Fahaman Syiah – Jabatan Mufti Negeri Selangor

Bahasa Asal
Melayu
Jumlah Pembaca
594
Negara Asal
Malaysia
Tarikh Isu
1998-01-19
Tahun
1998
Pengarang
Abd. Majid Bin Omar, Pemangku Mufti, Selangor
Rujukan
Jabatan Mufti Negeri Selangor
Nota
Nota: 14th February 1998

LATAR BELAKANG

1. Kebangkitan fahaman Syiah secara meluas di Malaysia bermula dari kemenangan revolusi Islam yang diketuai oleh Ayatullah Al Khomeini di Iran pada tahun 1979 dan menjadikan Iran sebagai Republik Islam. Atas nama kerajaan Islam itulah rakyat Malaysia telah memberi sokongan tanpa menyedari orang-orang Iran yang berfahaman Syiah telah menyebarkan fahaman mereka dengan meluasnya di Malaysia.

2. Syiah di Malaysia merupakaan satu kelompok pecahan dari umat Islam yang merangkumi lebih kurang 10% dari seluruh umat Islam dunia. Golongan Syiah ini berpecah kepada beberapa kumpulan. Tetapi di dalam buku penjelasan ini hanya disebut tiga (3) kumpulan terbesar iaitu:

i- Syiah Iman Dua Belas (Ja’fariyah)

Kumpulan ini merupakan golongan Syiah yang terbesar di Iran dan merangkumi hampir 60% daripada penduduk Iraq. Golongan ini juga menjadi kumpulan minoriti di beberapa buah negara seperti Pakistan, Afghanistan, Lebanon dan Syria.

ii- Syiah Zaidiyah.

Kumpulan yang dikenali dengan nama Syiah Imam Lima ini berkembang di Yaman dan hampir 40% daripada penduduk negara tersebut adalah pengikut Syiah Zaidiyah.

iii- Syiah Ismailiah.

Kumpulan ini mempunyai Imam Tujuh dan pengikutnya dianggarkan seramai 2 juta orang. Kumpulan ini sekarang berpusat di India dan bertaburan di sekitar Asia Tengah, Iran, Syria dan Timur Afrika (1).

3. Di Malaysia terdapat tiga (3) kumpulan Syiah yang berkembang semenjak beberapa tahun yang lalu iaitu:

i- Syiah Taiyibi Bohra (Dawood Bohra)

Kumpulan ini berasal dari India dan di Malaysia ia dikenali dengan golongan yang memiliki Kedai Bombay. Kumpulan yang berpusat di daerah Klang ini mempunyai tanah perkuburan dan masjidnya sendiri dan pengikutnya dianggarkan seramai 200 hingga 400 orang.

ii- Syiah Ismailiah Agha Khan.

Kumpulan yang dikenali dengan nama Kedai Peerbhai ini bergerak di sekitar lembah Klang. Jumlah pengikut tidak diketahui tetapi bilangannya lebih kecil dari kelompok Bohra.

iii- Syiah Ja’fariayah @ Imamiah Ithna Assyariyyah. (Imam Dua Belas)

Kumpulan ini dipercayai mula bertapak di Malaysia pada tahun 1979. Pengaruh ajaran dan fahaman ini menular melalui bahan bacaan dan individu seperti pensyarah IPT. Beberapa buku utama Syiah telah dijadikan rujukan dan telah diterjemah dalam Bahasa Melayu. Pengikut kumpulan ini dianggarkan 300 hingga 500 orang.

4. Penyebaran fahaman Syiah di Malaysia dilakukan melalui beberapa cara.

i- Lawatan pembesar-pembesar Iran ke Malaysia yang disusuli dengan kempen dan penerangan fahaman mereka.

ii- Lawatan pelawat-pelawat Malaysia ke Republik itu.

iii- Melalui pelajar-pelajar Malaysia yang ditawarkan belajar ke Rupublik itu dengan diberi biasiswa dan kemudahan asas yang secukupnya

iv- Melalui pegawai-pegawai Kedutaan Iran di Malaysia yang membuat lawatan ke pusat-pusat pengajian tinggi di Malaysia.

v- Memberi hadiah berupa buku-buku fahaman Syiah kepada perpustakaan-perpustakaan umum seperti perpustakaan universiti. Masjid dan taka-taka buku yang terkenal.

CIRI-CIRI KESALAHAN

Penyelewegan dari Sudut Akidah

(a) Imam Adalah MaksumSyiah meyakini bahawa Imam-imam adalah maksum iaitu terpelihara daripada dosa kecil dan besar dari peringkat kanak-kanak hinggalah meninggal dunia, kedudukan mereka sama seperti Nabi-nabi. Pada Iktiqad mereka Imam memelihara Syariat. Ini dapat dilihat dalam kitab Aqaid Al Imamiah oleh Syeikh Muhammad Redha Al Muzaffar, hal. 72

.عقيدتنا في عصمة الإمامونعتقد أن الإمام كالنبي يجب أن يكون معصوما من جميع الرذائل والفواحش ما ظهر منها وما بطن، من سن الطفولة إلى الموت، عمدا وسهوا. كما يجب أن يكون معصوما من السهو والخطأ والنسيان، لأن الأئمة حفظة الشرع والقوامون عليه حالهم في ذلك حال النبي، والدليل الذي اقتضانا أن نعتقد بعصمة الأنبياء هو نفسه يقتضينا أن نعتقد بعصمة الأئمة بلا فرق.

(b) Kemunculan Iman Mahadi bersama orang yang telah matiGolongan Syiah dikehendaki mempercayai bahawa Allah S. W. T. akan menghidupkan semula orang-orang yang telah mati ke dunia ini bersama-sama Imam Mahadi untuk menghukum orang-orang yang telah melakukan kezaliman, seperti Saidina Abu Bakar, Omar, Uthman, Aishah, Hafsah, Muawiah dan lain-lain lagi.Fakta ini dijelaskan dalam kitab Aqaid Al Imamiah oleh Syeikh Muhammad Redha Al Muzaffar Hal. 83.

عقيدتنا في الجعةإن الذي تذهب إليه الإمامية أخذا بما جاء عن البيت عليهم السلام أن الله تعالى يعيد قوما من الأموات إلى الدنيا في صورهم التي كانوا عليها، فيعز فريقا ويذل فريقا آخر، ويديل المحقين من المبطلين والمظلومين منهم من الظالمين، وذلك عند قيام مهدى آل محمد عليه وعليهم أفضل الصلاة والسلام.ولا يرجع إلا من علت درجته في الإيمان أو من بلغ الغاية من الفساد، ثم يصيرون بعد ذلك إلى الموت، ومن بعده إلى النشور وما يستحقونه من الثواب أو العقاب، كما الله تعالى في القرآن الكريم تمنى هؤلاء المرتجعين الذي لم يصلحوا بالارتجاع فنالوا مقت الله أن يخرجوا ثالثا لعلهم يصلحون: (قالوا ربنا أمتنا اثنتين وأحييتنا اثنتين فاعترفنا بذنوبنا فهل إلى خروج من سبيل) (الم}من: 11)

(c) Berpura-puraMengikut Aqidah Syiah, Al-Taqiyyqh ialah menunjukkan sesuatu yang boleh membahayakan diri atau harta bendanya dengan melahirkan yang bukan hakikat sebenar dari kandungan hatinya. Al-Taqiyyah ini diamalkan dalam setiap perkara kecuali dalam masalah Arak dan menyapu khuf. Perkara ini dijelaskan dalam buku Al-Usul Min Al-Kafi juz. 2 0leh Abu Jaafar Muhammad bin Yaakub bin Ishak-Al Khulaini Al-Razi, hal. 217

.ابن أبى عمير، عن هشام بن سالم عن أبي عمر الأعجمي قال: قال لي أبو عبدالله عليه السلام يا أبا عمر إن تسعة أعشار الدين في التقية ولا دين لمن لا تقية له والتقية في كل شيء إلا في النبيذ والمسح على الخفين.

(d) Menyanjung Saidina Ali Secara KeterlaluanSyiah menyanjung Saidina Ali secara, berlebih-lebihan hingga ia disamatarafkan dengan Rasulullah. Bahkan dalam beberapa hal Saidina Ali dianggap lebih tinggi lagi. Perkara ini dinyatakan dalam kitab Al-Usul Min Al-Kafi oleh Al Khulaini Jld. 1 Hal. 197:
قال أمير المؤمنين عليه السلام : أنا قسيم الله بين الجنة والنار: وأنا الفاروق الأكبر وأنا صاحب العصا والميسم ، ولقد أقرت لمحمد ولقد حملت على مثل حمولة محمد وهي حمولة الرب وإن محمدا صلى الله عليه وسلم يدعى فيكسى ويستنطبق واعى فاكسى واستنطق فانطق على حد منطقه، ولقد أعطيت خصالا لم يعطهن أحد قبلي، علمت علم المنايا والبلايا، والأنساب وفصل الخطاب، فلم يفتني ما سبقني، ولم يعزب عني ما غاب عني، أبشر بإذن الله وأودي عن الله عز وجل، كل ذلك مكنني الله فيه بإذنه.

e) Menhalalkan Nikah Mut’ahGolongan Syiah menghalalkan Nikah Mut’ah. Perkara ini dinyatakan dalam kitab Man La Yahdhuruhu Al Faqih oleh Abu Jaafar Muhammad bin Ali bin Husain Bahawiah Al-Qanuni, Juzu’ 1 hal 358:

وأما المتعة فإن رسول الله صلى الله عليه وسلم أحلها ولم يحرمها حتى قبض.

(f) Menambah SyahadahGolongan Syiah menambah nama Saidina Ali dalam Syahadah selepas nama Nabi Muhammad S. A. W. Perkara ini dinyatakan di dalam kitab Al-Usl Min Al Kafi oleh al-Khulaini, Juzu’ 1, hal. 441

:سهل بن زياد : عن محمد بن الوليد قال : سمعت يونس بن يعقوب، عن سنان بن طريف، عن أبي عبدالله عليه السلام يقول : قال : إنا أول أهل بيت نوه الله بأسمائنا إنه لما خلق السماوات والأرض أمر مناديا فنادى أشهد أن لا إله إلا الله. ثلاثا. أشهد أن محمد رسول الله- ثلاثا-أشهد أن عليا أمير المؤمنين حقا-ثلاثا-

(g) Menolak Hadis Yang Diriwayatkan Oleh Ahli Sunnah Wal Jamaah Sekalipun Hadis MutawatirGolongan Syiah juga menolak semua hadis yang diriwayatkan oleh golongan Ahli Sunnah Wal Jamaah walaupun hadis itu sampai kepada darjat mutawatir. Mereka hanya berpegang kepada hadis yang diriwayatkan oleh Ahli Bait sahaja. Pegangan ini disebut di dalam buku Aslu Al Syiah Wa Usuluha Oleh Muhammad Al Husain Ali Kasyif Al Ghita’, hal 149

:ومنها أنهم لا يعتبرن من السنة ( أعنى الأحاديث النبوية) إلا ما صح لهم من طرق أهل البيت عن جدهم يعنى ما رواه الصادق عن أبيه الباقر عن أبيه زين العابدين عن الحسين اليبط عن أبيه أمير المؤمنين عن رسول الله سلام الله عليهم جميعا

(h) Khalifah Diwasiatkan Secara NasSyiah mempercayai imam-imam telah ditentukan oleh Allah melalui lisan Rasul-Nya secara nas. Ini dinyatakan dalam Kitab Aqaid al-Imamiah oleh ulama Syiah iaitu Syeikh Muhammad Redza ai-Muzaffar, hal. 78

عقيدتنا في أن الإمامة بالنصنعتقد أن الإمامة كالنبوة لا تكون إلا بالنص من الله تعالى على لسان الإمان المنصوب بالنص إذا أراد أن ينص على الإمام من بعده، وحكمها في ذلك حكم النبوة بلا فرق، فليس للناس أن يتحكموا فيمن يعينه الله هاديا ومرشدا لعامة البشر، كما ليس لهم حق تعيينه أو ترشيحه أو انتخابه. لأن الشخص الذي له من نفسه القدسية استعدادا لتحمل أعباء الإمامة العامة وهداية البشر قاطبة يجب ألا يعرف إلا بتعرف الله ولا يعين إلا بتعيينه

.Syiah mempercayai wasi Rasulullah s. a. w. ialah Saidina Ali. Kemudian Saidina Ali mewasiatkannya pula kepada anaknya Hasan dan Hasan mewasiatkannya pula kepada Hussain sehinggalah kepada Imam Dua Belas Aم-Mahdi Al-Muntazar. la merupakan sunnah Allah kepada semua Nabi-nabi bermula daripada Nabi Adam sehinggalah kepada Nabi yang terakhir. Perkara ini disebutkan dalam kitab Aslu-Al-Syiah Wa Usuluha oleh Muhammad bin Husain Ali Kasyif al-Ghita’, hal. 136

:فلنعد إلى ماكنا فيه من إتمام حديث الإمامية فنقول : إن الإمامية تعتقد أن الله سبحانه لا يخلى الأرض من حجة على العباد من نبى أو وصى ظاهر مشهور أو غائب مستور، وقد نص النبي صلى الله عليه وسلم وأوصى إلى ولده الحسن وأوصى الحسن أخاه الحسين وهكذا إلى الإمام الثاني عشر المهدى المنتظر، وهذه سنتة الله في جميع الأنبياء من آدمهم إلى خاتمتهم

(i) IImu Allah Berubah-ubah Mengikut Sesuatu Peristiwa Yang Berlaku Kepada ManusiaDari segi bahasa Al-Bada’ bermaksud lahir sesudah tersembunyi. Menurut akidah Syiah, Al-Bada’ ialah peristiwa berkenaan yang sebelum ini dianggap tersembunyi daripada-Nya. Perkara ini jelas menganggap Allah itu jahil atau tidak mempunyai ilmu yang meliputi.

Ini jelas seperti yang disebutkan oleh Al-Tabatabai dalam kitab al-Usul Min al-Kafi oleh Al-Kulaini Juzu’ 1 hal 146.

………فالبداء ظهور ما كان خفيا من الفعل لظهور ما كان خفيا من العلم بالمصلحة ثم توسع في الاستعمال فأطلقنا البداء على ظهور كل فعل كان الظاهر خلافه…………

Mengikut akidah Syiah, Ilmu itu akan berubah dan bersesuaian dengan fenomena baru. Tuhan akan berubah kehendak-Nya terhadap sesuatu perkara sesuai dengan keadaan yang berlaku.

Hal ini dijelaskan dalam Kitab al-Usul Min al-Kafi

باب البداءمحمد بن يحيى، عن أحمد بن محمد بن عيسى، عن الحجال، عن أبي اسحاق ثعلبة، عن زرارة بن أعين، عن أحدهما عليهما السلام قال: ما عبد الله بشيء مثل البداء. وفي رواية ابن أبي عمير، عن هشام بن سالم، عن أبي عبدالله عليه السلام ما عظم الله بمثل البداء.علي بن إبراهيم، عن أبيه، عن أبي عمير، عن هشام بن سالم وحفص بن البختري وغيرهما، عن أبي عبدالله عليه السلام قال في هذه الآية: يمحو الله ما يشاء ويثبت.

(j) Konsep Al-Mahadi iaitu Kepercayaan Kepada Muhammad bin Hassan Al-Askari Sebagai Imam Mahdi Al-Muntazar:Syiah Imamiah mempercayai bahawa Muhammad bin Hassan al-Askari adalah Imam yang ditunggu-tunggu yang telah hilang dan akan muncul semula untuk memerintah dan menghukum orang-orang yang melakukan kezaliman. Beliau telah menghilangkan diri selama 65 tahun mulai tahun 260H hingga 329H.

Pada masa ini orang Syiah boleh menghubungi imam mereka melalui wakil-wakil seramai empat orang iaitu Uthman Ibnu Said Al-Umri dan anaknya Muhammad Ibnu Uthman dan Husain Ibnu Ruh serta Ali Ibnu Muhammad al-Saimiri. Zaman ini dikenali sebagai Ghaibah sughra. Manakala Ghaibah Kubra pula bermula selepas tahun 329H hingga lahirnya Imam Mahdi yang ditunggu. Dalam Tempoh ini, sesiapa pun tidak boleh menghubungi Imam Mahdi walaupun melalui wakil-wakilnya. Sekiranya boleh dihubungi ia dianggap sebagai pendusta. Perkara ini dijelaskan dalam Kitab al-Syiah Wa al-Tashih a;-Sira’ Baina al Syiah Wa al

تعتقد الشيعة الإمامية أن الإمام الحسن العسكري وهو الإمام الحادى عشر للشيعة عندما توفي عام 260 هجري كان له ولدا يسمى محمدا له من العمر خمس سنوات وهو المهدى المنتظر. وهناك روايات أخرى تقول إن المهدى ولد بعد وفاةوالده الإمام العسكري ومهما كان الأمر فإن المهدي تسلم منصب الإمامة بعد والده وبنص منه وبقي مختفيا عن الإنتظار طيلة خمس وستين عاما. وكانت الشيعة تتصل به في هذه الفترة عن طريق نواب عينهم لهذا الغرض والنواب هم:
عثمان ابن سعيد العمري

(k) Mengkafirkan Para Sahabat Rasulullah s.a.w.Golongan Syiah ini mempercayai bahawa selepas wafat Rasulullah s.a.w. semua murtad kecuali Ahlul-Bait dan beberapa orang sahabat termasuk Abu Dzar, Miqdad bin Aswad, Salman Al-Farisi dan Ammar. Perkara ini disebutkan dalam Kitab Bihar al-Anwar oleh al-Majlisi Juz. 27, hal. 64-66

:فإن أغلب الصحابة كانوا على النفاق لكن كانت نار نفاقهم كامنة في زمنه، فلما انتقل إلى جوار ربه برزت نار نفاقهم لوصيه ورجعوا القهقرى، ولذا قال عليه السلام إرتد الناس كلهم بعد النبى صلى الله عليه وسلم إلا أربعة سلمان وأبو ذر والمقداد وعمار وهذا مما لا اشكال فيه.

(I) Menuduh Abu Bakar, Umar Uthman dan Muawiyah sebagai Empat Berhala Quraisy serta pengikut-pengikut mereka adalah musuh AllahGolongan Syiah menuduh Abu Bakar sebagai empat berhala Quraisy. Ini dinyatakan dalam Kitab Tuhfah al Awam Maqbul oleh Syed Manzur Husain hal 330, dan di dalam kitab al-Tafsir oleh Abu al-Nadhar Muhammad bin Masud bin Iyasyi hal, 116

:عن أبي حمزة الثمالى: قال أبو جعفر عليه السلام : يا أبا حمزة إنما يعبد الله من عرف الله، فأما من لا يعرف الله كأنما يعبد غيره هكذا ضالا قلت : أصلحك الله وما معرفة الله ؟ قال : يصدق الله ويصدق محمدا رسول الله صلى الله عليه وسلم في موالاة على والايتمام به،وبأئمة الهدى من بعده والبراءة إلى الله من عدوهم، وكذلك عرفان الله، قال : قلت : أصلحك الله أى شيء إذا عملته إنا استكملت حقيقة الإيمان؟قال: توالى أولياء الله، وتعادى أعداء الله ، وتكون مع الصادقين كما أمرك الله، قال: قلت : ومن أولياء الله ومن أعداء الله؟ فقال أولياء الله محمد رسول الله وعلى والحسن والحسين وعلى بن الحسين ثم انتهى الأمر إلينا ثم ابنى جعفر، وأومأ إلى جعفر وهو جالس فمن والى هؤلاء فقد والى الله وكان مع الصادقين كما أمره الله، قلت : ومن أعداء الله أصلحك الله؟ قال : الأوثان الأربعةن قال : قلت من هم؟ قال: 

(m) Hanya Ali Dan Para Imam Sahaja Yang Menghafal dan Menghimpunkan Al-Quran Dengan SempuraGolongan Syiah menganggap bahawa tidak ada sahabat yang menghimpun, memahami dan menghafal AI-Quran dengan sempurna kecuali Ali Sahaja. Perkara ini dinyatakan di dalam kitab al-Usul Min Al-Kafi oleh al Khulaini, Juzu’ 1, hal 228

إنه لم يجمع القرآن كله إلا الأئمة عليهم السلام وإنهم يعلمون علمه كلهمحمد بن يحيى، عن أحمد ، بن محمد، عن ابن محبوب ، عن عمرو بن أبي المقدام عن جابر قال: سمعت أبا جعفر عليه السلام ، يقول: ما ادعى أحد من الناس عليه السلام أنه جمع القرآن كله كما أنزل، الا كذاب، وما جمعه وحفظه كما نزله الله تعالى إلا علي بن أبي طالب والأئمة من بعده عليهم السلام.محمد بن الحسين، عن محمد بن الحسن، عن محمد بن سنان، عن عمار بن مروان عن المنخل، عن جابر، عن أبي جعفر عليه السلام أنه قال: ما يستطيع أحد أن يدعي أن عنده جميع القرآن كله ظاهره وباطنه غير الأوصياء.

(n) Mengamalkan Nikah Mut’ahGolongan Syiah masih meneruskan amalan nikah Mut’ah yang pernah diharuskan diperingkat awal Islam di dalam keadaan dan masa tertentu. Mereka masih mengamalkan nikah ini sehingga sekarang. Dengan ini menunjukkan bahawa mereka menolak permansuhan syariat tersebut. Mereka berpendapat bahawa nikah Mut’ah adalah diharuskan di dalam syariat Islam. Perkara ini dinyatakan dalam Kitab al-Nihayah Fi Mujarrad al-Fiqh Wa al-Fatawa oleh Abu Ja’afar Muhammad b. Hassan b. Ali al-Tusi, hal.489:

نكاح المتعة مباح في شريعة الإسلام، وهو ما قدمنا دكره من عقد الرجل على امرأة مدة معلومة بمهر معلوم.2.

Penyelewengan Dari Sudut Syariah

(a) Menolak Ijmak Ulama’Golongan Syiah tidak menerima pakai ijmak ulama, buktinya mereka menolak perlantikan Khalifah Abu Bakar, Umar dan Uthman, malah mereka berpegang kepada pendapat-pendapat Imam mereka, kerana ijmak pada mereka adalah kesalahan, sedangkan pendapat Imam adalah maksum. Perkara ini dinyatakan di dalam kitab Mukhtasar al-Tuhfah al-Ithna Asyariyyah oleh Shah Abdul Aziz al-Iman Waliyullah Ahmad Abdul Rahim al-Dahlawi, hal 51.وأما الإجماع فباطل أيضا ،

أن كونه حجة ليس بالأصالة بل لكون قول المعصوم في ضمنه، فمدار حجيته على قول المعصوم لا على نفس الإجماع، وثبوت عصمة المعصوم وتعيينه إما بخبره أو بخبر معصوم آخر،ن فقد جاء الدور الصريح أيضا. وأيضا إجماع الصدرالأول والثاني- يعنى قبل حدوث الإختلاف في الأمة- غير معتبر، لأنهم أجمعوا على : خلافة أبي بكر وعمر، وحرمة المتعة، وتحريف الكتاب، ومنع ميراث النبى صلى الله عليه وسلم، وغضب فدك من البتول. وبعد حدوث الإختلاف في الأمة وتفرقهم بفرق مختلفة كيف يتصور الإجماع، ولا سيما في المسائل الخلافية المحتاجة إلى الاستدلال وإقامة الحجة القاطعة.

(b) Menolak QiasGolongan Syiah juga menolak Qias, kerana beramal dengan qias akan merosakkan agama. Perkara ini dinyatakan didalam kitab Aslu al-Syiah Wa Usuluha oleh Muhammad bin Husain Ali Kasyif AI-Ghita’, hal. 149:

منها أن الإمامية لا تعمل بالقياس وقد توتر عن أئمتهم “ع”
(إن الشريعة إذا قيست محق الدين) والكشف عن فساد العمل بالقياس يحتاج إلى فضل بيان لا يتسع له المقام3.

Pelbagai Penyelewengan Umum

(a) Menziarahi Kubur Saidina Husain, Ganjarannya SyurgaSyiah mendakwa bahawa orang yang menziarahi kubur Saidina Husain akan memasuki Syurga, perkara ini dinyatakan di dalam kitab al-Irsyad oleh as-Syeikh al Mufid halaman 252.

Sebagaimana yang diriwayatkan daripada Rasulullah s.a.w.:. وقال رسول الله صلى الله عليه وآله من زار الحسين “ع” بعد مونه فله الجنة.الضرورة تملي أن نفرد فضلا خاصا في ضرب السلاسل على الأكتاف وشج الرؤوس بالسيوف والقامات في يوم العاشر من محرم حدادا على الإمام الحسين.وبما أن هذه العملية البشعة لا زالت جزءا من مواسيم الاحتفال باستشهاد الإمام الحسين وتجري في كل عام وتكون السبب في حدوث صراع دموي بين الشيعة والسنة في أجزاء من الباكستان تذهب ضحيته المئات من الأرواح 

(b) Menyeksa Tubuh Badan Sempena 10 MuharramGolongan Syiah mengadakan upacara memukul dada dan menyeksa tubuh badan sempena 10 Muharram bagi menangisi kematian Saidina Husain. Perkara ini dinyatakan di dalam Kitab al-Syiah Wa al-Tashih al-Sira’, Baina al-Syiah wa al-tasysyu’, oleh Doktor Musa al-Musawi, hal. 98

:الضرورة تملي أن نفرد فضلا خاصا في ضرب السلاسل على الأكتاف وشج الرؤوس بالسيوف والقامات في يوم العاشر من محرم حدادا على الإمام الحسين.وبما أن هذه العملية البشعة لا زالت جزءا من مواسيم الاحتفال باستشهاد الإمام الحسين وتجري في كل عام وتكون السبب في حدوث صراع دموي بين الشيعة والسنة في أجزاء من الباكستان تذهب ضحيته المئات من الأرواح

(c) Menghina Isteri-isteri nabi s.a.w.Golongan Syiah juga jelas menghina isteri-isteri nabi. Perkara ini dinyatakan di dalam kitab Tuhfah al.’ Awam Maqbul oleh al-Syed Manzur Husain, hal. 330:

بسم الله الرحمن الرحيم. اللهم صل على محمد وآل محمد اللهم العن صنمى قريش وجبتيها وطاغوتيها وافكيها وابنتيها الذين خالفاأمرك وانكر وحيك وجحدا انعامك وعصيا رسولك وقلبا دينك وحرفا كتابك وأحبا أعدائك وجحدا الآئك وعطلا أحكامك وأبطلا فرائضك وألحدا في آياتك وعاديا أوليائك واليا أعدائك وخربا بلادك وأفسد عبادك اللهم العنهما وأتباعهما وأولياءهما وأتباعهما ومحبيهما فقد أخربا بيت النبوة. 

(d) Mengharuskan Jamak Sembahyang Dalam Semua KeadaanGolongan Syiah mengharuskan jamak sembahyang fardhu iaitu Zohor dan Asar dalam waktu Asar, Maghrib dan ‘Isyak dalam waktu ‘Isyak dalam semua keadaan tanpa sebarang sebab. Perkara ini dinyatakan di dalam buku Minhaj Kebenaran Dan Pendedahan (Fiqh Lima Mazhab di antara Nas dan Ijtihad) oleh ai-Hasan bin Yusuf al-Mutahar al-Hilliyyah terjemahan Prof. Madya Dr. Lutpi Ibrahim (yhn. 1993) ha1.36:Ja’fari: Harus menjamakkan di antara sembahyang Zahor dan ‘Asar, Maghrib dan ‘Isyak sama ada di dalam musafir ataupun hadir tanpa sebab

( e) Imamah dan Khalifah Sebahagian Daripada Rukun Islam dan lanya Berlaku Melalui NasGolongan Syiah mendakwa Imamah dan Khalifah sebahagian daripada rukun Islam dan ianya berlaku melalui nas. Perkara ini dinyatakan di dalam buku Minhaj Kebenaran dan Pendedahannya (Fiqh Lima Mazhab di antara Nas dan Ijtihad) oleh al-Hasan bin Yusuf al Muntahhar al-Hulliy. terjemahan Prof. Madya Dr. Lutpi Ibrahim hal. 145-146:Ja’fari: lmamah dan Khalifah sebahagian daripada rukun Islam dan ianya berlaku melalui nas.

(f) Sembahyang Duha Adalah Bid’ahGolongan Syaiah mendakwa sembahyang Duha adalah bid’ah. Perkara ini dinyatakan di dalam buku Minhaj Kebenaran Dan Pendedahannya (Fiqh Lima Mazhab Di antara Nas dan Ijtihad) oeh ai-Hasan bin Yusuf al-Mutahar al-Hulliyy, terjemahan Prof. Madya Dr. Lutpi Ibrahim hal. 31:Ja’fari: Sembahyang Duha adalah Bid’ah. Para imam mazhab empat ianya sunat. Lantaran itu mereka menyalahi sunnah Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh al-Humaidi di dalam al-Jami’ Baina al-Sahibain daripada Marwa al-’ Ajali, dia berkata: Aku berkata kepada Ibn Umar, ” Anda mengerjakan sembahyang Duha ? Dia menjawab, tidak. Aku pun bertanya lagi, Abu Bakar? Dia menjawab: “Tidak”, Aku bertanya lagi: Nabi s.a.w.? Dia menjawab: “Tidak”. Humaidi pula meriwayatkan dari Aisyah di dalam Musnad Aisyah, dia berkata, sesungguhnya Nabi s.a.w. tidak pernah mengerjakan sembahyang duha. Abdullah bin Umar juga berkata, “Sembahyang Duha adalah bid’ah dari segala bid’ah.”

(g) Islam Bukanlah Syarat Wajibnya HajiGolongan Syiah mendakwa Islam bukanlah syarat wajibnya Haji. Perkara ini dinyatakan dalam buku Minhaj Kebenaran dan pendedahnnya (Fiqh Lima Mazhab Di antara Nas dan Ijtihad). oleh al-Hasan bin Yusuf al Muntahhar al-Hulliy, terjemahan Prof. Madya Dr. Lutpi Ibrahim hal. 55:Ja’fari: Islam bukanlah syarat wajibnya haji.

(h) Wajib Menyapu Kedua Kaki Dan Tidak memadai Basuh pada Kedua-duanya.Golongan Syiah mendakwa menyapu kedua-dua kaki dan tidak memadai basuh pada kedua-duanya. Perkara ini dinyatakan di dalam buku Minhaj Kebenaran Dan Pendedahannya (Fiqh Lima Mazhab Di antara Nas Dan Ijtihad) oleh al-Hasan bin Yusuf al-Mutahhar al-Hulliy, terjemahan Prof. Madya Dr. Lutpi Ibrahim hal. 13-14:Ja’fari : Wajib menyapu kedua kaki dan tidak memadai basuh pada keduanya. Ini juga adalah pendapat sebahagian para sahabat, tabi’in seperti Ibn Abbas, Ikramah, Anas Abu al-Aliyah dan al-Sya’bi.

TINDAKAN

1. Muzakarah Jawatan kuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Islam yang bersidang pada 3 Mei 1996 membuat keputusan:Menetap bahawa umat Islam di Malaysia hendaklah hanya mengikut ajaran Islam yang berasaskan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dari segi Akidah, Syariah dan Akhlak.Memperakukan bahawa ajaran Islam yang lain daripada pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah bercanggah dengan Hukum Syarak dan Undang-undang Islam; dan dengan demikian penyebaran apa-apa ajaran yang lain daripada pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah dilarang.Sal. P. U. 10.ENAKMEN PENTADBIRAN PERUNDANGAN ISLAM 1989FATWA TENTANG FAHAMAN SYIAHPADA menjalankan kuasa yang diberi oleh seksyen 31(1) dan seksyen 32 Enakmen Pentadbiran Perundangan Islam 1989, Mufti bagi Negeri Selangor, selepas berbincang dengan Jawatankuasa Perunding Hukum Syara, membuat fatwa seperti yang dinyatakan dalam Jadual.En. 2/1989ADMINISTRATION OF ISLAMIC LAW ENACTMENT 1989FATWA ON FAHAMAN SYIAHIN exercise of the powers conferred by section 31 (1) and section 32 of the Administration of Islamic Law Enactment 1989 the Mufti for the State of Selangor, after discussions with the Islamic Legal Consultative Committee, makes the fatwa as specified in the Schedule.En. 2/1989JADUAL/ SCHEDULE

1. Bahawa Fahaman dan Ajaran Syiah adalah bercanggah dan menyeleweng daripada pegangan Ahli Sunnah Wal Jama’ah.

2. Fahaman dan Ajaran ini perlu disekat keseluruhannya. Terdapat beberapa percanggahan di dalam fahaman tersebut sama ada dari sudut Aqidah, Syariah dan lainlain.

(a) Penyelewengan Dari Sudut Aqidahi- Imam adalah Maksum ( معصوم )(Sila lihat kitab ‘Aqaid AI-Imamiah oleh Syeikh Muhammad Redha AI-Muzaffar, halaman 72)

.ii- Kemunculan semula Imam Mahdi dan kumpulan orang yang telah mati untuk memberi keadilan( الرجعة) (Sila lihat kitab ‘Aqaid Al-Imamiah oleh Syeikh Muhammad Redha Al-Muzaffar, halaman 83).

iii- Berpura-pura ( التقية )(Sila lihat kitab Al-Kafi. Juzu’ 2 oleh Abu Ja’afar Muhamad Bin Ya’kub Bin Ishak Al-Kulaini Al Razi, halaman 217).

iv- Saidina Ali disama tarafkan dengan Allah S. W. T. (Sila lihat kitab Al-Usul Min Al-Sira’ oleh Al Kulaini, Jilid 1, halaman 197).v- Menghalalkan Nikah Mut’ah(Sila lihat kitab Man la Yahduruhu AI-Fiqih oleh Abu Ja’afar Muhammad Bin Ali Bin Hl-Husain Babawaih Al-Qummi. Juzu’ 1, halaman 358).

vi- Khalifah diwasiatkan secara Nas (نص )(Sila lihat kitab ‘Aqaid Al-Imamiah oleh Syeikh Muhammad Redha AI-Muzaffar, halaman 78).

(vii) Ilmu Allah berubah-ubah mengikut sesuatu peristiwa yang berlaku kepada manusia (اليدا ) (Sila lihat kitab Al-Usul Min Al-Kafi oleh Al Kulaini Juzu’ 1, halaman 146).

(viii) Muhamamad Bin Hassan Al-Askari ialah Iman Mahdi Al-Muntazar (المنتظر) (Iالهدية) (Sila lihat kitab As-Syiah Wa Al-Tasbih Al-Sira’ Baina Al-Syiah Wa Al-Tasyayyu, oleh Doktor Musa AI-Musawi, halaman 61).

(ix) Mengkafirkan para Sahabat Rasulullah S.A.W. (Sila lihat kitab Al-Anwar Al-Nu’maniah oleh Syed Nikmatullah Al-Musawi, halaman 81).

(x) Menambah Syahadah seperti berikut(Sila lihat kitab Al-Usul Min Al-Kafi oleh Al Kulaini Juzu’ 1, halaman 441).أشهد أن لا إله إلا الله أشهد أن محمدا رسول الله أشهد أن عليا أمير المؤمنين حقا.

(xi) Menolak Hadith yang diriwayatkan oleh Ahli Sunnah Wal Jama’ah sekalipun hadith Mutwatir (Sila lihat buku Aslu Al-Syiah Wa Usuluha oleh Muhammad Al-Husain Ali Kasyif Al-Ghita’, halaman 149).

(b) Penyelewengan Dari sudut Syariat

(i) Menolak Ijma’ Ulama’(Sila lihat kitab Mukhtasar Al-Tuhfah Al-Ithna Asyariyyah oleh Shah Abudl Aziz Al-Imam Wilayullah Ahmad Abdul Rahim Al-Dahlawi, halaman 51).

(ii) Menolak Qias(Sila lihat kitab Asli Al-Syiah Wa Usuluha oleh Muhammad Bin Al-Husain Ali Kasyif AI-Ghita’, halaman 149).

(iii) Mengamalkan Nikah Mut’ah(Sila lihat kitab Al-Nihayah Fi Mujarrad Al-Fiqh Wa AI-Fatawa oleh Abu Ja’afar Muhammad Bin Hassan Bin Ali AI-Tusi, hafaman 489-491. Kitab Tahzib Al-Ahkam oleh Abu Ja’afar Muhammad Bin Al-Hassan Al-Tusi, halaman 254, 259, 266)

(iv) Menolak ‘Aul dan mendahulukan Qurabah dari , Asobah dalam masalah Pusaka(Sila fihat buku Minhaj Kebenaran Dan Pendedahannya (Fiqh Lima Mazhab Di antara Nas Dan Ijtihad) oleh Al-Hasan Bin Yusuf Al Mutahhar Al-Hulliy, terjemahan Prof. Madya Dr. Lutfi Ibrahim. halaman 100-101

(v) Menuduh Abu Bakar, Umar Uthman dan Mu’awiyah sebagai empat berhala Quraisy serta pengikut-pengikut adalah musuh Allah(Sila lihat kitab Al-Tafsir oleh Al Nadhar Muhammad Bin Mas’ud Bin ‘Iyasy Al-Salami Al Samarqandi, Juzu’ 1, halaman 116)

(vi) Hanya Ali menghimpun Al-Quran dengan sempurna(Sila lihat kitab Al-Usul Min Al-Kafi oleh Al Kulaini, Juzu’ 1, halaman 228)

(e) Pelbagai Penyelewengan Umum(i) Menziarahi Kubur Saidina Husain.

Ganjaran Syurga(Sila lihat Al-Irsyad oleh Muhammad Bin Muhammad Bin Nu’kman Al-Askibri Al-Baghdadi Al-Mulaqqab Bin Al-Syeikh Al Mufid, Halaman 252)

( ii) Menyiksa tubuh badan sempena 10 Muharram (Sila lihat kitab Al-Syiah Wa Al-Tashih Al-Sira’, Baina Al-Syiah Wa Al-Tasyayyu’, oleh Doktor Musa Al-Musawi, halaman 98).

(iii) Menghina Abu Bakar dan Umar serta dua orang isteri Nabi S. A. W. iaitu Saidatina Aishah dan Hafsah(Sila lihat kitab Tuhfah Al-Awam Maqbul oleh Al-Syed Manzur Husain, halaman 330)

(iv) Mengharuskan Jamak Sembahyang dalam semua keadaan(Sila lihat buku Minhaj Kebenaran Dan Pendedahannya (Fiqh Lima Mazhab Di antara Nas Dan Ijtihad) oleh Al-Hasan Bin Yusuf Al Mutahhar Al-Hulliyy, terjemahan Prof. Madya Dr. Lutfi Ibrahim, tahun 1993, halaman 36).

(v) Sembahyang Dhuha adalah haram(Sila lihat buku Minhaj Kebenaran Dan Pendedahannya (Fiqh Lima Mazhab Di antara Nas Dan Ijtihad) oleh Al-Hasan Bin Yusuf Al Mutahhar Al-Hulliyy, terjemahan Prof. Madya Dr. Lutfi Ibrahim, halaman 31).

(vi) Menetapkan Prinsip Khumus sebagai Kadar Zakat(Sila lihat kitab Tahzib Al-Ahkam oleh Ja’afar Muhamad Bin Al-Hassan Al-Tusi, halaman 122).

(vii) Imamah dan Khalifah daripada Rukun Islam dan ianya berlaku melalui Nas(Sila lihat buku Minhaj Kebenaran Dan Pendedahannya (Fiqh Lima Mazhab Di antara Nas Dan Ijtihad) oleh Al-Hasan Bin Yusuf Al Mutahhar Al-Hulliyy, terjemahan Prof. Madya Dr. Lutfi Ibrahim, halaman 145-146).

(viii) Islam bukan Syarat wajibnya Haji(Sila lihat buku Minhaj Kebenaran Dan Pendedahannya (Fiqh Lima Mazhab Di antara Nas Dan Ijtihad) oleh Al-Hasan Bin Yusuf Al Mutahhar Al-Hulliyy, terjemahan Prof. Madya Dr. Lutfi Ibrahim, halaman 31).

(ix) Wajib menyapu kedua-dua kaki dan tidak memadai basuh pada kedua-duanya.(Sila lihat buku Minhaj Kebenaran Dan Pendedahannya (Fiqh Lima Mazhab Di antara Nas Dan Ijtihad) oleh Al-Hasan Bin Yusuf Al Mutahhar Al-Hulliyy, terjemahan Prof. Madya Dr. Lutfi Ibrahim).

3. Oleh itu mana-mana orang Islam adalah diarang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman tersebut kerana bertentangan ia dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jama’ah. Larangan ini meliputi:

(a) Untuk mengajar mempelajari, mengamalkan berpegang kepada atau menyebarkan ajaran-ajaran atau fahaman-fahaman yang terkandung di dalam ajaran dan fahaman Syiah kecuali untuk amalan indvidu itu sendiri; Atau

(b) Untuk menerbitkan apa-apa bentuk versi atau variasi atau apa-apa terjemahannya dalam apa-apa bahasa atau apa-apa bahan publisiti atau apa-apa bahan, sama ada bahan cetak atau elektronik atau selainnya atau melalui apa-apa media, atau apa-apa kaedah yang boleh membawa kepada penyebaran ajaran-ajaran tersebut; atau

(c) Untuk menjadi anggota atau pemimpin mana-mana golongan Syiah atau membantu dalam menghidupkan atau mengembangkan kumpulan sedemikian.

SUMBER:

http://www.e-infad.my/i-fms/index.php?option=com_fatwa&task=viewlink&link_id=1790&Itemid=48

Posted on October 30, 2012, in MENOLAK SYIAH. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: