PELAJAR MALAYSIA MESTI MENJAUHI WAHABI – Mufti N9

PELAJAR MALAYSIA MESTI MENJAUHI WAHABI:   AMMAN, Jordan – Pelajar Malaysia yang melanjutkan pengajian di negara Timur Tengah diingatkan agar sentiasa berwaspada dengan fahaman yang bertentangan dengan ajaran Ahli Sunnah wal-Jamaah.

Mufti Negeri Sembilan, Datuk Mohd Yusof Ahmad berkata, mereka sememangnya bebas mempelajari pelbagai bidang ilmu dan fahaman lain, namun ia hanya boleh bertujuan memperkukuhkan kefahaman dan jati diri terhadap ajaran mazhab Imam Shafie yang menjadi pegangan masyarakat Islam di Malaysia.

“Jadi inilah satu perkara yang agak merungsingkan ibu bapa dan penaja (pembiaya pengajian) pelajar-pelajar tersebut kerana anak-anak kita belajar di luar negara tapi bila balik (ke Malaysia) pegangan mereka sudah tidak selari dengan pegangan masyarakat Islam di Malaysia.

“Walaupun menimba ilmu secara bebas tetapi kebebasan itu biarkan kita menjadikan sebagai senjata untuk menandingi pihak yang bertentangan dengan dengan kita,” katanya kepada media Malaysia ketika mengadakan lawatan ke Wisma Badan Kebajikan Mahasiswa Negeri Sembilan (BKMNS) di Mu’tah, dekat sini hari ini.

Katanya, fahaman Syiah dan Wahabi dilihat sedang cuba dikembangkan di Malaysia termasuk oleh pelajar-pelajar yang pernah melanjutkan pengajian di negara-negara Timur Tengah, bagaimanapun, ia masih tidak ketara. – Bernama

Artikel Penuh: http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0423&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_31.htm#ixzz3Y9NrdUmc

Posted on April 26, 2015, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: