Warkah “Cinta” Untuk Dr Rozaimi @ RORA

Tuan Khalifah:
ASSALAMUALAIKUM WRH WBKTH.

Warkah “Cinta” Untuk Dr Rozaimi @ RORA

TENTANG BUKU
“HADIS PALSU & DHAIF POPULAR DALAM MASYARAKAT MELAYU”-susunan Dr Rozaimi .

1. Methodologi Dr. Rozaimi Ramle dalam bukunya ialah mengikuti pendapat minoriti ulama yang menolak hadith dhaif secara mutlak. Padahal yang demikian itu bercanggah dengan manhaj ulama Salaf dan majoriti ulama ahlussunnah wal jama’ah. Yang menghairankan beliau menyalahkan pendapat majoriti ulama walaupun tidak secara langsung.

2. Terdapat hadith yang sebenarnya tidak palsu disisi ulama hadith mu’tabar tetapi dihukum palsu oleh Dr. Rozaimi Ramle.

3. Berkaitan dengan hujjah hadith mursal, Dr. Rozaimi Ramle kurang amanah dengan sengaja tidak menyampaikan perbezaan pendapat antara ulama hadith dengan ulama ushul dan fuqaha. Sikap yang demikian boleh membentuk taksub dan fanatisme pembaca bukunya bahawa seakan-akan mereka patut menyalahkan ulama ushul dan fuqaha yang menerimanya sebagai hujjah.

4. Banyak hadith yang sebenarnya khilaf statusnya disisi ulama hadith, tetapi Dr. Rozaimi Ramle tidak menyampaikan khilaf tersebut dalam tulisannya. Dan perbuatan demikian itu kurang amanah ilmiyyah serta mengundang kekeliruan dalam hal tidak menepati penulisan ilmiyyah dalam dunia ilmu hadith dan yang lain.

5. Terdapat hadith yang dinilai hasan oleh hampir seluruh ulama hadith Ahlussunnah wal Jama’ah, tetapi Dr. Rozaimi Ramle menilainya berbeza, iaitu dhaif. Ini menunjukkan Dr. Rozaimi Ramle begitu berani dalam menilai status suatu hadith, walaupun seluruh ulama hadith menilai sebagai hadith hasan.
6. Dr. Rozaimi Ramle dilihat tidak mengikuti manhaj ulama ahli hadith dalam menilai hadith yang sanadnya terdapat perawi pendusta (kadzdzab). Seolah-olah disisi Dr. Rozaimi Ramle, jika dalam sanad tersebut ada perawi yang pendusta maka secara automatik hadith tersebut palsu. Ini bercanggah dengan kaedah ulama hadith dimana kepalsuan suatu hadith bukan semata-mata mutlak kerana seorang perawi yang pendusta.

7. Dr. Rozaimi Ramle terlalu berani membahaskan perkara yang bukan dalam dibidangnya, iaitu ilmu illat hadith (kecacatan hadith yang tersembunyi), malah ia bercanggah dengan kenyataan ulama-ulama yang menguasai ilmu illat. Ilmu illat tidak dikuasi oleh semua ulama ahli hadith, tetapi hanya beberapa ulama sahaja yang menguasi ilmu ini dan kriteria menjadi ulama dalam bidang ilmu ini sangat ketat.

8. Terjemahan Dr. Rozaimi Ramle terhadap ucapan ulama kadangkala tidak benar bahkan cenderung tahrif, sehingga boleh mengubah erti atau maksud yang sebenarnya. Malangnya terjemahan tersebut menentukan hukum yang beliau berikan terhadap suatu hadith.

9. Dari gaya analisis sanad yang dilakukan oleh Dr. Rozaimi Ramle dapat dilihat bahawa Dr. Rozaimi Ramle terlalu bergantung dan terkesan mengikuti analisis dalam forum atau laman web Salafi Wahabi, seperti ahlalhadeeth dan IslamWeb yang dimasukkan dalam buku beliau ini.

10. Kadangkala Dr. Rozaimi Ramle membuat kesimpulan sendiri yang padahal ulama hadith tidak menyimpulkan sama dengan beliau. Walhal perbuatan demikian itu hanya boleh bagi pakar hadith yang benar-benar berpengalaman dan diiktiraf.

11. Dr. Rozaimi Ramle terlalu berani menyalahkan erti suatu hadith yang padahal ulama yang jauh lebih pakar dibidang hadith, lughat, fikah dan lain-lain menerima dan tidak menyalahkannya.

12. Tajuk buku tersebut tidak sepatutnya meletakkan perkataan “popular” kerana kebanyakan hadith dalam buku tersebut sememangnya tidak popular dikalangan masyarakat Melayu. Bahkan ada hadith yang sebenarnya tersebar di website atau blog milik orang Indonesia. Kebanyakan hadith dalam buku tersebut tidak tersebar luas dalam television, radio, atau Media Arus Perdana. Sewajarnya perkataan “popular” ditukar dengan perkataan “tersebar”. Inilah amanah ilmiyyah!

# Tulisan : Cucu Mat Padang,Pertubuahaan Ahlussunnah Wal Jamaah Johor….Ada satu Buku Khas akan diterbitkan menjawab isu isu Rozaimi huru harakan Malaysia.

Posted on June 30, 2016, in MENOLAK WAHABI. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: