Category Archives: MENOLAK GOLONGAN ANTI HADITH

Siapakah di Sebalik Anti Hadith???

Ketahuilah bahawa mereka yang terlibat secara langsung di dalam antihadith ini juga terdiri dari pemikir2 yahudi dan kristian untuk memesongkan akidah umat Islam di antara mereka yang berminat dengan hadith ini ialah :

A.J Wensinck, A. Sprenger, J. Horovitiz, T.W Juynboll, Edward, E. Salisbury, O.V Hondas, L. Krehl, W.M Watt, J. Schacht, J. Robson

Seorang yahudi yang bernama I Goldhizer yang cuba membuat perbandingan di antara pengajian hadith serta kesusateraannya dengan kesusasteraan yahudi dan kristian. Antara buku yang berkaitan dengan karyanya ialah Muhammedanische Studien. Dengan membawa keraguan antaranya:

1. Hadith dan kesusasteraannya diragui pada abad pertama Hijrah. Hal tersebut kerana pada masa itu tidak ramai orang Islam yang pandai menulis dan membaca serta tidak didapati kitab hadith yang dikumpul dalam bentuk tulisan.

2. Hadith merupakan suatu yang diada-adakan dan bukan suatu yang asli daripada idea Nabi Muhammad. Justeru hadith merupakan hasil perkembangan semasa juga merupakan idea-idea yang direka oleh umat Islam.

3. Bahkan I Goldziher cuba memesongkan fahaman dan pegangan umat Islam tentang hadith mengatakan bahawa sebenarnya hadith itu tidak wujud, ia adalah rekaan dan ciptaan NAbi Muhammad berasaskan nafsunya sendiri

Sahifah Abu Hurairah dan ia diakui oleh sesetengah orientalis seperti Sprenger dan menunjukkan dakwaan I Goldziher tidak berasas.

Orientalis mengatakan bahawa hadith adalah ciptaan Nabi Muhamaad sendiri berasaskan hawa nafsunya. Tanggapan ini adalah tidak munasabah kerana sejak kecil RasuluLlah terkenal dengan sifat al Amin dan baginda seorang yang Ummi.

Firman Allah: Surah An Najm ayat 3-4 :

“ Dan ia tidak memperkatakan (sesuatu yang berhubung dengan agama Islam) menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri. Segala yang diperkatakan itu (samada al Quran atau hadith) tidak lain melainkan wahyu yang diwahyukan kepadanya”
Antara pengikut anti hadith yang lain dikenali sebagai Mahmud Abu Rayyah dan bukunya bertajuk Adwa’ ‘ala Sunnah al Muhammadiyyah dan telah dijawab oleh Syekh Mustafa As Siba’I di dalam bukunya yag terkenal iaitu al Sunnah wa Makanatuha fi al Tashri’ al Islam. Antara hujjah yg dikemukakan oleh anti hadith ini ialah :

Sunnah tidak direkod atau dibukukan ke dalam penulisan dimasa kehidupan RasuluLLah S.A.W. Dan sebenarnya ia adalah hasil daripada larangan rasuluLlah kepada para sahabat untuk menulis hadith. Ia mewujudkan ketidak sepakatan antara ulama’ mengenai status hadith dan menurut Abu Rayyah adalah punca utama kepada kemunculan banyak hadith maudu’. Akibatnya, ada kemungkinan terdapat banyak hadith yang sebenarnya dibuktikan sebgai hadith soheh tetap adalah produk dari hadith rekaan oleh perawi yang mempunyai kecenderungan ke arah itu. Berdasarkan fakta ini, tidak rasional bagi Muslim untuk menerima sunnah sebagai sumber Syari’ah dan pengetahuan .

Jawapan kepada ANTIHADITH

Kesilapan besar pada hujjah ini adalah cubaan untuk mengaitkan RasuluLLah sebagai punca menyebabkan berlakunya kemunculan hadith maudhu’ (hadith palsu). Ia menyalahkan baginda iaitu sekiranya baginda mengarahkan para sahabat untuk mendokumentasikan Sunnah, tentunya jenayah memalsukan hadith akan dapat dielakkan.

Hujjah seperti ini menurut al Sibai’ sungguh menjijikkan bagi seorang yang mengaku dirinya sebagai Muslim!. Bahkan Abu Rayyah telah memandang rendah bahkan memperlekehkan kepintaran dan sifat keintelektualan baginda yang terkenal dengan sifat fatanah (bijaksana) di dalam perkara yang berkaitan kehidupan seharian dan permasalahan yang dihadapi oleh umat Islam. Seperti yang dipersetujui oleh jumhur ulamak bahawa fatanah adalah satu daripada sifat kenabian yang ada pada Nabi Muhammad yang sepatutnya setiap umat Islam tahu mengenainya . Malangnya Antihadith ini (AbuRayyah dan pengikutnya yang sefikrah dengan dia) tidak tahu fakta ini sedangkan ia ingin dikenali sebagai Muslim yg moden dan membataskan dirinya dengan Sunnah sebagai sumber syari’ah dan pengetahuan. Pada masa yang sama, Abu Rayyah kelihatan lupa bahawa larangan kepada para sahabat untuk menulis Sunnah lebihkepada pengecualian atau mempunyai had tempoh masa dan bukannya suatu polisi yang kekal.

Larangan tersebut adalah disebabkan oleh beberapa perkara.

Yang pertamanya, peralatan atau material yang tidak mencukupi untuk tujuan pembukuan yang kebanyakannya didapati pada masa itu telah digunakan untuk menulis al Qurran yang secara berterusan disampaikan pada RasuluLlah S.A.W.

Antara sebab lain larangan terssbut adalah kerana ketidakbolehan untuk membezakan antara ayat Allah yang terkandung di dalam al Quran dan dari perkataan manusia yang berasal dari Nabi Muhammad S.A.W. larangan ini adalah hanya berlaku terutamanya pada peringkat awal penurunan wahyu al Quran di mana Muslim ketika itu telah diberi amaran agar tidak berada di dalam kekeliruan di antara perkataan Nabi Muhammad S.A.W dengan al Quran dan sebaliknya.

Dimana jika timbulnya kekeliruan para sahabat selalu bertanya dengan rasuluLlah samada ia adalah wahyu dari Allah atau dari ijtihadnya sendiri. Kemudiannya, selepas para sahabat semakin bijak dan biasa dengan perbezaan antara ayat Allah dan perkataan rasuluLlah, larangan tersebut secara perlahan-lahan telah dilonggarkan, terutamanya kepada para sahabat yang telah diiktiraf dan mendapat keizinan yang khusus dari rasuluLlah sendiri. Jadi hujjah antihadith ini dengan mengatakan bahawa ketiadaan dokumentasi pada zaman rasuluLLah tidak semuannya benar.

Terdapat bukti dari sahabat yang bernama Abdullah ibn Amru telah menulis apa yang telah dilihat disaksikan dan didengari dari rasuluLlah di dalam satu manuskrip yang dipanggil al Sahifah al Sadiqah. Dia telah melakukannya melalui usahanya dengan berurusan dengan RasuluLlah untuk mendapatkan keizinan, persetujuan dan pengesahan samada apa yang dicatitnya itu adalah benar atau tidak. Sekiranya ia tidak benar maka ia akan meminta rasuluLLah untuk membetulkannya .

Terdapat hujjah Abu Rayyah yang tidak jelas di sini dan perlukan penerangan.

Ketiadaan bahan dokumen hadith yang sistematik semasa zaman RasuluLLah tidak membuktikan bahawa tiada usaha dari para sahabat untuk menjaga Sunnah rasuluLLah dengan cara yang lain. Sudah diketahui ramai kepada ulamak Islam bahawa para sahabat akan mencuba sedaya upaya untuk hadir di setiap perjumpaan dan perkumpulan dimana RasuluLLah menghadirinya.

Mereka secara berhati-hati kana memerhatikan, menumpukan dengan sepenuh perhatian apa yang baginda perkatakan dan buat dan akan mengingatinya dengan baik. Kemudiannya para sahabat akan mengambil inisiatif untuk memberitahu kepada para sahabat yang tidak hadir untuk memberitahu dan menyampaikan maklumat dan pengajaran yang telah diterima dari rasuluLlah S.A.W. Mengingat melalui hati adalah satu kaedah yang efektif untuk menjaga Sunnah rasuluLLah ini. Mengabaikan fakta ini, menurut Fazlur Rahman adalah satu perbuatan dosa yang tidak boleh dimaafkan terhadap sejarah!

Method yang sama telah digunakan untuk menjaga al Quran. Ulamak di kalangan generasi tabi’en, ramai di antara mereka yang lahir semasa RasuluLLah masih hidup telah belajar dan merawikan pelbagai hadith rasuluLLah di bawah pengawasan sahabat. Antaranya Aisyah bte Abu Bakar, Umar bin al Khattab, Ali bin Abi talib, Abdullah ibn Mas’ud, Abdullah ibn Abbas, Abdullah ibn Amr, Abu Hurairah dan perawi-perawi lain yang telah diiktiraf dan dipercayai. Usaha mereka untuk menjaga sunnah rasuluLLah ini dengan cara mengingati melalui hati akhirnya membawa kepada ulamak Islam yang lain berkebolehan untuk mendokumentasikan hadith dengan cara yang lebih sistematik lagi. Malangnya anti hadith ini sengaja tidak melihat (menafikan) teknik mengingat dengan hati ini yang telah dipraktikkan oleh pada sahabat sebagai satu cara yang efektif untuk menjaga Sunnah.

Senarai Rujukan :

A Siba’I, al Sunnah wa Makanatuha p. 29
Ibid, p. 29
Bashier, Sunshine at Madinah p. 30
Fazlur Rahman, ‘the living Sunnah and al Sunnah wal Jama’ah

SUMBER:

http://jomfaham.blogspot.com/2008/12/siapakah-di-sebalik-anti-hadith.html

Kedudukan ‘Kassim B. Ahmad’ – Jabatan Hal Ehwal Ugama Pulau Pinang

Bahasa Asal
Melayu
Jumlah Pembaca
103
Negara Asal
Malaysia
Tahun
1986
Pengarang
Dato’ Haji Hassan Bin Haji Ahmad (Mufti Kerajaan Negeri Pulau Pinang)
Rujukan
Jabatan Hal Ehwal Ugama Pulau Pinang
Nota
Nota: Fatwa-Fatwa Yang Telah dikeluarkan Jabatan Hal Ehwal Ugama Islam Pulau Pinang, Tahun 1961-1989.

Soalan:

Bagaimanakah kedudukan En. Kassim b. Ahmad, Pengarang Buku ‘Hadis Satu Penilaian Semula’, kerana Jawatankuasa Syariah Pulau Pinang telah pun bersidang mengenai hal ini ?

Jawapan:

i) Memang benar Jawatankuasa Syariah yang bersidang pada 3hb. Julai, 1986 telah mengeluarkan fatwa iaitu orang-orang yang tidak mempercayai hadis hukumnya terkeluar daripada Islam dan tindakan awal pihak Majlis Agama Islam ialah mengeluarkan surat pekeliling kepada masjid-masjid di seluruh Negeri Pulau Pinang memberitahu kedudukan orang-orang yang tidak mempercayai hadis.

ii) Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang akan menghantar seorang pegawai agama untuk menemui dan berbincang dengan Saudara Kassim b. Ahmad. Keputusan yang di buat oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri ini adalah sama seperti keputusan yang di buat oleh kebanyakan Mufti di Ma!aysia.

iii) Majlis Ugama Islam tidak berhajat untuk mendakwa Saudara Kassim Ahmad ke Mahkamah dan diambil tindakan kepadanya oleh kerana ditakuti menimbulkan fitnah yang lebih mencabar lagi dan supaya perkara ini tidak berlarutan ( keputusan laporan setiausaha Oktober 1986 ).

iv) Saudara Kassim sekarang telah pun menunaikan fardhu Jumaat di Masjid dalam qariahnya.

SUMBER:

http://www.e-infad.my/i-fms/index.php?option=com_fatwa&task=viewlink&link_id=1383&Itemid=48

Golongan Anti Hadis – Jabatan Mufti Negeri Selangor

Bahasa Asal
Melayu
Jumlah Pembaca
211
Negara Asal
Malaysia
Tarikh Isu
1995-10-07
Tahun
1995
Pengarang
Dato’ Haji Ishak Bin Haji Baharom
Rujukan
Jabatan Mufti Negeri Selangor
Nota
Nota: 23rd November 1995

LATAR BELAKANG

1. Isu Anti Hadis bermula pada tahun 1986 yang dipelopori oleh Kassim Ahmad yang mendokong idea Dr. Rashad Khalifa. Mereka bukan dikalangan ahli ilmuan Islam tetapi sengaja membahaskan di kalangan Islam dengan berpandukan akal dan kaedah saintifik.

2. Akibat terpengaruh dengan buku-buku Dr. Rashad Khalifa, beliau memperkenalkan idea berkenaan kepada umat Islam ini dengan menulis beberapa artikel di dalam ruangan “Berani Kerana Benar” akhbar Watan.

3. Peningkatan beliau terlihat dengan penganjuran majlis diskusi mengenai “Teori hadis” di Pejabat ALIRAN, Pulau Pinang dan rumah beliau di No.8, Jalan Ayah, Tanjung Bunga, Pulau Pinang yang dihadiri para kenalan dan ahli Parti Sosial Rakyat Malaysia (PSRM).

4. Pada Mei 1986, Kassim Ahmad telah menulis sebuah buku bertajuk “Hadis satu penilaian semula” terbitan Media Intelek Sdn. Bhd. yang mana antara kandungannya ialah menolak hadis secara total sebagai sumber hukum Islam.

5. Pada Oktober 1992, Kassim Ahmad sekali menulis
buku “Hadis Jawapan Kepada Pengkritik” terbitan Media Sdn. Bhd. dengan mesej yang sama iaitu menolak hadis.

6. Usaha golongan ini menolak hadis sebagai sumber hukum dibuat dalam pelbagai bentuk seperti penulisan (Risalah Iqra’), artikel dalam media cetak, diskusi, forum, ceramah dan sebagainya.

CIRI-CIRI KESALAHAN

1.Penyelewengan dari sudut akidah:

a. Menolak hadis secara total sebagai sumber aqidah dan perundangan Islam.

b. Menolak dua kalimah syahadah.

c. Menolak Qada’ dan Qadar.

d. Memesongkan pengertian sebenar ayat-ayat Quran.

e. Mempertikaikan kesahihan ayat-ayat Al-Quran.f. Mendakwa kiamat akan berlaku pada 1710H/2280M.
g. Menolak berlakunya seksaan kubur selepas mati.h. Menafikan kedudukan Nabi Adam sebagai manusia pertama ciptaan Allah S.W.T.

i. Menolak kemaksuman para Nabi.

2.Percanggahan dari sudut syariah:

a. Menolak pensyaritan sembahyang.

b. Menolak ketetapan Hukum Fiqh Islam Tentang Aurat Wanita.

3.Percanggahan dari sudut akhlak:

a. Menghina peribadi dan kedudukan Rasulullah.

b. Mencerca dan memfitnah para Ulamak.

c. Mencabar dan mempertikaikan kewibawaan pihak berkuasa agama.

d. Tidak mengikut disiplin ilmu-ilmu Islam.

TINDAKAN

1.Buku ” Hadis Satu Penilaian Semula” karangan Kassim Ahmad diharamkan pada 10 Julai 1986.

2.Buku “Hadis Jawapan Kepada Pengkritik” karangan Kassim Ahmad diharamkan pada 21 April 1994.

3.Buku Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu: Hadis di dalam Al-Quran dan Doa-doa Dari Prayer From Al-Quran karangan Hj. Idris Abd. Rahman diharamkan pada 5.11.1992.

4.Penemuan Ilmiah tentang Kandungan Al-Quran karangan Dr. Rashad Khalifa diharamkan pada 23.9.1993.

5.Buku ” The Computer Speaks”: God Message To The World” Karangan Dr. Rashad Khalifa diharamkan pada 13.1.1994.

6.Buku Bacaan karangan Othman Ali diharamkan pad a 22.7.1995.
NEGERI SELANGOR

Warta Kerajaan
DITERBITKAN DENGAN KUASA GOVERNMENT OF SELANGOR GAZETTE PUBLISHED BY AUTHORITY
Sel. P.U. 45 ENAKMEN PENTADBIRAN PERUNDANGAN ISLAM, 1989
FATWA TENTANG GOLONGAN ANTI-HADITH
En. 21/1989PADA menjalankan kuasa yang diberikan oleh subseksyen 31 (1) dan seksyen 32 Enakmen Pentadbiran Perundangan Islam 1989. Mufti bagi Negeri Selangor, selepas berbincang dengan Jawatankuasa Perunding Hukum Syara’, membuat fatwa seperti yang dinyatakan dalam Jadual.

JADUAL

(1) BAHAWA:

(a) Buku
(i) “Hadis Satu Penilaian Semula” dan;
(ii) “Hadis Jawapan Kepada Pengkritik”, yang ditulis oleh Kassim Ahmad.

(b) Buku
(i) “Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu dan;
(iii) “Hadith di dalam al-Quran”, yang ditulis oleh Idris Abdul Rahman;

(c) Buku “Bacaan” yang ditulis oleh Othman Ali.
(d) Buku “The Computer Speaks – God’s Message ToThe World” yang ditulis oleh Dr. Rashad Khalifa; dan
(e) Risalah “Iqra” Malaysia.Adalah mengandungi, antara lain, ajaran dan fahaman yang menolak hadith sahih (iaitu hadith yang disahkan bersumber daripada Rasulullah s.a.w.) sebagai sumber aqidah dan perundangan Islam, menghina kedudukan Rasulullah s.a.w. dan menghina Al-Quran dengan mempertikaikan kesahihan serta memesongkan pengertian sebenar ayat-ayat Al-Quran. Oleh yang demikian, buku-buku dan risalah itu adalah mengandungi ajaran dan fahaman yang bertentangan dengan ‘aqidah, Syariah dan akhlak Islam.

(2) OLEH YANG DEMIKIAN:

a. Mana-mana orang atau kumpulan orang yang berpegang pada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku-buku dan risalah yang dinyatakan dalam peranggan (1) adalah murtad;

b. Percetakan, penerbitan, pemilikan, penyiaran, penyebaran atau pengedaran mana-mana buku atau risalah yang dinyatakan dalam perenggan (1) termasuk:
i. Apa-apa bentuk, versi atau variasinya.
ii. Apa-apa terjemahannya dalam apa-apa bahasa
iii. Apa-Apa bahan publisiti yang bertujuan memberikan publistiti kepada mana-mana buku atau risalah ituPada atau atas apa-apa bahan, sama ada bahan cetak atau elektronik atau selainnya atau melalui apa-apa media, adalah haram:

c. Pengajaran, pembelajaran, pengalaman dan penyebaran ajaran-ajaran atau fahaman-fahaman yang terkandung dalam mana-mana buku atau risalah yang dinyatakan dalam perenggan (1) adalah haram;

d. Adalah haram bagi orang Islam menjadi anggota atau memimpin atau membantu dalam menghidupkan atau mengembangkan mana-mana kumpulan yang berpegang pada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam mana-mana buku atau risalah yang dinyatakan dalam perenggan (1).

Dibuat pada 19hb Oktober 1995.
[JAI. Sel. 8014/7 Jilid IV; P.U. Sel. AGM/0007]