DASAR Kepada 72 Firqah Sesat

*DASAR Kepada 72 Firqah Sesat*

Dalam kitab berjudul; _Bughyatu’l-Mustarshidīn_ disebutkan bahawa yang dikatakan 72 (tujuh puluh dua) golongan yang sesat itu ialah mereka yang terdiri daripada tujuh golongan.

Pertama: kaum *SYIAH* yang terlalu melebihi dalam memuja ‘Alī dan keluarganya (ahlul bait); mereka sampai tidak mengakui khalifah-khalifah Sayyidina Abū Bakar, ‘Umar dan ‘Uthmān _raḍiya ’Llāhu ‘anhuma_. Mereka ini berpecah menjadi 22 (dua puluh dua) golongan.

Kedua, golongan *KHAWARIJ* yang terlalu berlebihan dalam membenci Sayyidinā ‘Alī _raḍiya ’Llahu ‘anhu_ pula serta _ahlul bait_. Antara mereka ada yang mengkafirkan beliau. Pada pandangan mereka (_akidah_), orang-orang yang melakukan dosa besar menjadi kafir. Mereka ini kemudiannya berpecah menjadi 20 (dua puluh) golongan.

Ketiga, kaum *MU’TAZILAH* yang mempunyai fahaman bahawa Allāh tidak mempunyai Sifat-Sifat-Nya, dan bahawa manusia melakukan amalnya sendiri dengan bebas merdeka, dan bahawa Tuhan tidak boleh dilihat dalam syurga, dan bahawa orang-orang yang melakukan dosa besar diletakkan antara syurga dan neraka; mereka juga beranggapan bahawa Mi‘rāj Nabi _salla ’Llāhu ‘alaihi wa Sallam_ adalah dengan ruh sahaja. Kemudiannya mereka ini berpecah menjadi 20 (dua puluh) golongan.

Keempatnya ialah kaum *MURJI’AH* yang mempunyai pegangan bahawa sesiapa yang melakukan dosa, maka itu tidak mendatangkan mudarat bila ia sudah beriman, sebagaimana katanya bila seseorang itu kafir maka kebajikan yang bagaimanapun dilakukan tidak memberi manfaat juga. Mereka ini kemudiannya berpecah kepada 5 (lima) golongan.

Kelimanya ialah golongan *NAJJAR’IYYAH* yang mempunyai pegangan bahawa perbuatan manusia dijadikan oleh Tuhan dan Tuhan tidak mempunyai Sifat-Sifat. Mereka berpecah kepada 3 (tiga) aliran.

Keenamnya ialah kaum *JABBARIYYAH* yang mempunyai keyakinan bahawa manusia tidak terdaya apa-apa; usaha atau ikhtiar manusia tidak ada sama sekali. Mereka terdiri daripada satu golongan sahaja.

Ketujuhnya ialah kaum *MUSYABBIHAH* atau Mujassimah, iaitu kaum yang mempunyai pegangan bahawa Tuhan mempunyai Sifat-Sifat sebagaimana yang ada pada manusia, umpamanya Tuhan ada “tangan”, ada “kaki”, duduk atas ‘Arasy, naik tangga dan turun tangga dan sebagainya. Mereka terdiri dari satu golongan sahaja.

Dengan itu maka jumlah mereka semua adalah tujuh puluh dua golongan. Golongan yang selamat ialah golongan yang satu sahaja iaitu golongan Ahli’s-Sunnah wa’l-Jamā‘ah. Sebagai reaksi daripada apa yang timbul itu yang membawa kepada timbulnya berbagai firqah itu, maka timbullah golongan Ahli’s-Sunnah wa’l-Jamā‘ah yang diketuai oleh dua orang ‘ulamā’ besar dalam _Uṣūlu’d-Dīn_ iaitu Syaikh Abū’l-Ḥasan al-Asy‘arī _raḍiya ’Llahu ‘anhu_ dan Syaikh Abū Manṣūr al-Māturidī _raḍiya ’Llahu ‘anhu_.

Posted on June 30, 2016, in AHLUS SUNNAH WAL JAMAAH (ASWJ). Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: