Aqidah Salafus-Soleh Dan Tanzih (Menyucikan Allah s.w.t. Daripada Tempat dan Kejisiman)

Mafhum Istilah “Tempat”

Dari sudut bahasa, tempat bererti: Sesuatu yang meliputi sesuatu jisim.

Dari sudut istilah: Suatu yang menjadi lapangan bagi sesuatu jisim. (At-Tanzih karangan Dr. Umar Abdullah Kamil)

Oleh yang demikian, sesuatu yang bertempat bererti, ia adalah sesuatu yang berjisim. Oleh kerana itulah, aqidah Islam yang murni menyucikan Allah s.w.t. daripada tempat kerana zat Allah s.w.t. tidak berjisim.

Tempat itu adalah sesuatu yang mempunyai ukuran tertentu, begitu juga dengan jisim. Adapun jisim itu adalah sesuatu yang mempunyai saiz tertentu, ukuran tertentu, had-had tertentu, batasan-batasan tertentu dan sebagainya yang mengambil ruang dan tempat. Oleh yang demikian, Maha Suci Allah s.w.t. daripada bertempat dan berjisim. Inilah aqidah Islam yang murni menurut Al-Qur’an, As-Sunnah dan aqidah para salafus-soleh.

Firman Allah s.w.t.:

Katakanlah: “Kepunyaan siapakah apa yang ada di langit dan di bumi.” Katakanlah: “Kepunyaan Allah.” (Surah Al-An’am: 12)

Imam Fakhruddin Ar-Razi berkata: ayat ini menjadi dalil bahawa Allah s.w.t. tidak bertempat, kerana semua tempat yang ada dalam langit dan bumi adalah kepunyaanNya, yang merupakan ciptaanNya. (sila rujuk buku asas at-taqdis).

Perkataan Salafus-Soleh dalam Menafikan Tempat dan Jisim bagi Allah s.w.t..

قال سيدنا علي رضي الله عنه:( كان- الله- ولا مكان ، وهو الان على ما- عليه- كان اهـ. أي بلا مكان ) الفرق بين الفرق لأبي منصور البغدادي:333)

Al-Imam Saidina Ali k.r.w.j. pernah berkata: “Sesungguhnya Allah s.w.t. itu tidak bertempat. Dia sekarang dalam keadaan seperti mana Dia sebelum ini (iaitu tetap qadim dan abadi tanpa bertempat)”. (Al-firaq bainal Firaq karangan Abu Mansur: 333)

قال أيضا: إن الله تعالى خلق العرش إظهارًا لقدرته لا مكانا لذاته ) الفرق بين الفرق لأبي منصور البغدادي:333)
Saidina Ali k.r.w.j. berkata lagi: “Sesungguhnya Allah s.w.t. menciptakan Arasy, sebagai tanda kekuasaanNya, bukan sebagai tempat untuk Dia duduki” (Al-firaq bainal firaq: 333)

من زعم أن إلهنا محدود فقد جهل الخالق المعبود . ) حلية الأولياء: ترجمة علي بن أي طالب: 73:1)

Saidina Ali k.r.w.j. berkata lagi: “Sesiapa yang beranggapan bahawa, Tuhan kita mahdud (ada ruang lingkup tertentu atau ada had-had tertentu), bererti dia jahil tentang Tuhan Maha Pencipta lagi Tuhan yang disembah” (hilyatul Auliya’: 1/73)

وقال التابعي الجليل الإمام زين العابدين علي بن الحسين بن علي رضي الله عنهم ما نصه: ( أنت الله الذي لا يحويك مكان ) إتحاف السادة المتقين: 380:4)

Imam Ali Zainal Abidin bin Al-Husein r.a. (94 H) berkata: “Sesungguhnya, Engkaulah Allah, yang tidak bertempat” (Ittihaf Saadah Al-Muttaqin: 4/380)

أنت الله الذي لا تحد فتكون محدودا ) إتحاف السادة المتقين: ibid)
Imam Ali Zainal Abidin r.a. berkata lagi: “Engkaulah Allah yang tidak mempunyai sebarang had…” (ibid)

وقال الإمام جعفر الصادق بن محمد الباقر بن زين العابدين علي بن الحسين رضوان الله عليه من زعم أن الله في شيء، أو من شيء، أو على شيء فقد أشرك.

Imam Ja’far As-Sodiq r.a. (148 H) berkata: “Sesiapa yang mengatakan bahawa Allah s.w.t. berada pada mana-mana tempat, atau berada atas sesuatu, atau berasal daripada sesuatu, maka dia telahpun syirik…” (risalah Al-Qusyairiyah: 6)

قال الإمام أبو حنيفة النعمان بن ثابت: ” كان الله تعالى ولا مكان قبل أن يخلق الخلق ، وكان الله تعالى ولم يكن أين ولا خلق ولا شىء ، وهو خالق كل شىء ) الفقه الأبسط ضمن مجموعة رسائل أبي حنيفة بتحقيق الكوثري (ص 25)
Imam Abu Hanifah r.a. (150H) berkata: Allah s.w.t. itu wujud tanpa bertempat sebelum dia menciptakan makhluk. Maka, Allah s.w.t. wujud tanpa di mana, tanpa makhluk dan tanpa sesuatupun (bersamaNya). Dialah yang menciptakan segalanya. (Al-Fiqh Al-Absath: 25)

قال الإمام أبو حنيفة النعمان بن ثابت: ولقاء الله تعالى لأهل الجنة بلا كيف ولا تشبيه ولا جهة ، حق
Beliau berkata lagi: Pertemuan dengan Allah s.w.t. bagi ahli syurga tanpa kaifiyat, tanpa tasybih dan tanpa sudut adalah benar (Al-Washiyah: 4)

ونقر بأن الله سبحانه وتعالى على العرش استوى من غير أن يكون له حاجة إليه واستقرار عليه ، وهو حافظ العرش وغير العرش من غير احتياج (كتاب الوصية ، ضمن مجموعة رسائل أبي حنيفة بتحقيق الكوثري (ص/ 2)

Beliau berkata lagi: Kami mengakui Allah s.w.t. beristiwa atas Arasy tanpa berhajat kepadanya ataupun tanpa menetap di atasnya. Dialah yang menjaga Arasy dan selain daripada Arasy tanpa memerlukannya. (Kitab Al-Washiyyah karangan Imam Abu Hanifah yang ditahqiq oleh Imam Al-Kauthari, m/s2)

وقال الإمام محمد بن إدريس الشافعي: إنه تعالى كان ولا مكان فخلق المكان وهو على صفة الأزلية كما كان قبل خلقه المكان لا يجوز عليه التغيير في ذاته ولا التبديل في صفاته
Imam As-Syafi’e r.a. (204 H) berkata: “Allah s.w.t. wujud tidak bertempat. Dia menciptakan tempat, sedangkan Dia tetap dengan sifat-sifat keabadianNya, sepertimana sebelum Dia menciptakan makhluk. Tidak layak Allah s.w.t. berubah sifatNya atau zatNya.” (ittihaf saadah Al-Muttaqin: 2/24).

وأما الإمام الجليل أبو عبد الله أحمد بن محمد بن حنبل الشيباني فقد ذكر الشيخ ابن حجر الهيثمي أنه كان من المترهين لله تعالى عن الجه ة والجسمية، ثم قال ابن حجر ما نصه: وما اشتهر بين جهلة المنسوبين إلى هذا الإمام الأعظم من أنه قائل بشيء من الجهة أو نحوها فكذب وبهتان وافتراء عليه”

Imam Ahmad bin Hanbal r.a. pula, menurut Sheikh Ibn Hajar Al-Haithami bahawasanya, beliau (Imam Ahmad) dalam kalangan mereka yang menyucikan Allah s.w.t. daripada sebarang tempat dan kejisiman. Kemudian, Ibn Hajar berkata: Adapun yang masyhur dalam kalangan orang-orang jahil yang menisbahkan kepada Imam yang agung ini, bahawa beliau bercakap tentang (Allah s.w.t.) bertempat dan sebagainya, maka ia merupakan sesuatu yang dusta, tipu daya dan rekaan ke atas beliau” (Al-Fatawa Al-Hadithiyyah: 144)

وكذا كان على هذا المعتقد الإمام شيخ المحدثين أبو عبد الله محمد ابن إسماعيل البخاري صاحب الصحيح ( ٢٥٦ ه( فقد فهم شراح صحيحه أن البخاري كان يتره الله عن المكان والجهة

Imam Al-Bukhari r.a. (256 H) dalam Sahih Al-Bukhari itu sendiri menurut mereka yang mensyarahkannya, bahawasanya beliau menyucikan Allah s.w.t. daripada tempat dan sudut.

وقال الإمام الحافظ الفقيه أبو جعفر أحمد بن سلام ة الطحاوي الحنفي ( ٣٢١ ه ( في رسالته (العقيدة الطحاوية) ما نصه: “وتعالى – أي الله – عن الحدود والغايات والأ ركان والأعضاء والأدوات، لا تحويه الجهات الست كسائر المبتدعات”
Imam At-Tohawi (321H) berkata juga: “Maha Tinggi dan Suci Allah s.w.t. daripada sebarang had, sempadan, anggota, dan alat. Dia tidak tertakluk dalam mana-mana sudut yang enam (tidak bertempat).” (As-Siqaat: 1/1)

وقال الحافظ محمد بن حبان ( ٣٥٤ ه) صاحب الصحيح المشهور بصحيح ابن حبان ما نصه: “الحمد لله الذي ليس له حد محدود فيحتوى، ولا له أجل معدود فيفنى، ولا يحيط به جوامع المكان ولا يشتمل عليه تواتر الزمان”

Imam Ibn Hibban r.a. (354 H) berkata: “Segala puji bagi Allah s.w.t. yang tidak mempunyai sebarang batasan yang membatasinya lalu meliputinya, dan tiada bagiNya masa yang terbatas yang akan menyebabkan Dia fana, dan tiada tempat yang dapat meliputiNya, dan tiada termasuk dalam lingkaran masa. (As-Siqat: 1/1)

وقال الحافظ محمد بن حبان ( ٣٥٤ ه): كان- الله- ولا زمان ولا مكان
Sesungguhnya Allah s.w.t. tidak tertakluk kepada tempat dan masa” (Al-Ihsan fi tartib sahih Ibn Hibban: 4/8)

وقال الحافظ محمد بن حبان ( ٣٥٤ ه): ينزل – يعني الله – بلا آلة ولا تحرك ولا انتقال من مكان إلى مكان

Beliau berkata lagi: Allah s.w.t. turun tanpa alat, tanpa pergerakan, tanpa perpindahan dari suatu tempat ke suatu tempat yang lain (ibid 2/136)

وقال الشيخ أبو سليمان أحمد بن محمد الخطابي ) ٣٨٨ ه ( صاحب ) معالم السنن ( ما نصه: وليس معنى قول المسلمين إن الله على العرش هو أنه تعالى مماس له أو متمكن فيه أو متحيز في جهة من جهاته
Imam Abu Sulaiman Ahmad Al-Khitobi r.a. (388 H) berkata: “Bukanlah makna perkataan kaum muslimin bahawa Allah s.w.t. atas Arasy it bahawa Dia menyentuhnya atau menetap di atasnya, atau mengambil tempat daripada salah satu sudut daripada sudut-sudutnya… (A’lamul Hadith: 2/147)

قال الامام أحمد ، فقد نقل ابو الفضل التميمي رئيس الحنابلة عن الامام احمد مانصه : كان يقول – أي الإمام أحمد – في معني الاستواء هو العلو والارتفاع ولم يزل الله عاليا رفيعا قبل أن يخلق عرشه فهو فوق كل شىء والعالي علي كل شىء… علا ولا يجوز أن يقال استوي بمماسه ولا بملاقاه تعالي الله عن ذلك علوا كبيرا والله تعالي لم يلحقه تغيير ولا تبدل ولا تلحقه الحدود قبل خلق العرش ولا بعد خلق العرش

Imam Ahmad berkata, seperti yang dinukilkan oleh Abu Al-Fadhl At-Tamimi, penghulu ulama’ hanabilah, daripada Imam Ahmad bahawa beliau berkata tentang makna istiwa: “Iaitu ketinggian darjat dan keagunganNya. Allah s.w.t. sentiasa Maha Tinggi dan Maha Tinggi (darjatNya) sebelum Dia menciptakan Arasy. Dia di atas setiap sesuatu dan Maha Tinggi (kedudukanNya) daripada setiap sesuatu… Tidak boleh seseorangberkata bahawasanya, istiwa itu zat Allah s.w.t. menyentuh Arasy atau menempatinya. Maha Suci Allah s.w.t.daripadanya (bertempat tersebut) setinggi-tinggiNya. Dia tidak akan berubah-ubah, tidak dibatasi dengan sebarang batasan sebelum penciptaan Arasy dan setelah kejadian Arasy tersebut” (Risalah At-Tamimi: 2/265-290)

قال الامام الطبري رحمه الله : فتبين إذا أن القديم بارىء الأشياء وصانعها هو الواحد الذي كان قبل كل شىء ، وهو الكائن بعد كل شىء ، والأول قبل كل شىء ، والآخر بعد كل شىء، وأنه كان ولا وقت ولا زمان ولا ليل ولا نهار، ولا ظلمة ولا نور ولا سماء ولا أرض ولا شمس ولا قمر ولا نجوم ، وأن كل شىء سواه محدث مدبرمصنوع…

Imam At-Tabari r.a. berkata: Jelaslah bahawa Allah s.w.t. qadim, Tuhan kepada seluruh makhluk dan Penciptanya. Dialah yang Maha Esa yang wujud sebelum sesuatu wujud. Dia juga kekal setelah kewujudan makhluk. Dialah yang Maha Awal sebelum segala sesuatu dan Maha Akhir setelah segala sesuatu. Allah s.w.t. itu wujud tanpa masa, zaman, siang, malam, tanpa kegelapan dan tanpa cahaya, tanpa langit, tanpa bumi, tanpa matahari, tanpa bulan dan tanpa bintang. Semua selainNya adalah baharu yang ditadbir dan diciptakan (olehNya). (Tarikh At-Tabari : 1/26)

وقال إمام أهل السنة أبو الحسن الأشعري (324 ه): نصه : ( كان الله ولا مكان فخلق العرش والكرسي ولم يحتج إلى مكان

Imam Abu Al-Hasan Al-Asy’ari r.a. (324 H) berkata: Allah s.w.t. wujud tanpa bertempat. Dia menciptakan Arasy dan Kursi tanpa memerlukan kepada tempat. (tabyiin kazbul muftari: 150)

قال الله تعالى مخبرا عن خليله إبراهيم صلوات الله عليه وسلامه –( لَمَّا أَفَلَ قَالَ لا أُحِبُّ الآفِلِينَ) (الانعام/76) في قصة أفول الكوكب والشمس والقمر وتحريكها من مكان إلى مكان ما دل على أن ربه عز وجل لا يجوز عليه شىء من ذلك ، وأن من جاز عليه الأفول والانتقال من مكان إلى مكان فليس بإله
Beliau berkata lagi: Allah s.w.t. mengkhabarkan daripada Ibrahim a.s. dalam ayat: “Ketika ia (bintang) lenyap maka baginda (Ibrahim) berkata, aku tidak suka kepada yang lenyap”. Dalam kisah tersebut, bintang, matahari dan bulan bergerak-gerak, kejap adan kejap tiada, berpindah dari tempat ke suatu tempat, menunjukkan bahawa Allah s.w.t. tidak bersifat dengan sifat tersebut (bergerak dari tempat ke tempat). Setiap yang boleh lenyap dan berpindah dari suatu tempat ke suatu tempat maka ia bukan tuhan. (risalah Istihsan Al-Khaudh: 45)

وقال إمام أهل السنة أبو منصور الماتريدي (333 هـ) رحمه الله ما نصه : إن الله سبحانه كان ولا مكان … فهو على ما كان ، وكان على ما عليه الان ، جل عن التغير والزوال والاستحالة
Telah berkata Imam Abu Mansur Al-Maturidi r.a. (333 H): “Sesungguhnya Allah s.w.t. wujud tanpa bertempat…Dia wujud kini sama seperti wujudNya sebelum ini, dan sehingga kini wujud seperti sebelumnya. Maha Suci Allah s.w.t. daripada berubah-ubah, hilang mahupun daripada kemustahilan. (At-Tauhid karangan Imam Maturidi: 69)

وقال الصوفي أبو عثمان المغربي سعيد بن سلام (373 هـ) فيما نقله عنه أبو القاسم عبد الكريم بن هوازن القشيري (469 هـ) ونصه: أنه كما كان ولا مكان فهو الآن كما كان… ) الرسالة القشيرية: 5)

Imam Abu Uthman Al-Maghribi Sa’id bin Salam r.a. (373 H) berkata (seperti yang dinukilkan oleh Imam Al-Qusyairi: Sesungguhnya Allah s.w.t. itu wujud tanpa tempat. Dia wujud kini seperti sedia kala juga… (Ar-Risalah Al-Qusyairiah: 5)

قال الشيخ أبو بكر محمد بن إسحق الكلاباذي الحنفي (385 هـ) في بيان عقيدة الصوفية ما نصه : ( اجتمعت الصوفية على أن الله لا يحويه مكان ولا يجري عليه زمان ) التعرّف لمذهب أهل التصوف

Imam Al-Kalabazi (385 H) berkata tentang aqidah para sufi (sejak dari zaman salafus soleh): Telah ijma’ dalam kalangan sufi bahawasanya Allah s.w.t. itu tidak bertempat dan tidak dilingkari oleh masa. (At-Ta’arruf : 33)

Demikianlah beberapa perkataan para ulama’ ahlus-sunnah wal jamaah dari kalangan salafus-soleh sendiri, yang menyucikan Allah s.w.t. daripada sebarang tempat dan jisim. Semoga kita dapat mengikuti jejak para salafus-soleh dalam menyucikan Allah s.w.t. daripada sebarang kekurangan termasuklah daripada sifat-sifat kejisiman dan tempat.

Semoga kita semua mengikut aqidah salafus soleh yang sebenar dalam menyucikan Allah s.w.t. daripada kelaziman tempat dan kejisiman yang merupakan antara sifat-sifat makhluk yang serba kekurangan. Semoga Allah s.w.t. memelihara kemurnian aqidah kita dalam mengikut aqidah Rasulullah s.a.w., para sahabat r.a., para salafus soleh dan aqidah sawadhul a’zhom (majoriti umat Islam) dari kalangan ahlus sunnah wal jamaah (Al-Asya’irah dan Al-Maturidiyah).

Wallahu a’lam…

Al-Faqir ila Rabbihi Al-Jalil

Raja Ahmad Mukhlis bin Raja Jamaludin Ar-Razi

SUMBER:

http://mukhlis101.multiply.com/journal/item/194

Posted on November 10, 2012, in AHLUS SUNNAH WAL JAMAAH (ASWJ). Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: