Monthly Archives: March 2015

Karikatur Solat Belakang Wahhabi di Mekah

FB_IMG_1425968394093FB_IMG_1425966731675

Karikatur Siapakah Wahabi ?

FB_IMG_1425569604974FB_IMG_1425569989726

Talaqi Kitab Aqidah Al-Qirwani bersama Syeikh Dr. Abdul Mun’im Abdul Aziz al Siddiq al Ghumari

KLIK DISINI !!!

Adab-Adab Berdialog Dan Kaedah-Kaedah Perselisihan Pendapat Oleh Dr. Umar Abdullah Kamil

DOWNLOAD DISINI !!!

Wahabi tidak sesuai diamal di Malaysia – Majlis Fatwa Kebangsaan

SHAH ALAM – Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan aliran Wahabi tidak sesuai untuk diamalkan di negara ini yang mengamalkan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan, Prof Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin berkata, aliran Wahabi bukan mazhab tetapi satu bentuk gerakan pemikiran agama yang banyak dipegang oleh ulama-ulama di Arab Saudi mengikuti pendekatan yang diambil Muhammad bin Abd Wahhab.

“Aliran tersebut tidak salah untuk diamalkan. Majlis Fatwa memutuskan sedemikian setelah mengadakan perbincangan mengenai aliran-aliran lain selain Wahabi yang tidak sesuai diamalkan di negara ini namun tidak sehingga haram,” katanya, semalam.

Mengulas lanjut kata Abdul Shukor berkata, daripada segi mazhab, pengamal aliran Wahabi lebih hampir dengan mazhab Hambali walaupun daripada beberapa segi mereka lebih ketat dan keras.

Beliau berkata, pengikut Wahabi lebih cenderung dan mudah mengeluarkan orang Islam daripada lingkungan agama yang tidak sealiran dengan aliran Wahabi.

“Mereka menganggap setiap amalan yang tidak mengikuti cara yang dibuat oleh Nabi Muhammad SAW, dianggap bidaah dan terkeluar daripada Islam,” katanya.

Abdul Shukor berkata, apa yang tidak dipersetujui dengan aliran Wahabi apabila ia menjuruskan pengamal aliran itu lebih ekstrem.

“Mereka menganggap apa yang dilakukan oleh Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah bidaah, bukan mengikut sunnah. Mereka juga menolak akidah Asha’irah dan Maturidiyah, malah dengan mengatakan dua akidah ini keluar dari Ahli Sunnah Wal Jamaah. Jadi ini pertikaian yang tidak menguntungkan sesiapa,” katanya.

Ditanya mengenai pengamal aliran ini ditegah untuk menyebarkan kepada orang lain, Abdul Shukor berkata, ia bergantung kepada enakmen negeri masing-masing untuk mencegah penyelewengan tersebut.

“Hak mengeluarkan fatwa adalah hak negeri masing-masing. Contoh seperti apa dilakukan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan yang mengeluarkan fatwa mengharamkan penyebaran Wahabi di negeri itu, sememangnya ia tidak bertentangan.

“Saya fikir, negeri tersebut mengharamkan Wahabi kerana tidak mahu berlaku kacau bilau dalam masyarakat Islam negeri itu,” katanya.

Dalam pada itu, Abdul Shukor berkata, tindakan negeri tersebut juga tidak akan menjejaskan hubungan negara dan Arab Saudi kerana sememangnya itu hak negeri tersebut.

“Jika perkara itu akan menjejaskan hubungan, maknanya tiada hak kepada negeri untuk membuat keputusan sendiri.

“Malahan Jakim dan Majlis Fatwa Kebangsaan telah membincangkan perkara tersebut lebih awal sebelum isu ini kembali disensasikan,” katanya.

SUMBER

Hukum Wanita Haid Duduk Dalam Masjid

Setelah 2,3 hari aku ulang ulang kaji dan muzakarah pasal haid dan masjid dengan syaikhul hadis disini,maka disimpulkan disini bahawa secara ijmak soreh(sepakat yang kuat) bahawa:

-wanita yang haid itu haram secara mutlak untuk duduk,lepak2,dalam ruang solat masjid.

-kat koridor,kaki lima dibenarkan,sebab ia dikira luar masjid,melainkan tanah yang diwakafkan untuk niat ruang solat masjid tu diorang buat koridor,maka koridor tu pun dikira masjid dan haram duduk kat situ,tapi kebiasaannya,tanah wakaf masjid hanya dijadikan ruang solat dan ditutup dengan dinding(bangunan masjid),maka koridornya tidak termasuk masjid,so kalau nak dengar ceramah,lepak la kat koridor,atau bilik asing macam bilik untuk kelas fardhu ain,tempat wudu,dapur,dewan dan lain2 asalkan bukan ruang solat masjid yang utama.

-surau dan musollah bukan masjid jadi harus berada dalamnya,tapi lebih baik hindarkan sebab ia tempat suci yang khusus digunakan utk solat,wajib hormati benda suci dalam islam.

-Harus untuk lalu dalam masjid dengan syarat tidak khuatir darah menitis dalam masjid.(perkara ni yang ramai salah faham,diorang fikir zaman dulu haram masuk masjid sebab tak de pad yang baik untuk tahan darah dari menitis dan kononnya sekarang dah ada macam2 pad ini,pad itu,i-pad pun ada,maka kononnya tak haram masuk masjid sebab tak menitis darahnya,ini satu bentuk kejahilan murokkab,sebab wanita haid haram masuk masjid bukan sebab takut menitis,tapi sebab diri mereka sendiri tu yang kotor dan berhadas besar,sama macam haram sentuh quran kalau kita berhadas kecil sebab quran lebih mulia dari masjid,jadi bukan perempuan haid je haram masuk masjid,orang berjunub,laki yang keluar mani dan belum mandi wajib pun haram masuk masjid juga sebab mereka semua BERHADAS BESAR,ayuh mari keluar dari KEJAHILAN!).

Dalilnya:

Quran:

“Janganlah kamu mendekati solat sedangkan kamu dalam keadaan mabuk sehingga kamu mengetahui apa yang kamu perkatakan dan (jangan dekati masjid) dalam keadaan berjunub melainkan melintas sahaja sehinggalah kamu mandi wajib.”

(Suran an-Nisa: ayat 43).

Ayat ini muhakamat,bukan mutasyabihat,jadi perintahnya itu solid,tiada khilaf dan tidak boleh timbulkan khilaf,jelas terang dan bersuluh bahawa seseorang yang BERHADAS BESAR haram untuk masuk masjid kecuali LALU sahaja.

 Aku check sababun nuzul kitab imam suyuti ayat ni merujuk kepada beberapa sahabat ansar yang pintu rumah mereka di sebalik masjid dan terpaksa masuk masjid untuk masuk ke rumah mereka,so di kalangan mereka ada yang berhadas besar dan takut nak keluar sebab masjid tempat suci,nak mandi wajib,air pulak tak da dalam rumah,jadi allah benarkan mereka lalu dalam masjid untuk pergi amek air untuk mandi wajib.

Dalam tafsir ibn kathir lak dia tulis ayat ni untuk orang junub(keadaan selepas berjimak),tapi orang haid dan nifas juga termasuk sebab sama2 berhadas besar.

Dalam tafsir tanwirul miqbas iaitu tafsir sepupu nabi yang bernama ibn abbas r.a pulak cakap “tempat solat” yang dimaksudkan dalam ayat quran tu memang masjid jadi jangan dekati kalau berhadas besar.

Dalil hadis:

Dalam kitab iqna’ dan tahzib(fiqh mazhab syafie) ada diorang bagi hadis riwayat abu daud,dari aisyah yang nabi bersabda ” TIDAK HALAL bagi orang berjunub dan wanita haid untuk masuk ke masjid.”

Pastu ada lagi hadis sahih riwayat imam muslim yang nabi mintak aisyah r.ha ambil kan sejadah dari masjid(rumah aisyah dan masjid nabawi bekembar).

Tapi aisyah jawab, “inni haaidh” yakni sesungguhnya aku sedang haid..jadi ibunda tercinta kita telah faham hukum bahawa haram masuk masjid kalau haid,sebab tu dia cakap camtu,tapi nabi jawab lebih kurang: “perkara haid tu bukan di tangan(kawalan) kamu” ,ulama hadis tafsirkan ini sebagai nabi suruh pergi amek juga sejadah dalam masjid sebab wanita haid harus lalu dalam masjid(dalil dari ayat quran tadi),bukannya nabi suruh dia pergi duduk dalam masjid lepak2.

 Aku lihat pula dalam kitab2 imam yang 4,nak cerita panjang susah,aku buat kesimpulannya iaitu:

1. Imam Hanafi dan ribuan ulamanya: HARAM masuk masjid kecuali dalam keadaan darurat e.g: tiada air utk mandi.

2. Imam Maliki dan ribuan ulamanya: Org yg junub TIDAK BOLEH masuk, samada berhenti atau lalu saja (masuk dr satu pintu dan keluar dr pintu yg lain). Ada pengecualian bagi yg dalam darurat seperti takut binatang buas, atau orang jahat , dan org yg rumahnya di dalam masjid- dgn syarat hendaklah bertayammum dahulu sbl masuk jika mahu stay lama utk sembunyi,tapi kalau nak lalu je tak perlu,tapi kalau darurat sangat dan tak sempat wudu,boleh terus sembunyi dalam masjid.

3. Imam Syafie: Orang yg junub atau haid BOLEH masuk ke dalam masjid, sekadar LALU. Syaratnya, tidak boleh berhenti atau berpatah balik, dan tidak boleh sampai mengotorkan masjid.

4. Imam Hambali: Orang yg junub atau haidz BOLEH sekadar LALU di dalam masjid, bahkan boleh berpatah balik (dgn syarat tidak mengotorkan), TETAPI TIDAK BOLEH BERHENTI di dalam masjid.

Soalan: tapi ustaz saya cakap boleh masuk dalam masjid lepak dengar ceramah!!!sebab nak menuntut ilmu..guane ustad???

Jawapan: samada yusuf qardawi,dr.maza,ulama umno,ulama pas,ulama tabligh,ulama sufi atau sapa saja yang cuba pandai2 buat fatwa baru yang khilaf dengan ayat quran dan hadis yang qat’ie serta ijmak yang soreh,maka pendapat mereka tertolak setolak2nya sebab:

1)Mereka ustaz biasa dan bukan mujtahid seperti 4 imam mazhab,dan untuk layak jadi mujtahid imam ahmad rah cakap kena hafal PALING KURANG 400 000 hadis sohih berserta sanadnya kepada nabi,itu minimum dalam bidang hadis SAHAJA,belum lagi puluhan cabang ilmu yang lain seperti usul quran,usul fiqh,ifta,balaghah,mantik,nahu,sorof,bayan dan lain2.Jadi ulama2 zaman sekarang walaupun mereka diagungkan media dan ada ribuan pengikut,tapi hakikatnya mereka bukan mujtahid dan TIDAK LAYAK MENGUTARAKAN KHILAF TERHADAP PERKARA INI.

2)Ijmak soreh dalam 4 mazhab ni sangat kuat,bayangkan dalam mazhab syafie je ada ribu2 ulama,campur lagi 3 mazhab,maka ada ratusan ribu ulama yang bersepakat,dan mereka bukan ulama biasa,tiba2 ada ustad kat universiti yang baca kitab arab tak de baris pun merangkak2 nak khilaf dengan mereka dengan menghalalkan orang haid masuk masjid,maka suruh ustad tu balik jaga anak je..lebih baik diam daripada menyesatkan umat.

MUKTAMAD !!

Hukum Wanita Haid iktikaf di dalam masjid :-

-> Tetap dihukum HARAM ke atas perempuan yang kedatangan haid masuk ke dalam masjid walaupun dia berkeyakinan darahnya tidak akan menitis ke lantai masjid.

-Kita Furu al-Masa’il , m/s 189- -Maulana Al-Syeikh Daud bin Abdullah Al-Fathani-

-> Perempuan Haid duduk dalam masjid untuk belajar tetap haram kecuali surau@ tempat belajar agama jika dia yakin tidak akan mengotorkan tempat itu.

-Kitab Furu al-Masa’il- Maulana Al-Syeikh Daud bin Abdullah Al-Fathani

-> Wanita yang sedang haid tidak dibenarkan masuk ke dalam masjid bukan sebab takut darah tumpah atau tidak tapi wanita itu tidak dibenarkan masuk disebabkan keadaan wanita itu sendiri (keadaan kotor).

-Kuliah Syeikh Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki-

-> Antara perkara-perkara yang diharamkan ketika haid dan nifas ialah Iktikaf (berhenti) di dalam masjid.

-Buku Indahnya Hidup Bersyariat , m/s 68- -Dato’ Ismail Kamus dan Mohd. Azrul Azlen Ab Hamid-

-> Perempuan yang haid haram masuk dan duduk di dalam masjid kecuali lalu sahaja. Jangan berhenti di dalam masjid.

-Kuliah Ustaz Azhar Idrus-

Note :: Ijmak Ulama’ mengatakan HARAM. Ia adalah ijmak soreh dan bermakna ia ijmak yang tidak boleh kita khilaf.

Fatwa sebenar…berkaitan muskil kita tentang “period boleh masuk masjid atau tdk”
..
Jd mulai skrg…jgn masuk masjid…melainkan lalu atau hanya dikoridor sahaja..

Isu Wahabi Di Malaysia : Suatu Pengenalan

Sejak kebelakangan ini, isu Salafi Wahhabi menjadi buah mulut masyarakat di Malaysia, khususnya di kalangan ahli ilmu. Dikatakan bahawa, kefahaman Salafi Wahhabi telah tersebar meluas dalam masyarakat IPTA khususnya di Malaysia. Jadi, apakah gerakan ini dan apakah matlamat mereka dalam menyebarkan ajaran mereka di dalam masyarakat.

Kalau di Mesir khususnya, isu Salafi Wahhabi sememangnya tidak pernah padam dibincangkan. Ini kerana, golongan Salafi Wahhabi di sini sememangnya berkembang secara meluas. Jadi, kebanyakkan ulama’-ulama’ muktabar di Al-Azhar berusaha untuk melawan arus deras Wahhabisme di Mesir. Ulama’-ulama’ seperti Dr. Ali Jum’ah (mufti Al-Azhar), Dr. Omar abu Hasyim (bekas rektor Al-Azhar) dan kebanyakkan ulama’-ulama’ hadis, falsafah dan syariah di Al-Azhar menentang fahaman Wahhabi dalam penulisan mahupun dalam pidato mereka.

Mengapa perlu melawan arus Wahhabisme? Siapakah Wahhabisme? Apakah matlamat mereka?Secara ringkasnya, kumpulan Salafi Wahhabi diasaskan oleh Muhammad Abdul Wahab. Beliau menganggap umat Islam setelah zaman salaf (zaman Rasulullah s.a.w. sehingga 300 Hijrah) telah mengalami kepincangan khususnya dari sudut aqidah dan terlibat dengan amalan bid’ah.Beliau beranggapan begitu apabila beliau melihat fenomena umat Islam pada ketika itu yang terlalu mengagungkan para wali, sering menziarahi kubur mereka, dan pelbagai lagi perkara yang tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w., yang dilakukan oleh umat Islam setelah zaman salaf.

Golongan utama yang menjadi sasaran Muhammad ibn Abdul Wahab dan para pengikutnya ialah golongan sufi yang giat mengembangkan ilmu akhlak dan adab dalam bermu’amalah kepada Allah dan makhluk. Mereka menuduh golongan sufi menyembah kubur para wali dan meminta pertolongan dari para wali, dan seterusnya membuktikan golongan sufi ialah golongan yang syirik.

Dari sudut aqidah pula, golongan Wahhabi terpengaruh dengan fahaman Shiekh Ibn Taimiyah dan mereka menyerang mazhab-mazhab asas ahlul sunnah wal jamaah sejak berzaman, iaitu mazhab Imam Al-Asy’ari (mazhab aqidah di Malaysia) dan mazhab Imam Al-Maturidiyah.Bukan itu sahaja, malah mereka turut menyerang mazhab-mazhab fiqh termasuklah mazhab As-Syafi’e dan mereka menganggap hanya merekalah yang benar dalam memahami Al-Quran dan As-Sunnah, sedangkan perbezaan pendapat yang bercanggah dengan mazhab mereka dianggap sesat dan salah, bahkan sampai ke tahap membid’ahkan pendapat mazhab yang kontra dengan mereka.

Pelopor-pelopor mereka pada zaman ini termasuklah Sheikh al-Albani, Sheikh Ibn Baz, Sheikh Al-Uthaimin, dan Sheikh Abu Bakar al-Jaza’iri. Benteng terbesar golongan tersebut ialah di Arab Saudi, dan mereka bernaung di bawah naungan kerabat kerajaan Bani Sa’ud, kerana unsur-unsur sejarah di mana golongan Wahhabilah yang membantu Bani Sa’ud mendapatkan tahkta kerajaan di Tanah Hijjaz (Arab Saudi kini).

Kini, golongan tersebut terus menebarkan sayapnya ke serata alam dengan pelbagai cara termasuklah dengan menggunakan wang, mengedarkan buku-buku percuma tentang fahaman mereka kepada jemaah haji dan umrah dari seluruh dunia, menanam fahaman Wahhabi kepada para pelajar yang menuntut di Mekkah dan Madinah, khususnya para pelajar yang datang dari negara-negara islam yang lain.

Persoalannya, apakah matlamat sebenar golongan Wahhabi dan benarkah apa yang mereka perjuangkan?Para ulama’ muktabar telah menyingkap persoalan tersebut secara mendalam, dan kesimpulan yang dapat mereka buat ialah, golongan Wahhabi sebenarnya cuba memecahkan kesatuan umat Islam khususnya dengan menutup pintu perselisihan pendapat dan menuduh golongan yang bercanggah dengan mereka adalah sesat dan bid’ah.Golongan Wahhabi cuba menegaskan bahawa, perbezaan pendapat tidak dibenarkan dalam memahami Al-Quran dan As-Sunnah, dan hanya ada satu sahaja kefahaman yang benar dan perlu diikut, sedangkan kefahaman yang lain adalah sesat atau bid’ah.

Contohnya, dalam isu doa qunut dalam solat Subuh.Golongan Wahhabi menegah daripada membacanya sedangkan itu merupakan masalah khilafiyah (masalah yang para ulama’ berselisihan pendapat mengenainya), dan Mazhab As-Syafi’e khsusnya, menyatakan bahawa membaca qunut pada Solat Subuh adalah sunat.Bukan itu sahaja, bahaya yang paling besar yang dibawa oleh Salafi Wahhabi ialah, At-Takfir (mengkafirkan orang lain). Golongan Wahhabi terlalu mudah mengkafirkan orang lain khususnya mereka yang mengikut golongan sufi ataupun golongan yang tidak sependapat dengan mereka. Inilah pintu perpecahan umat Islam yang paling utama.

Disamping itu juga, mereka terlalu cepat membid’ahkan orang lain dan menganggap setiap perkara baru dalam agama adalah bid’ah yang sesat, sedangkan kebanyakkan para ulama’ menegaskan bahawa, bid’ah terbahagi kepada bid’ah yang menyesatkan dan bid’ah yang dibenarkan.Oleh kerana itulah, kebanyakkan ulama’-ulama’ muktabar di serata dunia, menolak fahaman Wahhabi. Ini kerana, golongan Wahhabi membawa kepada perpecahan di dalam umat Islam dan membawa kepada ta’asub dan fanatik terhadap satu pendapat sahaja dan tidak membenarkan perbezaan pendapat.

Inilah pintu perpecahan yang perlu ditutup dalam masyarakat Islam.Persoalan yang lain ialah, adakah fahaman Wahhabi ini merupakan suatu fahaman yang bersesuaian dengan Ahul Sunnah wal Jammah ataupun tidak? Ataupun, persoalannya, adakah Salafi Wahhabi merupakan mazhab dalam Islam, ataupun ianya merupakan sebuah ideologi?Para ulama’ dan guru-guru kami di Mesir khususnya telah memdedahkan banyak kesalahan para Wahhabi dalam masalah memahami al-Quran dan As-Sunnah khususnya dalam masalah aqidah.

Golongan Wahhabi mempercayai bahawa Allah s.w.t. duduk di atas Arasy dan Allah s.w.t. sedang berada di atas langit. Mereka juge percaya bahwa Allah s.w.t. mempunyai rupa paras dan berjasad. Mereka berpandukan ayat-ayat al-Quran Mutasyabihat (kesamaran maknanya), yang mana ianya tidaklah bermaksud seperti yang mereka sangka.Ahlul Sunnah wal Jamaah secara mutlak menafikan Allah s.w.t. bertempat dan berjasad. Ini kerana, ianya menyebabkan Allah s.w.t. berhajat kepada tempat sedangkan Allah s.w.t. tidak memerlukan apa-apa pun.

Namun, di Malaysia, segelintir golongan yang terpengaruh dengan kefahaman Wahhabi hanyalah berkaitan dengan masalah fiqh, tidak bersangkutan dengan masalah aqidah. Golongan Salafi Wahhabi di Malaysia nampaknya hanya menyebarkan fahaman Wahhabi dari sudut hukum-hakam semata-mata, seperti berkaitan dengan ibadah dan pergaulan. Mereka membid’ahkan qunut, membid’ahkan tarikat sufi, membid’ahkan majlis sambutan maulid Rasulillah s.a.w. sedangkan perkara-perkara tersebut tidaklah bid’ah yang sesat seperti sangkaan mereka.

Golongan Salafi di Malaysia berkemungkinan tidak sepenuhnya memahami apa itu Wahhabi, mazhab yang mereka pegang secara mendalam. Ini kerana, buku-buku yang mendokong fahaman Wahhabi dalam Bahasa Malaysia kebanyakkannya menyebarkan fahaman Wahhabi dari sudut ibadat, tidak dari sudut Aqidah mereka.Walaupun hanya masalah ibadah dan fiqh, yang disebarkan oleh golongan Wahhabi di Malaysia, namun bahayanya ialah, pendirian mereka dalam membid’ahkan dan menyesatkan golongan yang tidak sehaluan dengan mereka khususnya golongan sufi dan golongan yang bermazhab As-Syafi’e di Malaysia.

Sebenarnya, golongan salafi tidak sepatutnya menyebarkan fahaman Salafi Wahhabi dalam masyarakat awam di Malaysia, kerana masyarakat awam seharusnya berpegang dengan mazhab mufti dan mazhab negara mereka, di mana kebanyakkan di kalangan para mufti adalah bermazhab syafi’e dan mazhab umat Islam di negara Malaysia secara umumnya ialah mazhab Syafi’e.

Adakah golongan Salafi Wahhabi dianggap sebagain golongan mujaddid (pembaharu) yang membawa arus reformasi dalam masyarakat Islam, khususnya dalam bidang agama mereka?Jawapannya, tidak. Ini kerana, masyarakat awam Islam di Malaysia hanya perlu mengikut mufti mereka dan mazhab mereka ialah mazhab mufti mereka, seperti yang ditekankan oleh Dr. Yusuf Al-Qaradhawi. Maka, fahaman-fahaman yang bertentangan dengan mazhab mufti sesebuah masyarakat seharusnya tidak boleh didedahkan dan diperbincangkan di khalayak awam agar mengelakkan perpecahan dalam masyarakat awam dan mengelakkan kekeliruan dalam umat Islam.

Maka, seruan kepada para pendokong Salafi Wahhabi di Malaysia agar tidak memecahbelahkan masyarakat dengan kefahaman Wahhabi dengan membid’ahkan sesuatu perkara sewenang-wenangnya. Boleh jadi, sesuatu yang kita anggap ia merupakan bid’ah ada dalilnya dalam Islam, Cuma kita sahaja yang tidak mengetahuinya. Bukankah lebih baik agar kita tidak memecahkan perpaduan masyarakat Islam di Malaysia yang seharusnya berpegang dengan mufti mereka selagimana para mufti masih berpegang dengan Al-Quran dan As-Sunnah.

Semoga Allah membantu kita dalam mengembalikan kedaulatan Islam dan menegakkan perpaduan dalam umat Islam.Wallahu a’lam….

Al-Faqir ila Allah:Raja Ahmad Mukhlis bin Raja Jamaludin As-SyazuliTahun 4Fakulti Usuluddin (Tafsir)Universiti Al-Azhar, ZagzigMesir

(rujukan lagi tentang Wahhabi: http://sufi303.multiply.com)Sumber : http://mukhlis101.multiply.com/journal/item/20

Siapa SALAF yang sebenarnya?

Catitan ilmu supaya kita lebih faham erti terminologi yg dipakai:-

1) imam hanafi lahir:80 hijrah

2) imam maliki lahir: 93 hijrah

3) imam syafie lahir:150 hijrah

4) imam hanbali lahir:164 hijrah

5) imam asy’ari lahir: 240 hijrah

Mereka ini semua ulama Salafus Soleh atau dikenali dengan nama ulama SALAF…Apa itu salaf?

Salaf ialah nama “zaman” iaitu merujuk kepada golongan ulama yang hidup antara kurun zaman kerasulan Nabi Muhammad hingga 300 HIJRAH.

1) golongan generasi pertama dari 300 tahun hijrah tu disebut “Sahabat Nabi” kerana mereka pernah bertemu Nabi

2) golongan generasi kedua pula disebut “Tabi’in” iaitu golongan yang pernah bertemu Sahabat nabi tapi tak pernah bertemu Nabi

3) golongan generasi ketiga disebut sebagai “Tabi’ tabi’in” iaitu golongan yang tak pernah bertemu nabi dan sahabat tapi bertemu dengan tabi’in.

Jadi Imam Abu hanifah(pengasas mazhab hanafi) merupakan murid Sahabat nabi maka beliau seorang TABI’IN.Imam Malik,Imam Syafie,Imam Hanbali,Imam Asy’ari pula berguru dengan tabi’in maka mereka adalah golongan TABI’ TABI’IN.

Jadi kesemua imam-imam yang mulia ini merupakan golongan SALAF YANG SEBENAR dan pengikut mazhab mereka lah yang paling layak digelar sebagai “Salafi” kerana “salafi” bermaksud “pengikut golongan SALAF”.

Jadi beruntung lah kita di Malaysia yang masih berpegang kepada mazhab Syafie yang merupakan mazhab SALAF yang SEBENAR dan tidak lari dari kefahaman NABI DAN SAHABAT…

Rujukan Wahhabi pulak:

1) Ibnu taimiyyah lahir: 661 Hijrah (lahir 361 tahun selepas berakhirnya zaman SALAF)

2) Albani lahir: 1333 Hijrah (mati tahun 1420 hijrah atau 1999 Masihi,lahir 1033 tahun selepas berakhirnya zaman SALAF)

3) Muhammad abd wahhab(pengasas gerakan Wahhabi): 1115 Hijrah(lahir 815 tahun selepas berakhirnya zaman SALAF)

4) Bin baz lahir: 1330 Hijrah (mati tahun 1420 hijrah atau 1999 Masihi,sama dengan albani,lahir 1030 tahun selepas berakhirnya zaman SALAF)

5) Ustaimin lahir: 1928 Masihi(mati tahun 2001,lebih kurang 12 tahun lepas dia mati,lahir entah berapa ribu tahun selepas zaman SALAF.

Mereka ini semua hidup di AKHIR ZAMAN kecuali ibnu taimiyyah yang hidup di pertengahan zaman antara zaman salaf dan zaman dajjal(akhir zaman)…

tak de sorang pun imam rujukan mereka yang mereka taksub buta hidup di zaman SALAF….

Mereka ini semua TERAMAT LAH JAUH DARI ZAMAN SALAF tapi SANGAT-SANGAT ANEH apabila puak-puak Wahhabi menggelarkan diri sebagai “Salafi” (pengikut golongan Salaf).

Sedangkan rujukan mereka
semuanya merupakan manusia-manusia yang hidup di AKHIR ZAMAN?

fikir2kanlah&renung2kanlah
sebarkan kepada saudara2 kita yg lain ASWJ.