PERTAHAN AKIDAH ASWJ : PAHANG SEDIA IKUT JOHOR

Oleh Haspaizi Mohd Zain

Pahang tidak menolak kemungkinan akan mengikut jejak Johor mengharam mana-mana pendakwah yang membawa fahaman bertentangan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) daripada bercermah di negeri itu.

Mufti Pahang, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman, berkata bagaimana pun perkara itu akan diputuskan Majlis Agama Islam Pahang (MAIP) yang mana Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah selaku Yang Dipertua MAIP.

Beliau berkata, apa yang dilakukan Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) wajar dipuji dan satu tindakan tepat bagi memelihara serta mempertahankan akidah ASWJ yang menjadi pegangan umat Islam di negara ini.

“Di Pahang kita memantau kemasukan penceramah yang membawa fahaman berbeza dengan ASWJ dan kita tidak menolak kemungkinan untuk mengikut jejak langkah MAIJ, bagaimanapun kita tunggu keputusan MAIP. Namun, kemungkinan itu ada.

“Kita memandang serius terhadap mereka yang mempunyai bahan bacaan tidak bermazhab ataupun suka membidaah amalan umat Islam seperti tahlil dan sebagainya kerana ini boleh membawa kepada ancaman keselamatan.

“Oleh itu kita menyokong keputusan MAIJ dan semua pihak perlu aku kepada pendirian yang sudah dibuat itu,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Sebelum ini, MAIJ menyenaraikan 16 penceramah yang dianggap membawa fahaman bercanggah dengan akidah ASWJ di larang daripada menyampaikan ceramah agama di negeri itu.

Turut tersenarai dalam 16 individu yang dilarang itu ialah, Mufti Perlis, Datuk Dr Asri Zainul Abidin dan Exco Pemuda UMNO, Dr Fathul Bari Mat Jahaya.

Sementara itu, Mufti Negeri Sembilan, Datuk Mohd Yusof Ahmad, berkata 16 penceramah yang disenaraikan MAIJ itu juga turut diharamkan berceramah di negeri itu.

Cuma bezanya majlis agama negeri itu tidak menyenaraikannya seperti mana dilakukan oleh MAIJ, malah ada diantara mereka memohon tauliah untuk berceramah, tetapi tidak diluluskan.

“Saya rasa di Malaysia, undang-undang Syariah kita sudah jelas berpegang kepada ASWJ. Sebelum Johor ambil tindakan macam itu, ada antara mereka kita sudah menolak.permohonan sebelum ini.

Sumber : http://watan-online.com/?p=15183

Posted on February 14, 2016, in MENOLAK WAHABI. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: