. Sebaliknya mereka mendatangkan para arkeologi (ahli purbakala) dari seluruh dunia dengan biayaan ratusan juta dollar untuk menggali peninggalan-peninggalan sebelum Islam baik yang dari kaum jahiliyah mahupun sebelumnya dengan dalih menghapuskan bid’ah. Kemudian dengan bangga mereka menunjukkan bahawa zaman pra Islam telah menunjukkan kemajuan yang luar biasa, tidak diragukan lagi ini merupakan pelenyapan bukti sejarah yang akan menimbulkan suatu keraguan di kemudian hari. Keraguan di kalangan generasi akan datang yang akan tertanya, benarkah Islam ini wujud di daerah Makkah dan Madinah? Jika benar, dimanakah kesan-kesannya ? Tuan-Puan, perancangan penghapusan jelik ini dibuat dengan terancang kononya atas nama pembersihan akidah, wahabi juga mendapat laba dunia!

 

Menyebarkan Fahaman Pelik

Gerakan wahabi dipimpin oleh jurudakwah yang radikal dan ekstrim, mereka menebarkan kebencian permusuhan dan didukung oleh sumber kewangan yang cukup besar. Mereka gemar menuduh golongan Islam yang tidak sejalan dengan mereka dengan tuduhan kafir, syirik dan ahli bid’ah. Syirik selawat syifa? Mereka menuduh Syeikh Jaafa Barzanj kuno ? Karut belajar dan mengajar sifat 20? Itulah ucapan yang selalu didengungkan di setiap kesempatan, mereka tidak pernah mengakui jasa para ulama Islam kecuali kelompok mereka sendiri.

Di negara kita (MALAYSIA) ini mereka menaruh dendam dan kebencian mendalam kepada para Wali Songo yang menyebarkan dan meng-Islam-kan penduduk nusantara ini.

Mereka mengatakan ajaran para wali itu bercampur dengan kemusyrikan Hindu dan Budha, padahal para Wali itu telah meng-Islam-kan 90 % penduduk nusantara ini. Mampukah wahabi-wahabi itu meng-Islam-kan yang 10% selebihnya? Mempertahankan yang 90 % dari terkaman orang kafir saja mereka tidak mampu, apatahlagi mahu menambah 10 % di kalangan mereka. Bahkan Arab Saudi menjual maruah Islam dengan mendokong sekutu mereka Amerika dan Britain dalam memerangi Islam. Di Iraq, Arab Saudi dengan lemah lembut menyediakan lapangan terbangnya sebagai transit tentera-tentera kuffar laknatullahi alaih. Tetapi, semudahnya mereka mengkafirkan orang-orang yang dengan nyata bertauhid kepada Allah SWT.

Jika bukan kerana Rahmat Allah yang mentakdirkan para Wali Songo untuk berdakwah ke negara kita, tentu orang-orang yang menjadi “pejuang” kaum wahabi itu masih berada dalam kepercayaan animisme, penyembahan berhala atau masih kafir. (Naudzu billah min dzalik).

Oleh karena itu janganlah dipercayai apabila mereka mengaku-akukan sebagai fahaman yang hanya berpegang teguh pada Al-Qur’an dan As-Sunnah. Mereka berdalih mengikuti keteladanan kaum salaf serta mengaku sebagai golongan yang selamat dan sebagainya, itu semua omongan kosong. Merekalah para wahabbi yang telah menoreh jantung umat Islam dengan catatan hitam dalam sejarah dengan membunuh ribuan orang di Makkah dan Madinah serta daerah lain di wilayah Hijaz (yang sekarang dinamakan Saudi). Tidakkah anda ketahui bahawa yang dibunuh pada waktu itu terdiri dari para ulama yang sholeh dan alim, bahkan anak-anak juga mereka bunuh,pukul di hadapan para ibu yang melahirkan mereka.

Jangan Lupa Pembunuhan Keji wahabbi !

Tragedi berdarah ini terjadi sekitar tahun 1805. Semua itu mereka lakukan dengan dalih membenteras bid’ah, padahal bukankah nama Saudi sendiri adalah suatu nama bid’ah?” Kerana nama negeri Sayyiduna Rasulullah Shollallahu Alaihi Wassalam digantikan dengan nama satu keluarga kerajaan pendukung faham wahabi yaitu As-Sa’ud! Rujuk kitab Al Qowa’idul Arba karya Al-Imam Al-mujaddid Muhammad bin Abdil Wahab An Najdiy. Gelaran Al-Imam, An-Najdiy dan Al-Mujaddid alfaqir mengambil secara langsung daripada pentaksub wahabbi ke atas Muhammad Abdul Wahab An-Najdiy.

 

Ingatan Daripada Rasulullah Shollallahu Alaihi Wassalam

Sungguh Nabi Shollallahu Alaihi Wassalam telah memberitakan akan datangnya Faham Wahabi ini dalam beberapa hadits, ini merupakan tanda kenabian Baginda Shollallahu Alaihi Wassalam dalam memberitakan sesuatu yang belum terjadi. Seluruh hadits-hadits ini adalah shahih, sebagaimana terdapat dalam kitab shahih BUKHARI & MUSLIM dan lainnya.

Diantaranya: Al-Bukhari rahimahullah meletakkan hadith ini dalam bab berjudul: Sabda Nabi Shollallahu Alaihi Wasallam: “Fitnah itu (datang) dari sebelah timur”. Kemudian, beliau meriwayatkan beberapa hadith, termasuklah doa Nabi Shollallahu Alaihi Wasallam dengan matan (lafaz):

اللهم بارك لنا في شامنا اللهم بارك لنا في يمننا، قالوا: يا رسول الله! وفي نجدنا، قال: اللهم بارك لنا في شامنا اللهم بارك لنا في يمننا، قالوا: يا رسول الله! وفي نجدنا، فأظنه قال في الثالثة: هناك الزلازل والفتن وبها يطلع قرن الشيطان.

Maksudnya: “Ya Allah Ya Tuhanku! Berkatilah negeri Syam kami, Ya Allah Ya Tuhanku! berkatilah negeri Yaman kami”. Mereka (para Sahabat) berkata: “Wahai Rasulullah! (Doakanlah) juga untuk negeri Najd kami”. Baginda (terus) berdoa: “Ya Allah Ya Tuhanku! Berkatilah negeri Syam kami, Ya Allah Ya Tuhanku! Berkatilah negeri Yaman kami”. Mereka (para Sahabat) berkata: “Wahai Rasulullah! (Doakanlah) juga untuk negeri Najd kami”.

“Akan keluar dari arah timur segolongan manusia yang membaca Al-Qur’an namun tidak sampai melewati kerongkongan mereka (tidak sampai ke hati), mereka keluar dari agama seperti anak panah keluar dari busurnya, mereka tidak akan mampu kembali seperti anak panah yang tidak akan kembali ketempatnya, tanda-tanda mereka ialah bercukur (Gundul/Botak).” (HR Bukhari no 7123, Juz 6 hal 20748). Hadis ini juga diriwayatkan oleh Ahmad, Ibnu Majah, Abu Daud, dan Ibnu Hibban

Nabi Shollallahu Alaihi Wassalam pernah berdoa: “Ya Allah, berikan kami berkah dalam negara Syam dan Yaman,” Para sahabat berkata: Dan dari Najed, wahai Rasulullah, beliau berdo’a: “Ya Allah, berikan kami berkah dalam negara Syam dan Yaman,” dan pada yang ketiga kalinya beliau SAW bersabda: “Di sana (Najed) akan ada keguncangan fitnah serta di sana pula akan muncul tanduk syaitan.” Dalam riwayat lain dua tanduk syaitan.

Dalam hadits-hadits tersebut dijelaskan, bahawa tanda-tanda mereka adalah bercukur (gundul). Dan ini adalah merupakan nas yang jelas ditujukan kepada para penganut Muhammad bin Abdul Wahab, kerana dia telah memerintahkan setiap pengikutnya mencukur rambut kepalanya hingga mereka yang mengikuti tidak diiktiraf didalam majlisnya sebelum bercukur gundul. Hal seperti ini tidak pernah terjadi pada aliran-aliran sesat lain sebelumnya. Seperti yang telah dikatakan oleh Sayyid Abdurrahman Al-Ahdal: “Tidak perlu kita menulis buku untuk menolak Muhammad bin Abdul Wahab, kerana sudah cukup ditolak oleh hadits-hadits Rasulullah Shollallahu Alaihi Wassalam itu sendiri yang telah menegaskan bahawa tanda-tanda mereka adalah bercukur (gundul), kerana ahli bid’ah sebelumnya tidak pernah berbuat demikian.” Al-Allamah Sayyid AIwi bin Ahmad bin Hasan bin Al-Quthub Abdullah AI-Haddad menyebutkan dalam kitabnya Jala’uzh Zholam sebuah hadits yang diriwayatkan oleh Abbas bin Abdul Muthalib dari Nabi Shollallahu Alaihi Wassalam : “Akan keluar di abad kedua belas (setelah hijrah) nanti di lembah BANI HANIFAH seorang lelaki, yang tingkahnya bagaikan sapi jantan (sombong), lidahnya selalu menjilat bibirnya yang besar, pada zaman itu banyak terjadi kekacauan, mereka menghalalkan harta kaum muslimin, diambil untuk berdagang dan menghalalkan darah kaum muslimin” AI-Hadits.

BANI HANIFAH adalah kaum nabi palsu Musailamah Al-Kadzdzab dan Muhammad bin Saud. Kemudian dalam kitab tersebut Sayyid AIwi menyebutkan bahawa orang yang tertipu ini tiada lain ialah Muhammad bin Abdul Wahab.

Adapun mengenai sabda Nabi Shollallahu Alaihi Wassalam yang mengisyaratkan bahawa akan ada kegoncangan dari arah timur (Najed/Najdiy) dan dua tanduk syaitan, sebahagian ulama mengatakan bahawa yang dimaksudkan dengan dua tanduk syaitan itu tiada lain adalah Musailamah Al-Kadzdzab dan Muhammad Ibn Abdul Wahab. Pendiri ajaran wahabiyah ini meninggal pada tahun 1206 H / 1792 M.

WALLAHU’ALAM

“وصلى اللّه على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم”

[Majalah bulanan Cahaya Nabawiy No. 33 Th. III Sya’ban 1426 H / September 2005 M]

Al-Haqir illa ALLAH Al-Ghaniy:

Al-Mukminun

24 Rejab 1432H / 27062011

SUMBER:

http://almukminun.blogspot.com/2011/06/sejarah-wahhabi.html

WAHHABIYYAH BERAQIDAH SALAH BUKANNYA BERAQIDAH SALAF

 

Tuan Guru al-Shaykh Haji ^Abdul-Qadir ibn Haji Wangah ibn ^Abdul-Latif ibn ^Uthman Shaykhul-Ma^had al-Islami Waqaf Budi, Sekam Mai, Fatoni Darus-Salam berkata dalam kitabnya Irshadul-Jawiyyin ila Sabilil-^Ulama’il-^Amilin (Saudara Press Fatoni, t.th., hlm. 34 -35) :
“Adapun perkataannya [iaitu kata-kata Wahhabiyyah Mujassimah]: “Nabi angkat dua tangan ke pihak langit ketika berdoa itu menguatkan Tuhan duduk sebelah atas”, maka ini perkataan janganlah anak-anak pakai dan mengambil guna sama sekali kerana jika sebenar seperti dia kata itu maka kita muslimin dan muslimat bersembahyang dengan tubuh badan anggota-anggota berhadap kepada BaytuLlah yang di dalam Masjid al-Haram itu jadi sangat-sangat menguatkan Tuhan ada di dalam BaytuLlah itu berertinya Rumah Allah. Maka adakah seorang pun daripada muslimin berkata dengan sebegitu[?] Yakni tak ada siapa pun daripada muslimin dan muslimat berkata dan berpegang begitu dan lagi pula langit itu qiblat muslimin dan muslimat ketika berdoa. Adapun hadith mi^raj Nabi kita sollaLlahu ^alay-hi wa sallamdan hadith malaikat Hafazoh yang termaklum kedua[-dua]nya itu, maka bukan juga menguatkan Tuhan duduk sebelah atas. [Ini] seperti juga cerita Nabi Musa ^alay-his-salam bercakap-cakap dengan Tuhan pada Bukit Tur Sina, maka tidak menguatkan Allah ta^ala duduk di situ. Dan lagi Nabi Ibrahim ^lay-his-salam tatkala keluar ia daripada api Raja Namrud berkata ia: “إني ذاهب إلى ربي سيهدين” ertinya: “Sungguhnya aku nak berjalan aku kepada Tuhan-ku lagi menu[n]juk [D]ia akan daku”, yakni kepada tempat menyuruh [D]ia akan daku dengan pergi kepadanya iaitulah negeri Sham. Kemudian, kalaulah puak Mushabbihah kata zahir ayat “الرحمن على العرش استوى” itu Tuhan [du]duk pihak atas kerana Nabi sollaLlahu ^alay-hi wa sallam meng[h]adap ke langit malam mi^raj itu menguatkan Tuhan [du]duk sebelah atas dan juga malaikat Hafazoh naik turun itu pun menu[n]juk dan menguatkan Tuhan [du]duk sebelah atas juga, maka kita pun berkata zahir ayat “إني ذاهب إلى ربي سيهدين” pun menguatkan Tuhan [du]duk di negeri Sham kerana Nabi Ibrahim ^alay-his-salam meng[h]adap ia akan pihak negeri Sham maka jadi berbilang-bilang Tuhan iaitu satu di atas langit atau pihak atas pada Arasy, yang kedua di dalam BaytuLlah, yang ketiga di negeri Sham, yang keempat bersama-sama orang sembahyang dan orang memberi zakat. Tambahan pula, tiap-tiap Tuhan itu jisim yang bertempat maka di manakah lagi ada tinggal pegangan muslimin dan muslimat[?]. Apatah lagi pegangan Ahlis-Sunnah wal-Jama^ah dan khalaf salaf – dengan huruf (ف) – [?], maka tinggal pegangan salah – dengan huruf (هـ) – yang diubahkan dia kepada huruf (ف) untuk menipukan orang-orang awam sebagai tarian syaitan iaitu sadurkan yang palsu beri nampak dan perasangkan eloknya…” Intaha.
SUMBER:

SUATU CATATAN RINGKAS: RIBUT PETIR KE ATAS HIZBUT-TAHRIR

SELAIN KESESATAN AL-WAHHABIYYAH AL-MUJASSIMAH YANG SEDANG BERLELUASA DI TANAH AIR KITA MALAYSIA DAN SELURUH DUNIA, ADA SATU LAGI PERTUBUHAN SESAT YANG AMAT PERLU DIPERHATIKAN JUGA IAITU HIZBUT TAHRIR. HIZBUT TAHRIR ADALAH SATU PERTUBUHAN YANG DIASASKAN OLEH TAQIYYUDDIN AL-NABHANI AL-FALISTINI (MENINGGAL PADA TAHUN 1400 H) DI LUBNAN. PENYELEWENGAN DAN KESESATAN PERTUBUHAN INI DITENTANG OLEH PARA ULAMA AHLIS-SUNNAH WAL-JAMA^AH SEDUNIA. ANTARA PENYELEWENGAN DAN KESESATAN HIZBUT TAHRIR IALAH:

1. Menghukum Orang Yang Meninggal Dunia Tanpa Bay^ah Seorang Khalifah Sebagai Mati Jahiliyyah
Antara kesesatan Hizbut Tahrir dan bukti terkeluarnya kelompok ini dari majoriti umat Islam ialah pernyataan mereka bahawa orang yang meninggal dunia tanpa membay^ah seorang khalifah, maka matinya adalah mati jahiliyyah[1]. Ini bermakna – menurut mereka – kematian orang tersebut seperti matinya orang-orang yang menyembah berhala. Bahkan, ini bermakna – menurut mereka – bahawa seluruh orang Islam dalam tempoh seratus tahun terakhir ini mati dalam keadaan mati jahiliyyah. Ini berlaku sejak saat dunia Islam kehilangan khalifah. Apatah lagi, khilafah Islamiyyah tertinggi yang mengurus keperluan seluruh umat Islam telah terputus sejak sekian lama. Umat Islam yang pada masa sekarang tidak mengangkat khalifah, sesungguhnya mereka mempunyai uzur (alasan yang diterima). Yang dimaksud dengan umat Islam di sini adalah rakyat, kerana terbukti rakyat tidak memiliki kemampuan untuk mendirikan khilafah dan mengangkat seorang khalifah. Lantas berdosakah mereka jika memang tidak mampu!?. Bukankah Allah taala berfirman:
لاَيُكَلِّفُ اللهُ نَفْسًا إِلاَّ وُسْعَهَا
Maknanya: “Allah ta’ala tidak membebankan terhadap satu jiwa, kecuali apa yang ia sanggup melakukannya”. (Surah al Baqarah: 286)
2. Berakidah Dengan Aqidah Muktazilah Atau Qadariyyah
Lebih sesat lagi, Hizbut Tahrir menyatakan bahawa seorang hamba adalah pencipta perlakuan ikhtiyari (perbuatan yang dilakukan atas dasar kemahuannya). Menurut mereka bahawa perkara yang diciptakan oleh Allah hanya perlakuan manusia yang bersifat idtirari (perbuatan yang di luar inisiatifnya seperti degupan jantung, takut, menggigil kerana kedinginan dan lain-lain)[2]. Dengan pernyataannya ini, Hizbut Tahrir telah menyalahi firman Allah taala:
اللهُ خَالِقُ كُلِّ شَىْءٍ
Maknanya: “Allah adalah Pencipta segala sesuatu”. (Surah al-Zumar: 62)Segala sesuatu (shay’) dalam ayat ini mencakupi diri makhluk dan segala perbuatannya. Selain itu, mereka juga menyalahi firman Allah: 

هَلْ مِنْ خَالِقٍ غَيْرُ اللهِ
Maknanya: “Adakah pencipta selain Allah?” (Surah Fatir: 3)Ertinya tidak ada Pencipta atau yang mengadakan sesuatu dari tidak ada menjadi ada kecuali Allah. Seterusnya, mereka juga menyalahi firman Allah: 

قُلْ إِنَّ صَلاَتِى وَنُسُكِى وَمحْيَاىَ وَمَمَاتِى للهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ. لاَ شَرِيكَ لَهُ وَبِذَلِكَ أُمِرْتُ وَأَنَا أَوَّلُ الْمُسْلِمِينَ
Maknanya: “Katakanlah (wahai Muhammad) sesungguhnya solatku dan nusukku (sembelihan yang dilakukan untuk mendekatkan diri kepada Allah seperti al-Hady dan korban ‘Id al-Adha), hidupku dan matiku adalah milik Tuhan semesta alam. Tidak ada sekutu bagi-Nya” (Surah Al-An^am: 162-163)Ayat di atas jelas menyatakan bahawa solat dan amalan ibadat korban yang merupakan perbuatan ikhtiyari, serta kehidupan dan kematian yang bukan perbuatan ikhtiyari kesemuanya adalah ciptaan Allah, tidak ada yang menyekutui-Nya dalam hal ini. Sesungguhnya hanyalah Allah yang menciptakan kesemuanya itu; yang mengadakannya daripada tidak ada kepada ada. 

Ayat-ayat tersebut semuanya menunjukkan bahwa segala apa yang ada di dunia ini adalah ciptaan Allah. Segala benda (zat-zat) dan sifat-sifatnya seperti bergerak, diam, warna, fikiran, rasa sakit, rasa nikmat, mengerti, lemah dan lain-lain, semuanya tidak lain adalah ciptaan Allah. Manusia hanyalah berbuat (yaf^al –Kasb-), tidak menciptakan (la yakhluq) perbuatannya sendiri. Ini adalah akidah yang telah menjadi ijmak (kesepakatan) para sahabat dan majoriti umat Islam hingga kini.

Al-Imam Abu Hanifah radiyaLlahu ^anhu berkata dalam kitabnya al-Wasiyyah:

وَالْعَبْدُ مَعَ أَعْمَالِهِ وَإِقْرَارِهِ وَمَعْرِفَتِهِ مَخْلُوقٌ, فَإِذَا الْفَاعِلُ مَخْلُوقٌ فَأَفْعَالُهُ أَوْلَى أَنْ تَكُونَ مَخْلُوقَةً
Maknanya: “Dan si hamba itu bersama-sama segala perbuatannya, pengakuannya dan pengetahuannya adalah makhluk ciptaan Allah. Oleh itu, apabila si pelaku itu suatu makhluk maka perlakuannya lebih utama sebagai makhluk ciptaan Allah”.Inilah yang diyakini oleh majoriti umat Islam, baik mereka para ulamak Salaf (mereka yang hidup pada 300 tahun pertama hijriyyah; iaitu zaman sahabat Nabi, tabi’in dan tabi’it tabi’in) mahupun ulama Khalaf (pasca zaman salaf hingga kini). Pendapat yang menyalahi akidah ini bererti telah menyalahi al-Quran dan hadis Nabi. Dalam sebuah hadis riwayat Ibn Hibban diriwayatkan bahawa Rasulullah sallaLlahu ^alayhi wa-sallambersabda: 

إِنَّ اللهَ صَانِعُ كُلِّ صَانِعٍ وَصُنْعَتِهِ
Maknanya: “Sesungguhnya Allah pencipta setiap pembuat dan perbuatannya”.Hadis di atas jelas menyatakan bahawa manusia sama sekali tidak menciptakan perbuatannya. 

3. Beberapa Pegangan Sesat Yang Lain
Selain itu, ada lagi beberapa pegangan mereka yang menyeleweng dari pegangan Ahlis Sunnah wal Jama^ah. Antaranya:
1) Mereka mengatakan bahawa sifat ^ismah atau maksum para nabi dan rasul itu hanya berlaku selepas mereka menjadi nabi atau rasul, manakala sebelum kenabian atau kerasulan maka sesuatu dosa yang boleh terjadi ke atas manusia biasa lain boleh berlaku ke atas mereka kerana sifat maksum itu adalah kerana kenabian dan kerasulan[3].
2) Mereka juga mengatakan bahawa perjalanan dengan tujuan zina tidak haram kerana yang haram hanya perbuatan zina[4].
3) Mereka juga membolehkan cumbuan lelaki dengan perempuan ajnabiyyah[5].
4) Mereka juga membolehkan seseorang lelaki berjabat tangan dengan perempuan ajnabiyyah[6].
5) Mereka juga mendakwa bahawa semua manusia boleh berijtihad terutamanya selepas mereka dapat membaca kitab-kitab yang berbahasa Arab dan yang berkaitan syariat Islam[7].Oleh itu, jauhilah Hizbut Tahrir kerana mereka mengancam akidah umat Islam! Sebarkan maklumat ini kepada orang lain! AWAS! Mereka sedang mencari pengaruh di kalangan masyarakat Islam di Malaysia terutama golongan siswazah dan profesional yang tidak kuat asas akidah Islam dan ilmu fardu ain bagi memudahkan lagi pergerakan mereka. 

[Risalah ini telah siap disusun oleh Abu Nur al-Dununiyy al-Ash^ariyy pada 28 Jumadal-Awwal 1427 H dan diedarkan di sebahagian negeri Johor bersama dengan doa: “Ya Allah! Jadikanlah risalah kecil ini sebagai RIBUT PETIR yang melanda HIZBUT TAHRIR!”.]
________________________________
[1] Sila rujuk penulisan-penulisan mereka seperti berikut: (1) Al-Shakhsiyyah al-Islamiyyah, juzuk 2, bahagian 3, hlm. 13, 15 dan 29. (2) Al-Khilafah, hlm. 3, 4 dan 9. (3) Al-Dawlah al-Islamiyyah, hlm. 179. (4) Mudhakkirah Hizb al-Tahrir ila al-Muslimin fi Lubnan, hlm. 4.
[2] Sila rujuk penulisan-penulisan mereka seperti berikut: (1) Al-Shakhsiyyah al-Islamiyyah, juzuk 1, bahagian 1, hlm. 71, 72 dan 74. (2) Nizam al-Hukm fi al-Islam, hlm. 22.
[3] Sila rujuk penulisan pengasas dan ketua Hizbut Tahrir iaitu Taqiyyuddin al-Nabhanial-Shakhsiyyah al-Islamiyyah, juzuk 1, bahagian 1, hlm. 120.
[4] Perkara ini telah ditulis dan disebarkan dalam kertas edaran mereka di Tripoli, Syam pada tahun 1969 dan masih disebut sehingga sekarang oleh penduduk Tripoli dan mendapat tentangan daripada kebanyakan penduduk.
[5] Sila rujuk edaran soal jawab terbitan Hizbut Tahrir pada 24 Rabi^ul-Awwal 1390, dan edaran soal jawab terbitan Hizbut Tahrir pada 21 Jamadil-Awwal 1400/ 7 April 1980.
[6] Sila rujuk edaran soal jawab terbitan Hizbut Tahrir pada 8 Muharram 1390, dan buku mereka al-Khilafah, hlm. 22 – 23, serta buku ketua mereka al-Shakhsiyyah al-Islamiyyah, juzuk 2, bahagian 3, hlm. 22 – 23, dan juzuk 3, hlm. 107 – 108.
[7] Sila rujuk kitab mereka al-Tafkir, hlm. 149.
SUMBER:

Sumber Rujukan Utama Syiah

Ada empat rujukan utama Syiah untuk membangun mazhabnya.

1) “Al-Kafi” karangan Muhammad bin Ya’qub bin Ishaq Al-Kulaini, ulama Syiah terbesar       di zamannya. Dalam kitab itu terdapat 16199 hadis. Buku ini oleh kalangan Syiah yang         paling dipercayai dari keempat rujukan itu.

2) “Man Laa Yahdhuruhul Faqih” karangan Muhammad bin Babawaih al- Qumi. Terdapat di dalamnya 3913 hadis musnad dan 1050 hadis mursal.

3) “At-Tahdzib“. Kitab fiqih ini dikarang oleh Muhammad at-Tusi yang dijuluki Lautan Ilmu.

4) “Al-Istibshar“, oleh pengarang yang sama, mencakup 5001 hadis.

 

Rujukan: Seminar Pemurnian Akidah 2011 “Ancaman Syiah Masa Kini”

Anjuran Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan Dengan Kerjasama Yayasan Ta’lim

JAUHILAH GOLONGAN SALAFIYYAH WAHHABIYYAH

CIRI-CIRI GOLONGAN SALAFIYYAH WAHHABIYYAH

AQIDAH

1.Membahagikan Tawhid kepada 3 Kategori
(i)Tawhid Rububiyyah: Dengan tawhid ini, mereka mengatakan bahawa kaum musyrik Mekah dan orang-orang kafir juga mempunyai tawhid.
(ii)Tawhid Uluhiyyah: Dengan tawhid ini, mereka menafikan tawhid umat Islam yang bertawassul, beristigathah dan bertabarruk sedangkan ketiga-tiga perkara tersebut diterima oleh majoriti ulama’ Islam khasnya ulama’ empat mazhab.
(iii)Tawhid Asma’ dan Sifat: Tawhid versi mereka ini boleh menjerumuskan seseorang ke lembah tashbih dan tajsim
i. Menterjemahkan istawa sebagai bersemayam/bersila
ii. Merterjemahkan yad sebagai tangan
iii. Menterjemahkan wajh sebagai muka
iv. Menisbahkan jihah (arah) kepada Allah (arah atas – jihah ‘ulya)
v. Menterjemah janb sebagai lambung/rusuk
vi. Menterjemah nuzul sebagai turun dengan zat
vii. Menterjemah saq sebagai betis
viii. Menterjemah asabi’ sebagai jari-jari, dll
ix. Menyatakan bahawa Allah SWT mempunyai “surah” atau rupa [Terbaru]
x. Menambah bi zatihi haqiqatan [dengan zat secara hakikat] di akhir setiap ayat-ayat mutashabihat, sedangkan penambahan itu tidak ada di dalam al-Qur’an dan al-Sunnah. Imam al-Zahabi sendiri mengkritik gurunya, Ibnu Taymiyyah berkenaan masalah ini di dalam Siyar A’lam al-Nubala’ [Rujuk kitab yang ditahqiq oleh bukan Wahhabi kerana Wahhabi membuang kritikan ini dalam terbitan mereka] [Terbaru]
xi. Sebahagian golongan Mujassimah menyatakan bahawa Allah (Rujuk Kitab Ibthal al-Ta’wilat oleh Abu Ya’la al-Farra’ yang telah diterbitkan semula oleh “tangan-tangan Tajsim dan Tashbih” – Penulis mempunyai buku seorang alim Al-Azhari yang mengarang kitab menolak kitab tersebut): [Terbaru]
mempunyai gusi (اللثة) dan gigi gerham (الأضراس) [Terbaru]
akan “duduk” bersama Nabi Muhammad SAW di atas arash [Terbaru]
mempunyai mulut (الفم) [Terbaru]
2.Tafwidh yang digembar-gemburkan oleh mereka adalah bersalahan dengan tafwidh yang dipegang oleh ulama’ Asha’irah.
3.Memahami ayat-ayat mutashabihat secara zahir tanpa huraian terperinci dari ulama’ mu’tabar
4.Menolak Asha’irah dan Maturidiyyah yang merupakan majoriti ulama’ Islam dalam perkara Aqidah
5.Sering mengkrititik Asha’irah bahkan sehingga mengkafirkan Asha’irah
6.Menyamakan Ashai’rah dengan Mu’tazilah dan Jahmiyyah atau Mua’ththilah dalam perkara mutashabihat
7.Menolak dan menganggap pengajian sifat 20 sebagai satu konsep yang bersumberkan falsafah Yunani dan Greek
8.Berselindung di sebalik mazhab Salaf
9.Golongan mereka ini dikenali sebagai al-Hashwiyyah, al-Karramiyyah, al-Mushabbihah, al-Mujassimah atau al-Jahwiyyah dikalangan ulama’ Ahli Sunnah wal Jama’ah
10.Sering menjaja kononnya Abu Hasan Al-Ash’ari telah kembali ke mazhab Salaf setelah bertaubat dari mazhab Asha’irah
11.Mendakwa kononnya ulama’ Asha’irah tidak betul-betul memahami fahaman Abu Hasan al-Asha’ri, bahkan sering mendakwa kononnya mereka adalah pengikut Imam Abu al-Hasan al-’Ash’ari yang sebenar. Sungguh lucu dakwaan sebegini [Terbaru]
12.Menolak ta’wil dalam bab Mutashabihat
13.Sering mendakwa bahawa ramai umat Islam telah jatuh ke kancah syirik
14.Mendakwa bahawa amalan memuliakan Rasulullah SAW boleh membawa kepada syirik
15.Tidak mengambil berat kesan-kesan sejarah para anbiya’, ulama’ dan solihin dengan dakwaan menghindari syirik
16.Kefahaman yang salah berkenaan syirik sehingga mudah menghukum orang sebagai membuat amalan syirik
17.Menolak tawassul, tabarruk dan istighathah dengan para anbiya’ serta solihin
18.Mengganggap tawassul, tabarruk dan istighathah sebagai sebagai cabang-cabang syirik
19.Memandang remeh karamah para awliya’
20. Menyatakan bahawa ibu bapa dan datuk Rasulullah SAW tidak terselamat dari azab api neraka.
21. Mengharamkan mengucap “radiallahu anha” bagi ibu Rasulullah SAW, Sayyidatuna Aminah [Terbaru]
22. Menamakan Malaikat Maut sebagai ‘Izrail adalah bid’ah [Terbaru] – Fatwa Soleh Uthaymin

SIKAP

1.Sering membid’ahkan amalan umat Islam bahkan sampai ke tahap mengkafirkan mereka
2.Mengganggap diri sebagai mujtahid atau berlagak sepertinya (walaupun tidak layak)
3.Sering mengambil hukum secara langsung dari al-Quran dan hadis (walaupun tidak layak)
4.Sering memperlekehkan ulama’ pondok dan golongan agama yang lain.
5.Ayat-ayat al-Quran dan Hadis yang ditujukan kepada orang kafir sering ditafsir ke atas orang Islam.
6.Memaksa orang lain berpegang dengan pendapat mereka walaupun pendapat itu shazz (janggal).
7. Bersikap “taqiyyah” apabila dirasakan perlu. Fatwa mereka berbeza apabila bercakap di hadapan masyarakat umum dengan pengajian khusus bersama mereka [Terbaru].
8. Apabila mereka sedikit dan tidak berkuasa, mereka melaungkan slogan “Berlapang dada”, namun apabila mereka ramai dan berkuasa mereka melaungkan slogan “Meghilangkan Bid’ah” [Sikap ini diambil berdasarkan kata-kata para ulama’ Mekah yang memerhatikan sikap Wahhabi di Mekah sewaktu ia mula-mula berkembang sampai kini.][Terbaru].
9. Apabila mereka menerima tentangan daripada majoriti ulama’, mereka menyatakan itu adalah asam garam dalam perjuangan. Sedangkan para ulama’ menyatakan bahawa apabila sesuatu itu ditolak olej majoriti para ulama’, maka itu adalah tanda-tanda kesesatan, kepelikan dan kejanggalan (shazz) atau ketergelinciran (zallah) kerana para ulama’ umat Nabi Muhammad SAW tidak akan bersepakat di dalam kesesatan sepertimana yang disebut di dalam hadis Rasulullah SAW [Terbaru]

ULUM HADIS

1.Menolak beramal dengan hadis dhaif
2.Penilaian hadis yang tidak sama dengan ulama’ hadis yang lain
3.Mengagungkan Nasiruddin al-Albani di dalam bidang ini [walaupun beliau tidak mempunyai sanad bagi menyatakan siapakah guru-guru beliau dalam bidang hadis. Bahkan umum mengetahui bahawa beliau tidak mempunyai guru dalam bidang hadis dan diketahui bahawa beliau belajar hadis secara sendiri dan ilmu jarh dan ta’dil beliau adalah mengikut Imam al-Dhahabi].
4.Sering menganggap hadis dhaif sebagai hadis mawdhu’ [mereka melonggokkan hadis dhaif dan palsu di dalam satu kitab atau bab seolah-olah kedua-dua kategori hadis tersebut adalah sama]
5.Perbahasan hanya kepada sanad dan matan hadis, dan bukan pada makna hadis. Oleh kerana itu, perbincangan syawahid tidak diambil berat
6.Perbincangan hanya terhad kepada riwayah dan bukan dirayah.

ULUM QURAN

1.Menganggap tajwid sebagai menyusahkan dan tidak perlu (Sebahagian Wahhabi Malaysia yang jahil) [dan menurut sahabat penulis yang ada membuat penyelidikan di dalam bidang ini, sememangnya terdapat beberapa “ulama’ Saudi” yang menyatakan tajwid itu bukanlah sunnah, tetapi bid’ah. Namun majoriti “ulama’ Saudi” tidak bersetuju dengan kata-kata mereka].[Terbaru]
2. Mendakwa ayat-ayat mutashabihat sebagai ayat muhkamat. [Terbaru]

FIQH

1.Menolak fahaman bermazhab kepada imam-imam yang empat; pada hakikatnya mereka bermazhab “TANPA MAZHAB”
2.Mengadunkan amalan empat mazhab dan pendapat-pendapat lain sehingga membawa kepada talfiq yang haram
3.Memandang amalan bertaqlid sebagai bid’ah; kononnya mereka berittiba’
4.Sering mengungkit soal-soal khilafiyyah
5.Sering menggunakan dakwaan ijma’ ulama dalam masalah khilafiyyah
6.Sering bercanggah dengan ijma’ ulama’
7.Menganggap apa yang mereka amalkan adalah sunnah dan pendapat pihak lain adalah bid’ah
8.Sering mendakwa orang yang bermazhab sebagai taksub mazhab, sedangkan mereka taksub kepada Ibnu Taymiyyah, Ibnu al-Qayyim al-Jawziyyah dan Muhammad Ibn Abdul Wahhab [Terbaru].
9.Salah faham makna bid’ah yang menyebabkan mereka mudah membid’ahkan orang lain
10.Sering berhujah dengan al-tark, sedangkan al-tark bukanlah satu sumber hukum
11.Mempromosikan mazhab fiqh baru yang dinamakan sebagai Fiqh al-Taysir, Fiqh al-Dalil, Fiqh Musoffa, dll [yang jelas terkeluar daripada fiqh empat mazhab]
12.Sering mewar-warkan agar hukum ahkam fiqh dipermudahkan dengan menggunakan hadis “Yassiru wa la tunaffiru” sehingga menjadi lebih parah daripada tatabbu’ al-rukhas
13.Sering mengatakan bahawa fiqh empat mazhab telah ketinggalan zaman

Najis
1. Sebahagian daripada mereka sering mempertikaikan dalil bagi kedudukan babi sebagai najis mughallazah
2. Menyatakan bahawa bulu babi itu tidak najis kerana tidak ada darah yang mengalir [Terbaru]

Wudhu’ & Tayammum
1. Tidak menerima konsep air musta’mal
2. Bersentuhan lelaki dan perempuan tidak membatalkan wudhu’
3. Membasuh kedua belah telinga dengan air basuhan rambut dan tidak dengan air yang baru.
4. Kaifiyyat Tayammum yang mereka pilih ialah: Tepuk sekali dan sapu muka serta kedua pergelangan tangan sahaja (tanpa perlu sampai ke siku). [Terbaru]

Azan
1. Azan juma’at sekali; azan kedua ditolak

Solat
1. Mempromosi “Sifat Solat Nabi SAW’, dengan alasan kononnya solat berdasarkan fiqh mazhab adalah bukan sifat solat Nabi SAW yang sebenar
2. Menganggap lafaz usolli sebagai bid’ah yang keji
3. Berdiri secara terkangkang ataupun seperti huruf Y terbalik yang menyalahi konsep berdiri secara iktidal (lurus dan sederhana) [Terbaru]
4. Tidak membaca ‘Basmalah’ secara jahar
5. Menggangkat tangan sewaktu takbir pada paras bahu
6. Meletakkan tangan di atas dada sewaktu qiyam
7. Menganggap perbezaan antara lelaki dan perempuan dalam solat sebagai perkara bid’ah (sebahagian Wahhabiyyah Malaysia yang jahil)
8. Menganggap qunut Subuh sebagai bid’ah
9. Menggangap penambahan “wa bihamdihi” pada tasbih ruku’ dan sujud adalah bid’ah
10. Menganggap menyapu muka selepas solat sebagai bid’ah – Fatwa Soleh Uthaymin
11. Solat tarawih hanya 8 rakaat; yang lebih teruk lagi, mengatakan solat tarawih itu sebenarnya adalah solat malam (solatul-lail) seperti yang dibuat pada malam-malam biasa.
12. Zikir jahar di antara rakaat-rakaat solat tarawih dianggap bid’ah
13. Tidak ada qadha’ bagi solat yang sengaja ditinggalkan
14. Menganggap amalan bersalaman selepas solat adalah bid’ah – Fatwa Soleh Uthaymin
15. Menggangap lafaz sayyiduna (taswid) dalam solat sebagai bid’ah
16. Menggerak-gerakkan jari sewaktu tahiyyat awal dan akhir
17. Boleh jama’ dan qasar walaupun kurang dari dua marhalah
18. Memakai jubah dengan singkat yang melampau
19. Menolak sembahyang sunat qabliyyah sebelum Jumaat
20. Menolak konsep sembahyang menghormati waktu [li hurmah al-waqt] [Terbaru]
21. Menolak konsep fidyah sembahyang walaupun umum mengetahui ia adalah pendapat mazhab Hanafi dan pendapat dhaif di dalam mazhab Shafie. [Terbaru]

Doa, Zikir dan Bacaan al-Quran
1. Menggangap doa beramai-ramai selepas solat sebagai bid’ah
2. Menganggap zikir dan wirid beramai-ramai selepas sembahyang atau pada bila-bila masa sebagai bid’ah
3. Mengatakan bahawa membaca “Sodaqallahul-‘azim” selepas bacaan al-Quran adalah bid’ah – Fatwa Ibn Baz
4. Menyatakan bahawa doa, zikir dan selawat yang tidak ada dalam al-Quran dan Hadis sebagai bid’ah. Sebagai contoh mereka menolak Dala’il al-Khayrat, Selawat al-Syifa’, al-Munjiyah, al-Fatih, Nur al-Anwar, al-Taj, dll, bahkan dikatakan semua itu bertentengan dengan Aqidah Islam [Terbaru]
5. Menganggap amalan bacaan Yasin pada malam Jumaat sebagai bid’ah yang haram – dengan alasan “Jangan diiktikadkan wajib” [Terbaru]
6. Mengatakan bahawa sedekah atau pahala tidak sampai kepada orang yang telah wafat
7. Mengganggap penggunaan tasbih adalah bid’ah
8. Mengganggap zikir dengan bilangan tertentu seperti 1000 (seribu), 10,000 (sepuluh ribu), dll sebagai bid’ah, tetapi kalau tidak berzikir atau lalai (al-ghaflah) tak mengapa pulak??!!! [Terbaru]
9. Menolak amalan ruqiyyah shar’iyyah dalam perubatan Islam seperti wafa’, azimat, dll
10. Menolak zikir isim mufrad: Allah Allah
11. Melihat bacaan Yasin pada malam nisfu Sya’ban sebagai bid’ah yang haram
12. Sering menafikan dan mempertikaikan keistimewaan bulan Rajab dan Sya’ban
13. Sering mengkritik kelebihan malam Nisfu Sya’ban
14. Mengangkat tangan sewaktu berdoa’ adalah bid’ah
15. Mempertikaikan kedudukan solat sunat tasbih
16. Berusaha mengharamkan wirid-wirid yang terkandung di dalam “Majmu’ Sharif.” [Terbaru]
17. Menyatakan bahawa mencium al-Quran adalah bid’ah terkeji [Terbaru] – Fatwa Soleh Uthaymin

Pengurusan Jenazah dan Qubur
1. Menganggap amalan menziarahi maqam Rasulullah SAW, para anbiya’, awliya’, ulama’ dan solihin sebagai bid’ah dan solat tidak boleh dijama’ atau qasar dalam ziarah seperti ini
2. Mengharamkan wanita menziarahi kubur
3. Menganggap talqin sebagai bid’ah
4. Mengganggap amalan tahlil dan bacaan Yasin bagi kenduri arwah sebagai bid’ah yang haram
5. Tidak membaca doa’ selepas solat jenazah
6. Sebahagian ulama’ mereka menyeru agar Maqam Rasulullah SAW dikeluarkan dari masjid nabawi atas alasan menjauhkan umat Islam dari syirik
7. Menganggap kubur yang bersebelahan dengan masjid adalah bid’ah yang haram
8. Doa dan bacaan al-Quran di perkuburan dianggap sebagai bid’ah

Munakahat
1. Talak tiga (3) dalam satu majlis adalah talak satu (1)

Majlis Sambutan Beramai-ramai
1. Menolak sambutan Mawlid Nabi; bahkan menolak cuti sempena hari Mawlid Nabi; bahkan yang lebih teruk lagi menyamakan sambutan Mawlid Nabi dengan perayaan Kristian bagi nabi Isa a.s.
2. Menolak amalan marhaban
3. Menolak amalan barzanji.
4. Berdiri ketika bacaan mawlid adalah bid’ah
5. Menolak sambutan Ma’al Hijrah, Isra’ Mi’raj, dll.

Haji dan Umrah
1. Cuba mengalihkan “Maqam Ibrahim a.s.” namun usaha tersebut telah dipatahkan oleh al-Marhum Sheikh Mutawalli Sha’rawi apabila beliau pergi bertemu dengan Raja Faisal ketika itu [Terbaru].
2. Menghilangkan tanda telaga zam-zam untuk dielak oleh orang yang bertawaf ketika bertawaf [Dengar khabar, sekarang tanda tersebut hendak dibuat semula] [Terbaru].
3. Mengubah tempat sa’ie di antara Sofa dan Marwah yang mendapat tentangan ulama’ Islam dari seluruh dunia [Terbaru – dan Khilafiyyah di antara para ulama’ kontemporari].
4. Nama “Hajar Ismail” bagi bahagian sisi Ka’bah adalah bid’ah dan tidak harus [Terbaru] – Fatwa Soleh Uthaymin

PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN

1. Ramai para professional menjadi ‘ustaz-ustaz’ mereka (di Malaysia)
2. Ulama’ yang sering menjadi rujukan mereka adalah:
a. Ibnu Taymiyyah
b. Ibnu al-Qayyim
c. Muhammad Abdul Wahhab [Perbezaan yang ketara di antara pendekatan Ibnu Taymiyyah dan Muhammad Ibn Abdul Wahhab ialah: (i) Ibnu Taymiyyah tidak memaksa orang lain mengikut pendapatnya dengan pedang dan kuasa, ini adalah berbeza dengan pendekatan Muhammad Ibn Abdul Wahhab; (ii) Ibnu Taymiyyah juga tidak bersepakat dengan bukan Muslim untuk menjatuhkan saudara Islamnya][Terbaru]
d. “Sheikh” Abdul Aziz Ibn Bazz
e. Nasiruddin al-Albani
f. “Sheikh” Soleh Ibn Uthaimin
g. “Sheikh” Soleh Fawzan al-Fawzan [Secara peribadi, penulis mendengar dengan telinga dan melihat dengan mata sendiri di Madinah, Dr. Soleh Fawzan al-Fawzan, Rektor, Universiti Islam Madinah pada waktu tersebut menyatakan bahawa ulama’ Al-Asha’irah dan al-Maturidiyyah bukanlah daripada “golongan yang terselamat dari api neraka” (al-firqah al-najiyah).”] [Terbaru]
3. Sering mewar-warkan untuk kembali kepada al-Quran dan Hadis (tanpa menyebut para ulama’, sedangkan al-Quran dan Hadis sampai kepada umat Islam melalui para ulama’ dan para ulama’ jua yang memelihara al-Quran dan Hadis untuk umat ini)
4. Sering mengkritik Imam al-Ghazali dan kitab “Ihya’ Ulumiddin”
5. Masih lagi menggunakan kitab al-Tawhid oleh Imam Ibnu Khuzaimah walaupun Imam al-Bayhaqi telah menyatakan bahawa Imam Ibnu Khuzaimah telah pun menarik semula dan bertaubat daripada penulisannya itu. Ini dinyatakan oleh Imam al-Bayhaqi di dalam Kitab al-Asma’ dan al-Sifat. [Terbaru]

PENGKHIANATAN MEREKA KEPADA UMAT ISLAM

1. Bersepakat dengan Inggeris dalam menjatuhkan kerajaan Islam Turki Usmaniyyah
2. Melakukan perubahan kepada kitab-kitab turath yang tidak sehaluan dengan mereka
3. Ramai ulama’ dan umat Islam dibunuh sewaktu kebangkitan mereka
4. Memusnahkan sebahagian besar kesan-kesan sejarah Islam seperti tempat lahir Rasulullah saw, jannat al-Baqi’ dan al-Ma’la [makam para isteri Rasulullah SAW di Baqi’, Madinah dan Ma’la, Mekah], tempat lahir Sayyiduna Abu Bakr dll, dengan hujah perkara tersebut boleh membawa kepada syirik.
5. Di Malaysia, sebahagian mereka dahulu dikenali sebagai Kaum Muda atau Mudah [kerana hukum fiqh mereka yang mudah, ia merupakan bentuk ketaatan bercampur dengan kehendak hawa nafsu].
6. Antara nama/seruan yang pernah digunakan/dilaungkan oleh mereka di Malaysia dahulu ini ialah Ittiba’ Sunnah. Pihak Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Kali Ke-14 yang bersidang pada 22-23 Oktober 1985 telah pun mengeluarkan fatwa menyatakan kesesatan ajaran Ittiba’ al-Sunnah ini.

TASAWWUF DAN TAREQAT

1. Sering mengkritik aliran Sufi dan kitab-kitab sufi yang mu’tabar
2. Sufiyyah dianggap sebagai terkesan dengan ajaran Budha dan Nasrani
3. Tidak dapat membezakan antara amalan sufi yang benar dan amalan bathiniyyah yang sesat

Perhatian:

Sebahagian daripada ciri-ciri di atas adalah perkara khilafiyyah. Namun sebahagiannya adalah bercanggah dengan ijma’ dan pendapat mu’tamad empat mazhab. Sebahagian yang lain adalah perkara yang sangat kritikal dalam masalah usul (pokok) dan patut dipandang dengan serius.Ini adalah sebahagian daripada ciri-ciri umum golongan Wahhabiyyah yang secara sedar atau tidak diamalkan dalam masyarakat kita. Sebahagian daripada ciri-ciri ini adalah disepakati di antara mereka dan sebahagiannya tidak disepakati oleh mereka. Ini adalah kerana di dalam golongan Wahhabiyyah ada berbagai-bagai pendapat dan mazhab dalam berbagai peringkat. Apatah lagi apabila setiap tokoh Wahhabiyyah cuba berijtihad dan mengenengahkan pendapat masing-masing sehingga sebahagiannya terpesong terlalu jauh dari aliran Ahlus-Sunnah wal-Jama’ah. Kami terpaksa mengugurkan banyak lagi ciri-ciri lain yang berkaitan bagi meringkaskan risalah ini. Wallahu A’lam.

SUMBER: https://docs.google.com/Doc?id=dfdb7pcd_7gztjqzhw

AWASI WAHHABI : GOLONGAN MUJASSIMAH MODEN

Perlu diketahui bahawa golongan yang paling banyak kesesatan pada hari ini adalah Mujassimah (Yang menyatakan Allah itu berjisim) dan Musyabbihah (Yang menyatakan Allah itu menyerupai makhluk). Golongan Wahhabi adalah mereka yang paling jelas menyamakankan Allah dengan makhluk. Dan ketahuilah bahawa Musyabbihah dan Mujassimah adalah KAFIR.

Oleh kerana golongan sesat ini menyebarkan aqidah sesat mereka kepada orang awam termasuk anak-anak orang islam.
Maka wajiblah kepada kita orang islam yang beraqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah tidak senyap dari mengawasi golongan sesat ini.

Diceritakan bahawa tokey Wahhabi bernama Abdullah bin Hasan cucu kepada Muhammad Bin Abdul Wahhab banyak menyuarakan aqidah sesatnya di Makkah sejak sebelum 70 tahun lalu dengan mengatakan dalam keadaan dia turun dari tangga, katanya :

“ Allahu Yanzil Kanuzuli Haza ” kata-kata kufur yang bermaksud : “ Allah turun seprtimana aku turun ini ”.

Kenyataan tersebut telah didengar oleh ramai para ulama termasuk Syeikh Ali Bin Abdul Rahman As-Somaly yang tinggal dan mengajar di Makkah.

Maka tidak harus bagi kita umat islam senyap membisu tidak mengawasi orang islam dari ajaran sesat Wahhabi ini. Adakah mengingkari kemungkaran dianggap memecahbelahkan umat islam? Tidak sama sekali!. Mengkafirkan orang yang amat jelas kekafirannya bukanlah memecahbelahkan saf orang islam, bahkan ianya merupakan penjelasan kebenaran kerana bagaimana kita orang islam berkesedudukan dengan ajaran sesat Wahhabi yang mengkafirkan kita umat islam dan menghalalkan darah seluruh umat islam?!.

PRINSIP WAHHABI

Golongan Wahhabi menganggap sesiapa yang tidak menuruti aqidah mereka yang menjisimkan Allah dan menyamakan Allah dengan makhlukNya maka orang itu dikira kafir dan halal darahnya. Lihat sahaja prinsip utama Wahhabi tesebut seperti yang tertera dalam kitab utama mereka mengatakan :

“ Bunuhlah ahli sufi yang soleh sebelum kamu membunuh yahudi dan majusi ”.

Diantara Wahhabi yang menjelaskan prinsip utama wahhabi adalah “Sesiapa yang tidak mengatakan Allah Duduk dan tidak menuruti aqidah mereka yang menjisimkan Allah dan menyamakan Allah dengan makhlukNya maka orang itu dikira kafir dan halal darahnya ” yang menyatakan prinsip Wahhabi adalah sedemikian seorang ulama Wahhabi bernama Ali bin Muhammad bin Sinan seorang pengajar salah sebuah universiti di Madinah dan pengarang kitab Almajmuk Almufid Min Aqidah At-tauhid.

ULAMA MAZHAB HAMBALI MENJELASKAN PERIHAL WAHHABI

Mufti Mekah bernama Muhammad Bin Abdullah Bin Hamid Al-Hambali An-Najdi menyatakan didalam kitabnya berjudul As-Suhubul Wabilah ‘Ala Dhoroih Al-Hanabilah,

Dalam kitab tersebut Mufti Mekkah tersebut menjelaskan latar belakang 800 orang para fuqoho’ dari mazhab Hambali. Diantara yang diceritakan oleh Mufti mengenai seorang alim mazhab Hambali bernama Abdul Wahhab Bin Sulaiman yang merupakan bapa kepada seorang pengasas ajaran sesat Wahhabi bernama Muhammad Bin Abdul Wahhab.

Mufti menceritakan bahawa bapa Muhammad Bin Abdul Wahhab tidak meredhoi anaknya itu kerana pengasas Wahhabi itu mengkafirkan sesiapa sahaja yang tidak sependapat dengannya bahkan pengasas Wahhabi tersebut menghalal pembunuhan umat islam yang tidak mengikutnya. Sila lihat pada kita tersebut dimukasurat 276 cetakan pertama di Riyadh.

WAHHABI MEMBUNUH 3000 UMAT ISLAM DI JORDAN

Telah berlaku satu peristiwa yang amat menyayathati umat islam pada 1920an iaitu pembunuhan Wahhabi terhadap umat islam di Timur Jordan. Disitu Wahhabi telah membunuh bukan 3 orang tetapi 3000 orang islam yang tidak mengikut mereka dengan menyembelih umat islam seperti kambing dalam pada penyembelihan itu Wahhabi mengatakan: “Ayuh kita bunuh kafir ini kerana tak ikut kita!”.
Kisah pembunuhan Wahhabi terhadap 3000 umat islam di Timur Jordan ini tertera dikebanyakan perpustakaan di Jordan.

WAHHABI : MUJASSIMAH
(Mujassimah Adalah Golongan Kafir Disisi Seluruh Ulama Islam)

Wahhabi adalah kaum Mujassimah yang menjisimkan Allah. Mujassimah adalah kafir kerana Imam Syafie rodhiyallahu ‘anhu menyatakan :
“ Al-Mujassim Kafir ” kata-kata Imam Syafie itu bermaksud : “ Mujassim (Yang mengatakan Allah itu jisim seperti Wahhabi) adalah kafir ”.
Kenyataan Imam Syafie yang mengkafirkan Mujassimah tersebut diriwayatkan oleh Imam Suyuti dalam kitabnya Al-Asbah Wa An-Nazoir mukasurat 488 cetakan Darul Kutub Ilmiah.

Mari kita lihat kenyataan Imam Ahmad Bin Hambal dan para ulama mazhab Hambali yang mempersetujui kenyataan Imam Ahmad mengatakan :
“ Man Qola Allahu Jismun Faqod Kafar Wakaza Man Qola Allahu Jismun La Kal Ajsam ” kenyataan Imam Ahmad bermaksud : “ Sesiapa yang mengatakan Allah berjisim maka dia telah kafir, begitu juga kafirlah yang mengatakan Allah itu berjisim tapi tak serupa dengan jisim-jisim ”.Lihat Sohibul Khisol diantara ulama mazhab Hambali yang masyhur.

Seorang ulama mazhab Hambali terkenal bernama Muhammad Bin Badruddin Bin Balban Ad-Dimasyqi Al-Hambali dalam kitabnya berjudul Muktasor Al-Ifadat mukasurat 490 menyatakan :
“ Allah tidak menyerupai sesuatu dan sesuatupun tidak menyerupai Allah, sesiapa menyamakan Allah dengan sesuatu maka dia KAFIR seperti mereka yang menyatakan Allah itu berjisim, begitu jugak kafir yang menyatakan Allah itu berjisim tapi tak seperti jisim-jisim ”.

Begitu juga Imam Malik dan Imam Abu Hanifah jelas mengkafirkan golongan Mujassimah.
Mari kita lihat apa yang telah dinukilkan oleh Ibnu Hajar Al-Haitamidalam kitabnya berjudul Al-Minhaj Al-Qowim Syarh Muqaddimah Al-Hadhromiyah :
“ Ketahuilah bahawa Al-Qorrofi dan selainnya telah menukilkan dari Imam Syafie, Imam Malik, Imam Ahmad dan Imam Abu Hanifah rodhiyallahu ‘anhum bahawa mereka semua mengkafirkan mujassimah ”.

WAHHABI MENYEMBAH JISIM YANG BERBETIS

Wahhabi adalah golongan yang amat malang. Ulama islam mengharap sangat sekiranya golongan Wahhabi ini diberikan pemahaman ayat Allah “Laisa Kamithilihi Syai” dalam surah As-Syura ayat 11 yang bermaksud “ Tiada sesuatupu menyerupaiNya”.
Puluhan ulama Wahhabi menyebarkan perkara kufur dengan mengatakan :
“ Allah meletakkan kakiNya yang berbetis kedalam api neraka kemudian mengatakan ada lagi ke? ”.
Lihatlah betapa sesatnya mereka!

WAHHABI MENGATAKAN : NABI MUHAMMAD ADALAH PATUNG BERHALA

Tidak cukup bagi Wahhabi mengkafirkan umat islam dan menghalalkan darah orang islam yang tidak mengikut mereka. Wahhabi sejak 8 tahun dimusim haji menyatakan prinsip mereka adalah ¾ orang islam sekarang adalah kafir dan halal darah mereka.Wahhabi juga mengatakan :
“ Kami menjual tasbih ( yang dianggap bid’ah sesat oleh Wahhabi) hanya kepada orang musyrik di tanah haram ini ”.

Seorang ulama Wahhabi bernama Abu Bakar Al-Jajairy menyatakan dalam Masjid Nabawi di Madinah pada tahun 1993M dengan katanya :
“Aku bersumpah bahawa islam tidak akan bangkit selagi patung berhala ini (sonam) tidak dikeluarkan dari masjid ini”
sambil tangannya mengarah kepada maqam Nabi Muhammad.

Apakah dosa Nabi Muhammad kepada ulama Wahhabi ini sehingga Wahhabi menamakan Nabi Muhammad itu sebagai berhala?!.

PENUTUP UNTUK KALI INI

Sesetengah orang menganggap bahawa perbuatan menjelaskan kesesatan dan kekafiran Wahhabi ini adalah suatu yang memecahbelah saf umat islam.

Saudara islam sekalian, ketahuilah! Sekiranya anda memahami betapa bahaya lagi sesatnya ajaran Wahhabi ini maka anda akan lebih sensitif kerana kejahatan dan kesesatan Wahhabi ini amat bahaya.

Kepada yang mengatakan :bagaimana kita menyesatkan orng yang mengucap dua kalimah syahadah?!

Ketahuilah! Walaupun seseorang itu mengucap dua kalimah syahadah tapi aqidahnya masih kafir lagi sesat dan dia tidak mengenal Tuhannya dengan mengatakan :
“Allah itu berjisim” maka dia bukan islam.

Imam Abu Hasan Al-Asya’ry menyatakan dalam kitabnya berjudul An-Nawadir :
“ Al-Mujassim Jahil Birobbihi Fahuwa Kafirun Birobbihi”

kenyataan Imam Abu Hasan Al-Asy’ary tersebut bermaksud :

“ Mujassim ( yang mengatakan Allah itu berjisim) adalah jahil mengenai Tuhannya, maka dia dikira kafir dengan Tuhannya ”.

Ibn Al-Mu’allim Al-Qurasyi (wafat 725) dalam kitab Najmul Muhtadi menukilkan dari Al-Qodi Husain bahawa Imam Syafie menyatakan :
“ Sesiapa beranggapan Allah duduk diatas arasy maka dia KAFIR ”.

Mari kita lihat pandangan ulama Hanafi. Syeikh Kamal Bin Al-Humam Al-Hanafi menyatakan dalam kitab mazhab Hanafi berjudul Fathul Qadir juzuk 1 mukasurat 403 pada Bab Al-Imamah :

“ Sesiapa yang mengatakan Allah itu jisim ataupun Allah itu jisim tapi tak serupa dengan jisim-jisim maka dia telah KAFIR ( ini kerana jisim bukanlah sifat Allah )”.

Maka Wahhabi adalah Mujassimah yang beranggapan bahawa Allah itu jisim duduk diatas arasy.
Tidak harus bagi kita senyap dari mempertahankan aqidah islam dan menjelaskan kesesatan ajaran sesat!.

Kepada mereka yg merasa diri tu Wahhabi tapi tak iqtiqod dengan aqidah2 kufur maka tak usah menyebok mempertahankan aqidah sesat Wahhabi.

(http://al-ahkam.net/home/modules.php?op=modload&name=MDForum&file=viewtopic&t=30693 )

3 Musuh Islam Paling Berbahaya (Wahhaby – Syiah – Islam Liberal)

Pemikiran Wahhabiyah tidak sesuai diamal kerana dikhuatiri boleh pecah belah ummah
FELO Kehormat Institut Pemikiran dan Tamadun Islam Antarabangsa (Istac), Dr Muhammad Uthman El-Muhammady mendedahkan sejak kebelakangan ini aliran selain Ahli Sunnah Wal Jamaah seperti fahaman (Wahhabiy), Syiah dan Islam liberal mula menyerang negara menyebabkan sebahagian masyarakat terpengaruh.
Beliau yang menjadi ahli panel pada Wacana Ilmu bertajuk Ahli Sunnah Wal Jamaah anjuran akhbar Berita Harian dan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), baru-baru ini melahirkan kebimbangan (bahawa) masyarakat dan negara akan berdepan pelbagai masalah jika perkara (ini) tidak didedahkan. “Ramai yang mempertikaikan kita menggunakan kitab lama, kononnya tidak moden. (Mereka sebenarnya ingin memodenkan) masyarakat kepada aliran (pemikiran) Islam liberal. Kita bimbang jika masyarakat tidak didedahkan dengan fahaman yang betul mengenai Ahli Sunnah Wal Jamaah (pegangan Majlis Agama Negeri dan Fatwa Kebangsaan) nescaya kita akan berdepan pelbagai masalah termasuk boleh (memberi ancaman) kepada keselamatan negara,” katanya.
Ketika ditanya, Sejauh mana fahaman Syiah, aliran Wahhabiy dan Islam liberal mempengaruhi pemikiran umat Islam, Pengarah Bahagian Penyelidikan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Razali Shahabudin berkata, sukar menafikan wujud segelintir umat Islam negara ini dipengaruhi unsur bertentangan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah dan amalan mazhab Syafi’ie. Beliau berkata, setakat ini JAKIM dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) serta pihak keselamatan melalui peruntukan undang-undang dan dasar kerajaan berjaya membendung penularan fahaman berkenaan. “Pelbagai tindakan pencegahan dilakukan JAKIM dan JAKIM bagi mengelakkan fahaman itu menjadi serius sama ada melalui fatwa dikeluarkan, majlis penerangan di pelbagai peringkat masyarakat dan tindakan undang-undang terhadap penganut fahaman berkenaan,” katanya.
Beliau berkata, fahaman Syiah dan Islam liberal bahaya terhadap umat Islam kerana alasan yang berbeza. Syiah diharamkan di negara ini melalui keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan pada 1996 berdasarkan percanggahan dengan akidah, syariah dan akhlak Ahli Sunnah Wal-Jamaah. Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan yang bersidang pada 3 Mei 1996 membuat keputusan menetapkan umat Islam di Malaysia hendaklah hanya mengikut ajaran Islam berasaskan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dari segi akidah, syariah dan akhlak. Memperakukan ajaran Islam yang lain daripada pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah bercanggah dengan hukum syarak dan undang-undang Islam dan dengan demikian penyebaran apa-apa ajaran yang lain daripada pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah dilarang. Antara penyelewengan yang dikenal pasti dalam ajaran Syiah ialah imam adalah maksum, khalifah diwasiatkan secara nas, menolak ijmak ulama, menolak qiyas dan mengamalkan nikah mutaah (dan banyak lagi penyelewengan).
Sementara fahaman Wahhabiyah pula tidak sesuai diamalkan di negara ini kerana dikhuatiri boleh membawa kepada perpecahan umat Islam. Itu adalah hasil daripada perbincangan beberapa kali pada Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan. Semua keputusan adalah menyekat penularan fahaman Wahhabiyyah atas alasan isu khilafiyyah fiqhiyyah yang dibangkitkan boleh menggugat perpaduan umat Islam di Malaysia. Bagaimanapun keputusan itu tidak memutuskan Wahhabiyyah sebagai ajaran sesat. Razali berkata, mengenai Islam liberal pula setakat ini tidak wujud mana-mana individu atau organisasi di Malaysia yang menubuhkan apa-apa kumpulan atas nama Islam liberal seperti berlaku di Indonesia.
Bagaimanapun katanya, wujud fenomena liberal dalam kalangan organisasi dan individu tertentu yang sentiasa dipantau serta dikaji oleh pihak berkuasa agama. Malah, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-74 pada 25- 27 Julai 2006 membincangkan “Aliran Pemikiran Islam Liberal” dan memutuskan aliran itu adalah ajaran sesat dan menyeleweng daripada syariat Islam. “Antara kesesatan pemikiran itu ialah berpegang kepada konsep pluralisme agama, meragui ketulenan al-Quran, menggesa tafsiran baru konsep ibadat, mempertikaikan kredibiliti Nabi SAW dan mempertikaikan hukum-hakam yang muktamad,” katanya. Beliau berkata, ajaran sesat dan sebarang ajaran baru menyalahi tradisi Ahli Sunnah Wal Jamaah di negara ini yang berpegang kepada akidah Asya’irah-Maturidiyyah dan fiqh Syafi’ie, sudah tentu akan menimbulkan rasa kurang senang umat Islam.
Katanya, penyebaran ajaran sesat akan menggugat akidah serta syariah Islam sementara aliran seperti Wahhabiyyah boleh menimbulkan kekeliruan dan berakhir dengan krisis perpaduan jika tidak dibendung dan ditangani. Berdasarkan rencana Fahaman Wahabi Berasaskan Pemikiran Ibnu Taimiyyah di laman web Jakim bertarikh 19 Disember 2006, pada prinsipnya fahaman Wahabi membuat terjemahan serta tafsiran al-Quran dan hadis sebulat-bulatnya mengikut fahaman pemimpin mereka. Penerapan fahaman Wahabi di kalangan umat Islam di negara ini sejak berkurun lama berakar umbi dengan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah menimbulkan salah faham di kalangan umat Islam. Orang awam yang kurang mahir selok belok mazhab lebih baik bertaklid dengan pegangan mazhab sedia ada. Hakikatnya fahaman Wahhabiy tidak membawa pemikiran baru mengenai akidah. Mereka hanya mengamalkan apa yang dikemukakan Ibnu Taimiyyah dalam bentuk yang lebih keras berbanding apa yang diamalkan Ibnu Taimiyyah sendiri. Perkembangan fahaman Wahabi dan penerapan mazhab lain dalam masyarakat Islam di negara ini tidak dapat dielakkan kerana kesan globalisasi ilmu di dunia hari ini.
Nota : Di edit dari wartawan : Hasliza Hassanhasliza@bharian.com.my

http://www.bharian.com.my/Tuesday/Agama/20090825013128/Article/index_html

25/08/09. Tulisan dlm kurungan adalah editan dari Tuan Blog.
Kesimpulan :
1) Fahaman Wahhabiy, Syiah dan Islam Liberal adalah bertentangan dengan Fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah di Malaysia. Kewujudan aliran ini bukan sekadar mengganggu-gugat keharmonian fahaman dan amalan, tetapi tindakan mereka yang ekstrem mampu mengancam keselamatan negara. Oleh itu, ianya perlu dibendung sehingga ke akar umbi.
2) Bersama kita semarakkan program Pemantapan Akidah di semua peringkat dalam mendedahkan penyelewengan yang terdapat pada fahaman ini supaya masyarakat jelas dgn fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah yang sebenar.
3) Tiba masanya undang-undang sivil dan syariah diperkasakan bagi tujuan mengawal kesucian akidah dan pematuhan kepada peraturan syarak dari dicemari oleh golongan ekstrem dan golongan yang tidak bertanggungjawab. Awas, TIGA SEKAWAN! Wahhabiy, Syiah dan Liberal, kami akan menggempur kamu! BERTAUBATLAH SEBELUM TERLAMBAT.

http://al-ghari.blogspot.com/

SUMBER:

http://salafytobat.wordpress.com/2009/09/03/3-musuh-islam-paling-berbahaya-wahhaby-syiah-islam-liberal/