Category Archives: MENOLAK SYIAH

AL BAYAN DOWNLOAD PDF PERCUMA

10868174_755837204481423_1891377776682219310_n

Muat turun pdf Ahlus Sunnah Wal Jama’ah secara PERCUMA menjawab Wahhabi dan Syiah.

AL BAYAN – terbitan Sekretariat Menangani Isu-isu Akidah dan Syariah Majlis Agama Islam Johor. Menjawab persoalan Aqidah, syariat dan akhlaq.

1. Maulidul Rasul
http://mufti.johor.gov.my/…/te…/albayan_1_maulidurrasul_.pdf

2. Talqin dan 100 Kitab Menolak Wahhabi
http://mufti.johor.gov.my/…/albayan_2_talqin_dan_100_kitab.…

3. Doa Qunut, Zikir dan Wirid

http://mufti.johor.gov.my/…/al-bayan_3_qunut_zikir_dan_wiri…

4. Amalan Sunnah Mengiringi Solat Fardhu
http://mufti.johor.gov.my/…/te…/albayan_4_amalan_sunnah_.pdf

5. Kenduri Arwah, Menziarahi Maqam Nabi, Menggerakkan Jari Ketika Tahiyyat
http://mufti.johor.gov.my/…/…/terbitan/albayan_5_kenduri.pdf

6. Menjawab Persoalan Tawassul

http://mufti.johor.gov.my/…/dokumen/…/albayan_6_tawassul.pdf

7. Tareqat dan Tasawwuf
http://mufti.johor.gov.my/…/albayan_7_tariqah_dan_tasawwuf.…

8. Barzanji
http://mufti.johor.gov.my/…/ter…/albayan_8_berzanji_2009.pdf

9. Menjawab Persoalan Bid’ah

http://mufti.johor.gov.my/…/do…/terbitan/albayan_9_bidah.pdf

10. Aqidah Ahlus Sunnah Wal Jama’ah
http://mufti.johor.gov.my/…/albayan_18_akidah_ahli_sunnah_o…

11. Kepentingan Mazhab

http://mufti.johor.gov.my/…/…/terbitan/albayan_14_mazhab.pdf

12. Bahaya Islam Liberal

http://mufti.johor.gov.my/…/albayan_21_bahaya_Islam_libral_…

13. Kebatilan Aqidah Syiah

http://mufti.johor.gov.my/…/…/kebatilan_akidah_syiah_22_.pdf

14. Kebatilan Aqidah Syiah 2

http://mufti.johor.gov.my/…/dokumen/…/akidah_syiah_2_23_.pdf

Sumber : http://mufti.johor.gov.my/terbitan/al-bayan

SILA MUAT TURUN DAN SEBAR-SEBARKAN !.

WAHHABI/SYIAH/LIBERAL MENYERANG, KITA MENJAWAB DENGAN TERANG SUPAYA KEBATILAN TERPADAM.

Seminar Pemantapan Akidah Anjuran ASWAJA – Kiyai Muhammad Idrus Ramli

10556321_839039559441942_6811125570250223100_n

 

 

ANCAMAN SYIAH DI MALAYSIA – Syaikh Fuad

Penjelasan bahaya ancaman Syiah perlu diperhebat

 

SEBANYAK 52 masjid seluruh Negeri Sembilan telah membacakan khutbah khas pada Jumaat lalu yang bertajuk ‘Percanggahan Fahaman Syiah Imamiah dengan Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah’ sebagai peringatan dan pencerahan berhubung bahaya ancaman Syiah, khususnya di negeri ini.

Khutbah berkenaan disusun bersama Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) dan tenaga pakar dari Kolej Islam As Sofa serta mendapat kerjasama daripada Pejabat Mufti Kerajaan negeri yang dipengerusikan Pengerusi Jawatankuasa Akidah MAINS, Datuk Syeikh Muhammad Fuad Kamaludin Al Maliki As Sanusi.

Mereka yang menyampaikan khutbah itu terdiri daripada imam MAINS, ustaz dan pensyarah Kumpulan Pendidikan Sofa (SEG), Rabitah Ulama Sofa dan wakil Pejabat Mufti Kerajaan negeri.

Dalam khutbah yang disampaikan itu, antara peringatan ialah bahayanya penularan fahaman Syiah dan jika tidak dibendung, akan menghancurkan kesatuan umat Islam, malah lebih teruk bakal menggugat kesucian akidah umat Islam melalui pelbagai virus pemesongan dan penyelewengan yang sarat terkandung dalam fahaman ini.

Teks khutbah berkenaan antaranya menyebut ajaran Syiah Imamiah ini bertentangan dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah, maka kerajaan Negeri Sembilan telah mewartakan fatwa yang bertarikh 27 Februari 1998, yang menyatakan bahawa umat Islam di negeri ini hendaklah mengikut undang-undang Islam dan ajaran Islam yang berasaskan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dari segi akidah, syariah dan akhlak.

Ajaran Islam selain pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah bercanggah dengan hukum syarak dan dengan demikian, penyebaran apa-apa ajaran lain, selain pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah dilarang, menurut teks khutbah berkenaan.

Antara yang didedahkan dalam teks khutbah khas itu ialah sebahagian doktrin Syiah Imamiah yang menyalahi prinsip Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Di antaranya mereka mendakwa:

* Ilmu Allah SWT berubah-ubah mengikut sesuatu peristiwa yang berlaku kepada manusia.

* Al-Quran yang berada di tangan Ahli Sunnah Wal Jamaah pada hari ini tidak sempurna kecuali yang ada di sisi Sayyidina Ali.

* Para Imam Dua Belas adalah maksum.

* Para Imam Dua Belas lebih tinggi darjatnya daripada para Nabi dan Rasul.

* Menuduh Abu Bakar dan Umar sebagai dua berhala Quraisy serta pengikut-pengikut mereka adalah kafir.

* Mendakwa semua sahabat telah menjadi murtad selepas kewafatan Nabi kecuali empat orang, iaitu al Miqdad ibn al Aswad, Abu Zar al Ghifari, Salman al Farisi dan Ammar ibn Yaseer.

* Menganggap Ahli Sunnah adalah kafir dan najis.

* Menghalalkan darah dan harta Ahli Sunnah.

* Mendakwa tidak sempurna iman orang yang tidak mengamalkan nikah mutaah.

* Menjadikan taqiyyah (penipuan dan kepura-puraan) adalah sebahagian daripada agama.

Maka dalam seruan yang dibuat oleh mimbar di 52 masjid ini perlu mendapat perhatian seluruh umat Islam di negeri ini agar mengambil langkah perlu bagi mengekang penularan fahaman yang amat berbahaya ini, sekali gus mengelak diri daripada terjebak ke dalamnya.

Antara yang digariskan itu ialah:

* Semua peringkat umat Islam perlu ditanam dengan ilmu akidah yang sahih dan komprehensif berlandaskan prinsip-prinsip Ahli Sunnah Wal Jamaah semenjak dari awal lagi dan perlu dikukuhkan dari semasa ke semasa.

* Mengukuhkan kefahaman terhadap al Quran dan hadis melalui guru-guru yang bertauliah dan diakui kesahihan ilmunya dan bukan dengan pembacaan dan kajian semata-mata.

* Mengenal pasti ajaran yang terpesong dalam aliran Syiah Imamiah bagi mengelak daripada terjebak ke dalamnya.

* Meningkatkan kewaspadaan terhadap propaganda atau eksploitasi yang dilakukan oleh golongan Syiah Imamiah yang berselindung di sebalik sentimen kasih dan cintakan Ahli Bait (ahli keluarga Rasulullah SAW), memperjuangkan hak Ahli Bait dan menentang kezaliman yang dilakukan terhadap Ahli Bait.

Justeru, adalah wajar langkah penerangan dan pencerahan ini dapat diteruskan dalam kalangan umat Islam di negeri ini dan diperhebatkan kerana Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan telah mengambil keputusan untuk melarang fahaman Syiah Imamiah ini daripada menular di negeri ini.

Hal itu telah pun dinyatakan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan yang juga Pengerusi MAINS dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) pada bulan lalu.

“Keputusan itu dibuat selepas mengambil kira apa juga ajaran atau fahaman Islam yang bertentangan dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah, adalah dilarang, apatah lagi fahaman Syiah ini.

“Kita telah pun mewartakan larangan ini, iaitu pengikutnya yang menyebarkan fahaman itu boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah Enakmen Jenayah Syariah 1992 di mahkamah, jika terus melanggar perintah larangan ini,” katanya.

Maka hendaklah umat Islam faham bahawa fahaman Syiah Imamiah merupakan suatu ajaran yang jauh tersasar daripada landasan Islam yang sahih, malah ajaran ini mampu merosakkan akidah umat Islam dan menjerumuskan mereka ke lembah kekufuran dan syirik.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Selatan/20131027/ws_02/Penjelasan-bahaya-ancaman-Syiah-perlu-#ixzz2jDRACRt3 
© Utusan Melayu (M) Bhd 

HIMPUNAN KEBANGKITAN ULAMA DAN RAKYAT ” Pendirian Ulama’ Terhadap Ancaman Syiah “

PENDERITAAN SUNNI DI IRAN (MESTI BACA)

Sunni adalah fahaman kedua paling popular di Iran melibatkan lebih 30 peratus dari populasi Iran. Kebanyakan Sunni Iran tinggal di Kurdistan Balushstan, bandar-bandar sempadan Khorasan, Turkamen Sahara dan sepanjang pinggiran wilayah. Bermula dari era Safawi tahun 906 sehingga ke hari ini, Sunni Iran terpaksa melalui kepayahan akibat diskriminasi dan ketidakadilan dari kerajaan yang dikuasai golongan Syiah.

Selepas apa yang dipanggil “Revolusi-Islam”, kerajaan Syiah Iran telah mengambil langkah-langkah secara berterusan samada memaksa puak Sunni memeluk Syiah atau menghalau mereka keluar dari Iran melalui berbagai cara.

Berikut adalah beberapa contoh jelas taktik kotor yang digunakan kerajaan bagi memastikan golongan minoriti Sunni terus ditindas:

1) Menghalang dari memegang jawatan penting dalam kerajaan, sebagai contoh, hanya terdapat 15 wakil Sunni (yang kebanyakannya dianggap boneka Syiah) daripada keseluruhan 270 ahli parlimen Iran. Dalam pejabat pentadbiran atau institusi penting, memang tiada langsung di kalangan Sunni yang berjawatan menteri, duta atau gabenor sekalipun di wilayah-wilayah yang dikuasai Sunni. Tapi yang peliknya, kerajaan Iran pula bersikap tegas apabila meminta kerajaan Afghanistan memperuntukkan 1/4 kerusi mewakili Syiah di sana, pada hal populasi penganut Syiah hanya sekitar 10% dari jumlah penduduk Afghanistan. Pada masa kini amat payah untuk melihat seorang pengurus sebuah institusi yang mempunyai latar belakang Sunni. Dalam institusi yang lebih sensitif seperti pengawal revolusi, kementerian luar, kementerian pertahanan atau dalam bidang perniagaan, keadaan menjadi lebih teruk lagi.

2) Penindasan dalam Perindustrian dan Economi. Pada masa sekarang, semua sektor industri dan ekonomi di kawasan ramai penduduk Sunni dimonopoli oleh minoriti Syiah. Sebaliknya, golongan Sunni terpaksa bergelut dengan kepayahan sekalipun untuk mewujudkan perniagaan kecil-kecilan. Memang terbukti yang pihak regim bermatlamat menindas golongan minoriti Sunni dalam pelbagai aspek kehidupan supaya dapat memaksa mereka memeluk Syiah atau menghalau keluar dari tempat asal mereka. Kerajaan malah menafikan hak Sunni untuk membuka kilang kecil, atau jika mereka memiliki sebuah kilang, maka undang-undang membenarkan ianya dimiliki oleh puak Syiah. Di sepanjang sempadan teluk, situasi ini menjadi lebih teruk dari yang disangkakan. Di kebanyakan kawasan, penduduk setempat Sunni dinafikan hak mendapatkan lesen menangkap ikan, bagi membolehkan industri perikanan ini dikuasai oleh peneroka-peneroka baru Syiah (yang digalakkan kerajaan berhijrah ke situ). Seperti yang dinyatakan sebelum ini, matlamat utama pihak kerajaan berbuat demikian adalah untuk mengubah populasi penduduk supaya golongan akan menjadi minoriti dalam wilayah mereka sendiri

3) Polisi mengubah persamaan sosial dan memaksa penduduk tempatan berpindah. Tujuan utama program ini dilaksanakan adalah bagi mewujudkan vakum dalam kawasan-kawasan majoriti Sunni, terutamanya di bandar Abbas, Gheshm, dan bandar sempadan wilayah Balushistan yang berhampiran dengan Negara-negara majoriti Sunni seperti Pakistan, Afghanistan dan Negara-negara teluk. Apabila matlamat ini dicapai, pihak kerajaan akan akan mempunyai kawalan penuh terhadap kawasan majoriti Sunni dan pada masa yang sama dapat memutuskan hubungan yang terjalin sekian lama antara masyarakat Sunni dengan saudara sempadan mereka. Oleh sebab itulah, pihak regim Iran telah menggalakkan sekumpulan besar masyarakat Syiah untuk berhijrah ke Khorasan, Hormozgan, Balushistan dan Kurdistan. Apabila Muslim Sunni menjadi minoriti, sudah tentu mereka tidak mempunyai undi mencukupi untuk menghantar wakil dalam Parlimen regim. Akibatnya, Muslim Sunni tidak akan mempunyai suara dalam polisi Iran. Jika didapati satu-satu kawasan itu masih bermajoriti Sunni, kerajaan akan menggunakan taktik menyuruh sebahagian penduduk berpindah ke kawasan majoriti Syiah, dan dengan cara ini Muslim Sunni tidak akan berpeluang menghantar wakil mereka ke parlimen. Di beberapa kawasan dalam Balushstan, Kurdistan, Khorasan dan bandar sempadan dengan Afghanistan, keseluruhan penduduk kampung dipaksa meninggalkan tanah mereka untuk berhijrah ke kawasan lain di Iran. Sebaliknya pula, puak-puak Syiah ditempatkan di kawasan-kawasan yang ditinggalkan tadi. Antara contoh kawasan majoriti Muslim Sunni yang tempatkan dengan penduduk Syiah adalah seperti di Sarbaz, Bahokalat dan Rask di Balushstan.

4) Meminoritikan Muslim Sunni melalui kawalan kadar kelahiran. Kebanyakan Muslim Sunni tinggal di luar bandar dengan kadar pertumbuhan populasi sekitar 13% berbanding 3% di bandar. Dengan mengenakan kawalan kelahiran ketat secara jelas akan membawa kepada kesan yang buruk kepada struktur sosial dalam satu-satu kawasan. Beberapa siri kempen pemandulan lelaki dan wanita dilancarkan oleh agensi-agensi kerajaan bagi membendung populasi Muslim Sunni.

5) Penguasaan puak Syiah dalam angkatan tentera memang jelas. Ketakutan mereka kepada Muslim Sunni tidak pernah pudar sekalipun ramai di kalangan golongan muda Muslim Sunni telah dikenakan hukuman penjara, siksaan dan hukuman mati atas pelbagai dakwaan yang samar. Sekalipun terpaksa merekrut Muslim Sunni sebagi tentera, mereka hanya akan ditempatkan di pejabat tanpa perlu membawa senjata. Dalam organisasi yang lebih penting seperti pengawal revolusi, tentera Sunni tidak dibenarkan langsung mengambil bahagian. Dalam kementerian penerangan pula, keadaan menjadi lebih teruk lagi kerana tiada seorang pun penjawat jawatan di kalangan Muslim Sunni. Perlu diingatkan bahawa ketua organisasi ini adalah Ali Fallahian (gambar) yang sangat dikehendaki oleh Interpol. Beliaulah di belakang pembunuhan ketua-ketua pembangkang di luar Negara.

Regim Syiah di Iran sedar yang ia akan menerima nasib yang sama seperti Soviet Union iaitu Negara yang multinasional dengan populasi dari latarbelakang agama berbeza. Oleh yang demikian, mereka perlu menyiapkan diri menghadapi sebarang bentuk perpecahan di masa depan. Sekalipun berdepan dengan pelbagai bentuk diskriminasi, penyiksaan, dan hukuman bunuh terutamanya di Baluchistan dan Kurdistan, pihak Syiah percaya golongan Muslim Sunni mampu bangkit untuk menentang kerana mereka memang terkenal sebagai pahlawan gagah berani lebih-lebih lagi kawasan yang diduduki mereka amat sesuai untuk gerakan memerangi diktator Syiah di Iran. Pelbagai usaha dibuat bagi mengekang kebangkitan Muslim Sunni termasuk melarang para pemimpin agama Sunni menyuarakan pandangan mereka dan menghalang mereka menyebarkan sebarang bentuk risalah.

Di awal revolusi Iran, pihak kerajaan telahpun memulakan usaha memerangi Sunni Muslim seperti yang dilakukan tentera Kristian dalam perang salib. Mereka menyebarkan propaganda dan kemudian memaksa mereka meninggalkan Sunni dan memeluk Syiah.

Pada waktu itulah pihak regim melakukan kerja-kerja ‘brain wash’ terhadap remaja-remaja Sunni. Antara kempen yang dilakukan oleh pihak regime adalah memperkenalkan perkahwinan sementara, iaitu “sigheh” yang turut disokong oleh bekas presiden Iran, Ali Akbar Hashemi Raftsenjani. Perkahwinan sementara atau Seigheh ini bertentangan dengan fahaman Muslim Sunni. Inilah salah satu cara memerangkap golongan remaja supaya memeluk Syiah.

Taktik lain yang digunakan pihak regim di wilayah tersebut ialah penginayaan dan penahanan tokoh-tokoh berpengaruh atas dakwaan yang meragukan. Telah berlaku banyak kes di mana ketua-ketua puak dijatuhi hukuman bunuh tetapi boleh dibebaskan dengan syarat ia mengahwinkan anak perempuannya dengan ulama Syiah. Dengan cara inilah, ulama Syiah tadi dapat masuk ke dalam populasi Sunni dan seterusnya mengembangkan fahaman mereka.

Dalam bidang pendidikan pula, tekanan yang dikenakan oleh regim keatas Sunni Muslim melalui bidang pengajian sejarah dan agama. Dalam pendidikan sejarah dan agama, semua angka dan fakta sejarah telah diubah. Keperibadian tokoh-tokoh terulung dalam sejarah Islam telah diaibkan supaya pemuda-pemudi Muslim Sunni hilang minat terhadap tokoh-tokoh tersebut, terutamanya bila ia berkaitan tentang pewaris Nabi Muhammad (SAW). Sebaliknya, tokoh-tokoh agama Syiah diagung-agungkan seolah-olah mereka datang dari syurga. Dengan cara ini, apabila tamat pengajian, pelajar-pelajar tadi akan lebih cenderung memahami keperibadian Syiah dan kitab-kitab mereka, berbanding fahaman Sunni itu sendiri.Ini satu contoh jelas bagaimana ‘brainwash’ dilakukan.

Masjid Diroboh

Selepas didesak beberapa kali oleh Molavi Abdel Aziz, seorang pemimpin agama Sunni di Baluchistan, sekeping tanah telah diperuntukkan untuk komuniti Sunni membina masjid namun kebenaran untuk membinanya masih belum diterima hingga ke hari ini. Perlu juga dinyatakan di sini, iaitu sewaktu permulaan revolusi di mana regime Iran belum lagi mempunyai kekuasaan penuh terhadap Negara, pihak Muslim Sunni Berjaya membina banyak masjid di kawasan-kawasan majoriti mereka. Malangnya pembinaan masjid baru telah menyebabkan pemimpin-pemimpin agama Sunni diinaya dengan dikenakan hukuman kerana kononnya bersekutu dengan “Wahabism”. Kes-kes begini telah menyebabkan masjid-masjid diruntuhkan atau disita oleh pihak regim. Yang peliknya dalam ibukota Tehran sendiri, di mana terdapat berpuluh gereja, kuil Hindu, dan tempat ibadat agama lain, tidak terdapat walaupun satu masjid untuk Muslim Sunni. Inilah bukti bahawa regim Syiah amat takutkan Muslim Sunni, seperti apa yang dikatakan oleh Molavi abdul Aziz bahawa “mereka malah tidak membenarkan kita membuka kedai kerana takut nanti mereka akan menjadi bankrap, sementara pembinaan masjid dan sekolah agama pula akan menganggu mereka”.

Selepas itu, banyak masjid dimusnahkan satu demi satu. Sememangnya regim Islam Iran adalah satu-satunya kerajaan yang berbangga kerana meruntuhkan masjid di negara sendiri. Berikut adalah beberapa buah masjid yang telah dimusnahkan oleh regim Syiah Iran.

1) Masjid Sunni di Ahwaz adalah masjid pertama diruntuhkan dan di atas tapaknya dibina pusat penerangan sebelum perang Iran-Iraq.

2) Masjid Torbate-Jam disita pada 1982 dan kemudian dijadikan berek tentera.

3) Masjid Negor dan sekolah agama di Balushistan (chahbahr) – Dirobohkan dengan bulldozer. Pihak regim menuduh pemimpinnya bersekutu dengan Wahabism.

4) Masjid Saleh Abad dan sekolah agama disita.

5) Sekolah agama di Tawalesh – pemimpinnya ditahan- disiksa dan dipenjarakan.

6) Masjid Hassanian di Shiraz – masjid ini pimpin oleh Dr. Mozafarian seorang pakar fizik. Masjid disita dan dijadikan panggung wayang.

7) Masjid Shaikh Faiz Mosque di Mashed -berusia 200 tahun. Arahan dikeluarkan sendiri oleh pemimpin kerohanian Syiah Iran, Khomeini. Selepas itu, berpuluh-puluh lagi masjid di Zahedan dan Kurdistan dimusnahkan.

Bunuh Pemimpin Sunni

Selagi mana pihak regim gagal ‘mensyiahkan’ bangsa Baluchis, Kurdis, Turk dan lain-lain Muslim Sunni, selagi itulah taktik-taktik kotor digunakan samada melalui penginayaan, hukuman penjara atau hukuman bunuh ke atas pemimpin-pemimpin Sunni.

Program pembersihan seperti ini adalah bertujuan untuk mewujudkan vakum di kawasan majority Sunni supaya mereka hidup tanpa pemimpin. Apabila ini tercapai, mudah bagi kerajaan mengembangkan kekuasaannya melalui radio, tv dan sumber-sumber lain. Perlu diingatkan di sini bahawa Khomeini berulangkali mengeluarkan kenyataan yang berbunyi “kita musnahkan masjid-masjid Sunni tapi tiada reaksi apa-apa dari mereka, kita bunuh pemimpin mereka, juga tiada reaksi apa-apa dari mereka, oleh itu kita perlu rogol wanita mereka, kerana bagi mereka isu ini sangat sensitif, dan apabila mereka mula berprotes, barulah kita boleh hapuskan mereka”. Dalam perkara berkaitan, seorang ulama muda Syiah mengaku telah merogol 60 wanita Sunni, dan kemudian telah ditahan dan dibunuh oleh kumpulan Sunni di bawah pimpinan Hameed Narooei (yang kemudiannya diracun oleh agen regim).

Berikut adalah beberapa tokoh penting Muslim yang ditahan dan dibunuh:

20 September 2010 – Sunnionline
KURDISTAN: Beberapa hari lepas, pihak berkuasa Iran menahan Ulama Sunni, Shaikh Mullah Muhsen Husaini, imam dan khatib masyarakat Sunni di bandar Kamyaran dalam wilayah Kurdistan.
Menurut HRANA, sebuah pertubuhan aktif hak asasi manusia di Iran, beberapa hari lalu pihak berkuasa rahsia Iran di Kamyaran menahan ulama Sunni yang juga seorang hakim Mahkamah Keluarga Kamyaran, dan ditempatkan di penjara yang tidak diketahui. Dua minggu sebelum itu, Shaikh Husaini menyebut dalam khutbah Jumaat mengaitkan kerajaan mensabotaj usaha-usaha kearah perpaduan antara penganut Sunni dan Syiah. Ulama berkenaan telah beberapa kali ditahan sebelum ini kerana menyuarakan diskriminasi dan kemiskinan dalam kawasan masyarakat Kurdis.

TEHRAN: Abdolmalek Rigi yang digelar Umar Mukhtar kedua, ketua pemberontak kumpulan Sunni, Jundullah, yang melancarkan penentangan di wilayah Sistan-Baluchestan, digantung pagi Ahad lalu, lapor IRNA. “Selepas diputuskan dalam tribunal revolusi Tehran, Abdolmalek Rigi digantung pagi Ahad di penjara Ein Evin ,” kata IRNA.

Bahman Shakuri dari Tawalesh, sebuah bandar di bahagian barat Irana, dituduh kerana tidak mempercayai Imam 12 Syiah adalah nabi, dan dihukum bunuh pada 1988.

Shaikh Abdel Wahab Khafi dari Khorasan, dituduh bekerjasama dengan wahabism, akibatnya disiksa hingga mati pada 1990.

Dr. Ali Mozafarian seorang pemimpin agama Sunni Muslim dan seorang pakar bedah terkenal, telah disiksa dengan teruk dan akhirnya dihukum mati pada 1992 kerana tuduhan mempunyai hubungan dengan pergerakan wahabi.

Ayatollah Allameh Abu AlFazl Borqaie pemimpin agama Syiah terkenal sebelum revolusi, kemudiannya memeluk Sunni. Percubaan kali pertama untuk membunuhnya gagal. Kemudian ditahan dan dibuang daerah. Akhirnya meninggal pada 1992.

Allameh Ahmad Mofti Zadeh, pemimpin agama Sunni Muslim Kurdis, menderita disiksa di penjara selama beberapa tahun sehingga membawa kematiannya pada 1993. Telah dibebaskan sebelum itu, tapi tidak dibenarkan mendapat rawatan luar negeri.

Molavi Abdel Malek Mullazadeh, pemimpin agama Sunni Muslim Baluchi. Moalvi Abdel Malek adalah anak sulung kepada pemimpin agama terulung di Baluchistan, terbunuh dalam serangan di Karachi oleh kumpulan pengganas Aid Mohamed Bamari yang didalangi regime Iran pada 1996. Kumpulan yang sama juga dipercayai terlibat dalam usaha menghapuskan pemimpin pembangkang Iran di Britain.

Molavi Abdel Naser Jamshid Zahi, dari Baluchista, Iran – seorang pensyarah di salah sebuah sekolah Islam Karachi terbunuh syahid bersama Movlavi Abdel Malek pada 1996 di Karachi.

Farouq Farsad dibunuh pada 1996 selepas dibuang daerah.

Molavi Qlandar Zahi dibunuh pada 1997.

Molla Mohammed Rabiei pemimpin agama Sunni Muslims di Kermanshah dibunuh oleh pihak perisikan Iran pada 1996. Beliau adalah penulis terkenal yang telah menghasilkan 40 buah buku dan artikel-artikel penting.

Dr. Ahmad Mirin salah seorang ulama terulung di Baluchstan dibunuh oleh pihak regime padan 1996 selepas ditahan di lapangan terbang Bandar Abbas.

Fatwa Isu Penting (Syi’ah) -Habib Salim bin Ahmad bin Jindan

Download

PDF Membendung Pengaruh Syiah Di Malaysia – Mufti Wilayah Persekutuan

final SYIAH

Download

Syi’ah Imamiyah, Ideologi dan Ajarannya

Download

17 Alasan Ulama Islam Mengkafirkan Kaum Syi’ah

SEJUMLAH tujuh belas doktrin Syi’ah yang selalu mereka sembunyikan dari kaum muslimin sebagai sebahagian dari pengamalan doktrin taqiyah (menyembunyikan Syi’ahnya). Ketujuh belas doktrin ini terdapat dalam kitab suci Syiah:

1. Dunia dengan seluruh isi kandungannya adalah milik para imam Syiah. Mereka akan memberikan dunia ini kepada siapa yang dikeh

endaki dan mencabutnya dari sesiapa yang dikehendaki (Ushulul Kaafi, hal.259, Al-Kulaini, cet. India).

Jelas Doktrin seperti ini bertentangan dengan firman Allah SWT Surah Al-A’raf 7: 128, “Sesungguhnya bumi adalah milik Allah, Dia dikurniakan kepada siapa yang Dia kehendaki”. Kepercayaan Syi’ah di atas menunjukkan penyetaraan kuasa para imam Syi’ah dengan Allah dan doktrin ini merupakan aqidah syirik.

2.Ali bin Abi Talib yang didakwa sebagai imam Syi’ah yang pertama dinyatakan sebagai dzat yang pertama dan terakhir, yang zahir dan yang batin sebagaimana termaktub dalam surah Al-Hadid, 57: 3 (Rijalul Kashi hal. 138).

Doktrin seperti ini jelas merupakan kekafiran Syi’ah yang berdusta atas nama Khalifah Ali bin Abi Talib. Dengan doktrin seperti ini Syi’ah menempatkan Ali sebagai Tuhan. Dan hal ini sudah pasti merupakan tipu daya Syiah terhadap kaum muslimin dan kesucian aqidahnya.

3.Para imam Syi’ah merupakan wajah Allah, mata Allah dan tangan-tangan Allah yang membawa rahmat bagi para hamba Allah (Ushulul Kaafi, hal. 83).

4.Amirul Mukminin Ali bin Abi Talib oleh Syi’ah dikatakan menjadi wakil Allah dalam menentukan syurga dan neraka, memperoleh sesuatu yang tidak diperolehi oleh manusia sebelumnya, mengetahui yang baik dan yang buruk, mengetahui segala sesuatu secara terperinci yang pernah terjadi dahulu mahupun yang ghaib (Ushulul kaafi, hal. 84).

5.Keinginan para imam Syiah adalah keinginan Allah juga (Ushulul Kaafi, hal. 278).

6.Para imam Syi’ah mengetahui bila-bila datang ajalnya dan mereka sendiri yang menentukan saat kematiannya kerana bila imam tidak mengetahui hal-hal seperti itu maka ia tidak berhak menjadi imam (Ushulul Kaafi, hal. 158).

7.Para imam Syi’ah mengetahui apa-apa yang tersembunyi dan dapat mengetahui dan menjawab apa saja bila kita bertanya kepada mereka kerana mereka mengetahui hal ghaib sebagaimana yang Allah ketahui (Ushulul Kaafi, hal. 193).

8.Allah itu bersifat bada ‘iaitu baru mengetahui sesuatu bila sudah terjadi. Akan tetapi para imam Syi’ah telah mengetahui lebih dahulu hal yang belum terjadi (Ushulul Kaafi, hal. 40).

Menurut Al-Kulaini (ulama besar ahli hadith Syi’ah), Bahawa Allah tidak mengetahui bahawa Husein bin Ali akan mati terbunuh. Menurut mereka Tuhan pada mulanya tidak tahu kerana itu Tuhan membuat ketetapan baru sesuai dengan keadaan yang ada. Akan tetapi imam Syi’ah telah mengetahui apa yang akan terjadi. Oleh sebab itu menurut doktrin Syi’ah Allah bersifat bada ‘(Ushulul Kaafi, hal. 232).

9.Para imam Syi’ah merupakan gudang ilmu Allah dan juga penterjemah ilmu Allah. Para imam Syiah bersifat Ma’sum (Bersih dari kesalahan dan tidak pernah lupa apalagi berbuat Dosa). Allah menyuruh manusia untuk mentaati imam Syi’ah, tidak boleh mengingkarinya dan mereka menjadi hujjah (Hujah Kebenaran) Allah atas langit dan bumi (Ushulul Kaafi, hal. 165).

10.Para imam Syi’ah sama dengan Rasulullah saw (Ibid).

11.Yang dimaksud para imam Syiah adalah Ali bin Abi Talib, Husein bin Ali, Ali bin Husein, Hassan bin Ali dan Muhammad bin Ali (Ushulul Kaafi, hal. 109)

12.Al-Qur’an yang ada sekarang telah berubah, dikurangkan dan ditambah (Ushulul Kaafi, hal. 670). Salah satu contoh ayat Al-Qur’an yang dikurangkan dari asalnya iaitu ayat Al-Qur’an An-Nisa ‘: 47, menurut versi Syi’ah berbunyi: “Ya ayyuhalladziina uutul kitaaba aaminuu bimaa nazzalnaa fie’ Aliyyin nuuran mubiinan”. (Fashlul Khitab, hal. 180).

13.Menurut Syiah, Al-Qur’an yang dibawa Jibril kepada Nabi Muhammad ada 17 ribu ayat, namun yang tinggal sekarang hanya 6660 ayat (Ushulul Kaafi, hal. 671).

14.Menyatakan bahawa Abu Bakar, Umar, Utsman bin Affan, Muawiyah, Aisyah, Hafsah, Hindun, dan Ummul Hakam adalah makhluk yang paling jelek di muka bumi, mereka ini adalah musuh-musuh Allah. Siapa yang tidak memusuhi mereka, maka tidaklah sempurna imannya kepada Allah, Rasul-Nya dan imam-imam Syi’ah (Haqqul Yaqin, hal. 519 oleh Muhammad Baqir Al-Majlisi).

15.Menghalalkan nikah Mut’ah, bahkan menurut doktrin Syi’ah orang yang melakukan kahwin mut’ah 4 kali darjatnya lebih tinggi dari Nabi Muhammad Saw. (Tafsir Minhajush Shadiqin, hal. 356, oleh Mullah Fathullah Kassani).

16.Menghalalkan saling tukar-menukar budak perempuan untuk disetubuhi kepada sesama temannya. Kata mereka, imam Ja’far berkata kepada temannya: “Wahai Muhammad, kumpulilah budakku ini sesuka hatimu. Jika engkau sudah tidak suka kembalikan lagi kepadaku.” (Al-Istibshar III, hal. 136, oleh Abu Ja’far Muhammad Hasan At-Thusi).

17.Rasulullah dan para sahabat akan dibangkitkan sebelum hari kiamat. Imam Mahdi sebelum hari kiamat akan datang dan dia membongkar kuburan Abu Bakar dan Umar yang ada berhampiran kubur Rasulullah. Setelah dihidupkan maka kedua orang ini akan disalib (Haqqul Yaqin, hal. 360, oleh Mullah Muhammad Baqir al-Majlisi).

Ketujuhbelas doktrin Syi’ah di atas, apakah boleh dianggap sebagai aqidah Islam sebagaimana dibawa oleh Rasulullah saw. dan dipegang teguh oleh para Sahabat serta kaum Muslimin yang hidup sejak zaman Tabi’in hingga sekarang? Adakah orang masih percaya bahawa Syi’ah itu sebahagian dari umat Islam? Menurut Imam Malik dan Imam Ahmad, sesiapa yang tidak MENGKAFIRKAN aqidah Syi’ah ini, maka dia termasuk Kafir.

Semua kitab tersebut di atas adalah kitab-kitab induk atau rujukan pokok kaum Syi’ah yang kedudukannya seperti halnya kitab-kitab hadis Imam Bukhari, Muslim, Ahmad bin Hambal, Nasa’i, Tirmizi, Abu Daud, dan Ibnu Majah bagi kaum Muslimin. Oleh kerana itu, usaha-usaha Syi’ah untuk menanamkan kesan bahawa Syiah adalah sebahagian daripada kaum Muslimin, hanya berbeza dalam beberapa hal yang tidak prinsip, adalah dusta dan harus ditolak tegas!!!.

Sumber: Risalah Mujahidin, edisi 9, th 1 Jumadil Ula 1428 / Jun 2007