Monthly Archives: June 2016

Tuduhan mengaitkan institusi pondok di negara ini dengan usaha mengembangkan fahaman pelampau serta melahirkan pengganas adalah tidak benar

KUALA TERENGGANU 24 Mei – Tuduhan mengaitkan institusi pondok di negara ini dengan usaha mengembangkan fahaman pelampau serta melahirkan pengganas adalah tidak benar malah merekalah sebenarnya yang menjadi antara benteng mencegah penularan fahaman tersebut.

Ketua Penolong Pengarah Counter Terrorism, Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay menjelaskan, daripada sejumlah tangkapan yang dibuat selama ini, hanya segelintir sahaja melibatkan pelajar pondok.

“Kita tidak boleh membuat kesimpulan mengatakan warga pondok cenderung untuk terlibat dalam keganasan. Sebenarnya ulama pondoklah yang menjadi benteng mencegah penyebaran fahaman yang ada kaitan dengan kumpulan pengganas.

“Sebagai contoh, ketika dua pemimpin Jemaah Islamiah (JI), Abdullah Sungkar dan Abu Bakar Bashir menyusup masuk pada April 1985 dan mengembangkan JI di Negeri Sembilan dan Johor, ulama pondoklah yang mula menyedari dan menentang fahaman ‘Salafi Jihadi’ yang dibawa oleh mereka,” ujarnya.

Beliau berkata demikian dalam Forum Isu Semasa Ijtimak Ulama Pondok Malaysia Ke-2 di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) semalam.

Turut menjadi panel ialah Prof. Madya Dr. Shukri Ahmad dari Universiti Utara Malaysia dan Pengerusi Jawatankuasa Tadbir Pengajian Agama Yayasan Islam Terengganu, Muhammad Ramli Nuh manakala Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia (YPPM), Juhaidi Yean Abdullah selaku moderator.

Menurut Ayob Khan, sejarah memperlihatkan ulama-ulama pondok silam seperti Sheikh Abdullah Fahim, Ahmad Tuan Hussein, Sheikh Harun Muhamad Al Samadi Al Kalantani jugalah yang menentang penyebaran fahaman pelampau seperti Syiah dan golongan yang suka membidaahkan amalan umat Islam di rantau ini.

“Berdasarkan statistik tangkapan pihak polis sejak tahun 2000, kebanyakan mereka yang menganggotai kumpulan Al-Qaeda, Jemaah Islamiah, Darul Islam dan yang terbaru IS, terdiri daripada lepasan institusi pengajian tinggi awam dan juga kalangan pensyarah.

“Pondok melahirkan banyak tokoh agama dan pemimpin dalam pelbagai bidang. Contohnya seperti ulama di Perak iaitu Tok Guru Haji Ghazali di Bagan Datoh. Pondok ini berjaya melahirkan mufti, pegawai-pegawai tinggi agama, malah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi pernah belajar di pondok tersebut,” katanya.

Menurut Ayob Khan, sekolah pondok mengajar ilmu akidah, tauhid, fikah dan lain-lain yang selari dengan fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Kitab-kitab yang digunakan pula menekankan ilmu ulama-ulama muktabar yang merangkumi empat ciri penting iaitu al-Quran, sunnah, ijma’ serta qias dan ulama pondok pula berpegang teguh pada manhaj al-Asha’irah dan al-Maturidiyah, jelasnya.

“Dua aliran inilah yang dilabelkan oleh IS sebagai sesat, syirik dan pengikutnya boleh dibunuh. Fakta berkenaan tercatat di dalam majalah Dabiq edisi ke-14 yang diterbitkan secara dalam talian oleh IS.

“Kerajaan wajar memantapkan institusi pondok sebagai benteng bagi memerangi ideologi ekstrem seperti Syiah dan golongan yang mendakwa sebagai Salafi Jihadi seperti IS. Para ulama dan pelajarnya perlu turut diberi peluang dalam media arus perdana sebagai usaha membanteras fahaman pelampau ini,” tegasnya. – UTUSAN ONLINE

Halusnya jarum Wahhabi

1) Halusnya jarum Wahhabi ketikamana mereka menyuntik racun menolak pengajian sifat 20, lalu umat Islam mengambil aki dah mujassimah dan musyabbihah yang tidak jazam lagi tahqiq maka lumpuhlah tauhid umat Islam. (Allah sama dengan makhluk dan berhajat kepada makhluk)
2) Halusnya jarum Wahhabi ketikamana mereka menyuntik racun menolak berpegang kepada mazhab fiqh, lalu memilih ijtihad bukan ahli maka hancurlah syariat Islam. (Sunnah pun jadi bid’ah)
3) Halusnya jarum Wahhabi ketikamana mereka menyuntik jarum memburukkan pengajian tasawwuf, para saadah sufiyyah dan kitab-kitab mereka, lalu mereka hanya memerhatikan pada zahir ibadah tanpa ruhiyyah maka lahirlah umat Islam yang buruk akhlaknya.
4) Halusnya jarum Wahhabi ketikamana mereka menyuntik racun hanya satu dua kitab yang sahih, lalu yang selainnya dipalsukan maka hancurlah turath Islami yang menjadi benteng kefahaman Al-Quran dan As-Sunnah.
5) Halusnya jarum Wahhabi ketikamana mereka menyuntik racun hanya satu dua tokoh yang boleh dipegang, yang lain didhaifkan lalu hilanglah keyakinan umat kepada para ulama’ dan authority mereka maka fatwa sang jahil yang menjadi rujukan.
6) Halusnya jarum Wahhabi ketikamana mereka menyuntik jarum meninggalkan asas qawaaid ilmu Islam, Usulnya, mantiqnya, mustolahatnya, lughahnya, tarikhnya lalu terjun ke dalam perbahasan Al-Quran dan As-Sunnah maka lahirlah liberalisme, zohiriyyah, pluralisme, ISIS Militan Islam yang meletakkan makna Al-Quran dan As-Sunnah bukan pada tempatnya.
7) Halusnya jarum Wahhabi ketikamana mereka menyuntik jarum memperlekehkan pengajian traditional dan talaqqi, lalu hilanglah barakah ilmu, diangkat orang muda yang kurang akal (tidak matang dalam ilmu) dan kurang adab maka lahirlah generasi yang kurang ajar. (Tidak menghormati ilmu dan para ulama’)

Warkah “Cinta” Untuk Dr Rozaimi @ RORA

Tuan Khalifah:
ASSALAMUALAIKUM WRH WBKTH.

Warkah “Cinta” Untuk Dr Rozaimi @ RORA

TENTANG BUKU
“HADIS PALSU & DHAIF POPULAR DALAM MASYARAKAT MELAYU”-susunan Dr Rozaimi .

1. Methodologi Dr. Rozaimi Ramle dalam bukunya ialah mengikuti pendapat minoriti ulama yang menolak hadith dhaif secara mutlak. Padahal yang demikian itu bercanggah dengan manhaj ulama Salaf dan majoriti ulama ahlussunnah wal jama’ah. Yang menghairankan beliau menyalahkan pendapat majoriti ulama walaupun tidak secara langsung.

2. Terdapat hadith yang sebenarnya tidak palsu disisi ulama hadith mu’tabar tetapi dihukum palsu oleh Dr. Rozaimi Ramle.

3. Berkaitan dengan hujjah hadith mursal, Dr. Rozaimi Ramle kurang amanah dengan sengaja tidak menyampaikan perbezaan pendapat antara ulama hadith dengan ulama ushul dan fuqaha. Sikap yang demikian boleh membentuk taksub dan fanatisme pembaca bukunya bahawa seakan-akan mereka patut menyalahkan ulama ushul dan fuqaha yang menerimanya sebagai hujjah.

4. Banyak hadith yang sebenarnya khilaf statusnya disisi ulama hadith, tetapi Dr. Rozaimi Ramle tidak menyampaikan khilaf tersebut dalam tulisannya. Dan perbuatan demikian itu kurang amanah ilmiyyah serta mengundang kekeliruan dalam hal tidak menepati penulisan ilmiyyah dalam dunia ilmu hadith dan yang lain.

5. Terdapat hadith yang dinilai hasan oleh hampir seluruh ulama hadith Ahlussunnah wal Jama’ah, tetapi Dr. Rozaimi Ramle menilainya berbeza, iaitu dhaif. Ini menunjukkan Dr. Rozaimi Ramle begitu berani dalam menilai status suatu hadith, walaupun seluruh ulama hadith menilai sebagai hadith hasan.
6. Dr. Rozaimi Ramle dilihat tidak mengikuti manhaj ulama ahli hadith dalam menilai hadith yang sanadnya terdapat perawi pendusta (kadzdzab). Seolah-olah disisi Dr. Rozaimi Ramle, jika dalam sanad tersebut ada perawi yang pendusta maka secara automatik hadith tersebut palsu. Ini bercanggah dengan kaedah ulama hadith dimana kepalsuan suatu hadith bukan semata-mata mutlak kerana seorang perawi yang pendusta.

7. Dr. Rozaimi Ramle terlalu berani membahaskan perkara yang bukan dalam dibidangnya, iaitu ilmu illat hadith (kecacatan hadith yang tersembunyi), malah ia bercanggah dengan kenyataan ulama-ulama yang menguasai ilmu illat. Ilmu illat tidak dikuasi oleh semua ulama ahli hadith, tetapi hanya beberapa ulama sahaja yang menguasi ilmu ini dan kriteria menjadi ulama dalam bidang ilmu ini sangat ketat.

8. Terjemahan Dr. Rozaimi Ramle terhadap ucapan ulama kadangkala tidak benar bahkan cenderung tahrif, sehingga boleh mengubah erti atau maksud yang sebenarnya. Malangnya terjemahan tersebut menentukan hukum yang beliau berikan terhadap suatu hadith.

9. Dari gaya analisis sanad yang dilakukan oleh Dr. Rozaimi Ramle dapat dilihat bahawa Dr. Rozaimi Ramle terlalu bergantung dan terkesan mengikuti analisis dalam forum atau laman web Salafi Wahabi, seperti ahlalhadeeth dan IslamWeb yang dimasukkan dalam buku beliau ini.

10. Kadangkala Dr. Rozaimi Ramle membuat kesimpulan sendiri yang padahal ulama hadith tidak menyimpulkan sama dengan beliau. Walhal perbuatan demikian itu hanya boleh bagi pakar hadith yang benar-benar berpengalaman dan diiktiraf.

11. Dr. Rozaimi Ramle terlalu berani menyalahkan erti suatu hadith yang padahal ulama yang jauh lebih pakar dibidang hadith, lughat, fikah dan lain-lain menerima dan tidak menyalahkannya.

12. Tajuk buku tersebut tidak sepatutnya meletakkan perkataan “popular” kerana kebanyakan hadith dalam buku tersebut sememangnya tidak popular dikalangan masyarakat Melayu. Bahkan ada hadith yang sebenarnya tersebar di website atau blog milik orang Indonesia. Kebanyakan hadith dalam buku tersebut tidak tersebar luas dalam television, radio, atau Media Arus Perdana. Sewajarnya perkataan “popular” ditukar dengan perkataan “tersebar”. Inilah amanah ilmiyyah!

# Tulisan : Cucu Mat Padang,Pertubuahaan Ahlussunnah Wal Jamaah Johor….Ada satu Buku Khas akan diterbitkan menjawab isu isu Rozaimi huru harakan Malaysia.

DASAR Kepada 72 Firqah Sesat

*DASAR Kepada 72 Firqah Sesat*

Dalam kitab berjudul; _Bughyatu’l-Mustarshidīn_ disebutkan bahawa yang dikatakan 72 (tujuh puluh dua) golongan yang sesat itu ialah mereka yang terdiri daripada tujuh golongan.

Pertama: kaum *SYIAH* yang terlalu melebihi dalam memuja ‘Alī dan keluarganya (ahlul bait); mereka sampai tidak mengakui khalifah-khalifah Sayyidina Abū Bakar, ‘Umar dan ‘Uthmān _raḍiya ’Llāhu ‘anhuma_. Mereka ini berpecah menjadi 22 (dua puluh dua) golongan.

Kedua, golongan *KHAWARIJ* yang terlalu berlebihan dalam membenci Sayyidinā ‘Alī _raḍiya ’Llahu ‘anhu_ pula serta _ahlul bait_. Antara mereka ada yang mengkafirkan beliau. Pada pandangan mereka (_akidah_), orang-orang yang melakukan dosa besar menjadi kafir. Mereka ini kemudiannya berpecah menjadi 20 (dua puluh) golongan.

Ketiga, kaum *MU’TAZILAH* yang mempunyai fahaman bahawa Allāh tidak mempunyai Sifat-Sifat-Nya, dan bahawa manusia melakukan amalnya sendiri dengan bebas merdeka, dan bahawa Tuhan tidak boleh dilihat dalam syurga, dan bahawa orang-orang yang melakukan dosa besar diletakkan antara syurga dan neraka; mereka juga beranggapan bahawa Mi‘rāj Nabi _salla ’Llāhu ‘alaihi wa Sallam_ adalah dengan ruh sahaja. Kemudiannya mereka ini berpecah menjadi 20 (dua puluh) golongan.

Keempatnya ialah kaum *MURJI’AH* yang mempunyai pegangan bahawa sesiapa yang melakukan dosa, maka itu tidak mendatangkan mudarat bila ia sudah beriman, sebagaimana katanya bila seseorang itu kafir maka kebajikan yang bagaimanapun dilakukan tidak memberi manfaat juga. Mereka ini kemudiannya berpecah kepada 5 (lima) golongan.

Kelimanya ialah golongan *NAJJAR’IYYAH* yang mempunyai pegangan bahawa perbuatan manusia dijadikan oleh Tuhan dan Tuhan tidak mempunyai Sifat-Sifat. Mereka berpecah kepada 3 (tiga) aliran.

Keenamnya ialah kaum *JABBARIYYAH* yang mempunyai keyakinan bahawa manusia tidak terdaya apa-apa; usaha atau ikhtiar manusia tidak ada sama sekali. Mereka terdiri daripada satu golongan sahaja.

Ketujuhnya ialah kaum *MUSYABBIHAH* atau Mujassimah, iaitu kaum yang mempunyai pegangan bahawa Tuhan mempunyai Sifat-Sifat sebagaimana yang ada pada manusia, umpamanya Tuhan ada “tangan”, ada “kaki”, duduk atas ‘Arasy, naik tangga dan turun tangga dan sebagainya. Mereka terdiri dari satu golongan sahaja.

Dengan itu maka jumlah mereka semua adalah tujuh puluh dua golongan. Golongan yang selamat ialah golongan yang satu sahaja iaitu golongan Ahli’s-Sunnah wa’l-Jamā‘ah. Sebagai reaksi daripada apa yang timbul itu yang membawa kepada timbulnya berbagai firqah itu, maka timbullah golongan Ahli’s-Sunnah wa’l-Jamā‘ah yang diketuai oleh dua orang ‘ulamā’ besar dalam _Uṣūlu’d-Dīn_ iaitu Syaikh Abū’l-Ḥasan al-Asy‘arī _raḍiya ’Llahu ‘anhu_ dan Syaikh Abū Manṣūr al-Māturidī _raḍiya ’Llahu ‘anhu_.

Kisah Abu Nawas Dengan 10 Wahabi

Azam:
Tolak WAHABI:
Kisah Abu Nawas Dengan 10 Wahabi
Wahabi 1 :
Jangan melakukan suatu ibadah yang tidak ada contoh dari Rasulullah saw
Abu Nawas :
Kalu gitu mulai sekarang anda jangan dengarkan khutbah jumaat yang menggunakan Bahasa melayu
Wahabi 2 :
Semua amalan itu tertolak tidak jika tidak ada contohnya dari Rasulullah
Abu Nawas :
Kalu gitu mulai sekarang anda jangan lakukan shalat tarawih sebulan penuh di masjid
Wahabi 3 :
Islam itu sudah sempurna tidak perlu di tambah2 lagi
Abu Nawas :
Kalu gitu tidak usah banyak ckp, Islam kan sudah sempurna tidak perlu lagi di tambah2 ajaran aneh wahabi, yang tidak pernah ada nash larangannya jangan anda haramkan.
Wahabi 4 :
Kubah kuburan wali harus di robohkan kerana berpotensi syirik di sembah2
Abu Nawas :
Kenapa hanya kubah kuburan saja yg di robohkan, sekalian saja dipotong semua pohon didunia, ratakan semua gunung, gua, laut, semuanya juga berpotensi syirik.
Wahabi 5 :
Tassawuf itu ajaran baru karena tidak ada riwayat Rasulullah pernah menyebut sufi
Abu Nawas :
kalau gitu tidak usah belajar hadits karena Rasulullah pun tidak pernah menyebut istilah muhaddits, shahih, dhoif dan sebagainya
Wahabi 6 :
Jangan percaya kepada ulama percayalah kepada Rasulullah saja, ulama tidak ada yg maksum yg maksum hanya Rasulullah
Abu Nawas :
Kalau begitu anda tidak usah pakai hadits karena semua hadits di riwayatkan oleh para ulama, semua kitab juga di tulis oleh Ulama kerana Rasulullah tidak pernah menulis kitab apapun
Oleh itu guru-gurunya wahabi kan baru saja dikenali 500 tahun setelah Rasulullah
Wahabi 7 :
Maulid itu bid’ah tidak boleh di lakukan, tidak ada contohnya dari Rasul
Abu Nawas :
Kalau gitu jika besok anak anda lahir anda tidak boleh tersenyum, gembira, mengucapkan alhamdulillah, dll kerana itu juga merupakan sebahagian dari perayaan kelahiran
Wahabi 8 :
Malaysia ini negara thaghut.
Abu Nawas :
Kalau gitu anda tinggalkan malaysia sekarang juga
Wahabi 9 :
Aqidah Asy’ariyyah itu sesat
Abu Nawas :
Kalau gitu tidak payah mengaji kitab Ibnu Hajar Al Asqalani, kitab imam nawawi, dan lain – lain mereka semua Asy’ariyyah
Wahabi 10 :
Imam Syafii itu tidak maksum
Abu Nawas :
Apa lagi anda…yg ada di mana2 group.ilmunya cuma COPY&PASTE SAJA…☺😊☺
Wahabi yg ada di group whatups skrg ni:
dasar ahlul bid’ah..bid’ah bid’ah bid’ah…..!!
Abu Nawas :
Yang suka menjerit sampah,sampah,, biasanya tukang angkat sampah,dan
yang suka menjerit ikan,ikan,ikan, biasanya penjual ikan, yang suka menjerit
Dan teriak bid’ah bid’ah bid’ah adalah ???
xixixixi, jawapnnya mudah tidak perlu rujuk kamus….hehehe pecinta wahab najezd
😁😁😁
Begitula al kisah abu nawas dgn wahabi.

👍🏼👍🏼👍🏼👍🏼