Category Archives: MENOLAK WAHABI

Halusnya jarum Wahhabi

1) Halusnya jarum Wahhabi ketikamana mereka menyuntik racun menolak pengajian sifat 20, lalu umat Islam mengambil aki dah mujassimah dan musyabbihah yang tidak jazam lagi tahqiq maka lumpuhlah tauhid umat Islam. (Allah sama dengan makhluk dan berhajat kepada makhluk)
2) Halusnya jarum Wahhabi ketikamana mereka menyuntik racun menolak berpegang kepada mazhab fiqh, lalu memilih ijtihad bukan ahli maka hancurlah syariat Islam. (Sunnah pun jadi bid’ah)
3) Halusnya jarum Wahhabi ketikamana mereka menyuntik jarum memburukkan pengajian tasawwuf, para saadah sufiyyah dan kitab-kitab mereka, lalu mereka hanya memerhatikan pada zahir ibadah tanpa ruhiyyah maka lahirlah umat Islam yang buruk akhlaknya.
4) Halusnya jarum Wahhabi ketikamana mereka menyuntik racun hanya satu dua kitab yang sahih, lalu yang selainnya dipalsukan maka hancurlah turath Islami yang menjadi benteng kefahaman Al-Quran dan As-Sunnah.
5) Halusnya jarum Wahhabi ketikamana mereka menyuntik racun hanya satu dua tokoh yang boleh dipegang, yang lain didhaifkan lalu hilanglah keyakinan umat kepada para ulama’ dan authority mereka maka fatwa sang jahil yang menjadi rujukan.
6) Halusnya jarum Wahhabi ketikamana mereka menyuntik jarum meninggalkan asas qawaaid ilmu Islam, Usulnya, mantiqnya, mustolahatnya, lughahnya, tarikhnya lalu terjun ke dalam perbahasan Al-Quran dan As-Sunnah maka lahirlah liberalisme, zohiriyyah, pluralisme, ISIS Militan Islam yang meletakkan makna Al-Quran dan As-Sunnah bukan pada tempatnya.
7) Halusnya jarum Wahhabi ketikamana mereka menyuntik jarum memperlekehkan pengajian traditional dan talaqqi, lalu hilanglah barakah ilmu, diangkat orang muda yang kurang akal (tidak matang dalam ilmu) dan kurang adab maka lahirlah generasi yang kurang ajar. (Tidak menghormati ilmu dan para ulama’)

Warkah “Cinta” Untuk Dr Rozaimi @ RORA

Tuan Khalifah:
ASSALAMUALAIKUM WRH WBKTH.

Warkah “Cinta” Untuk Dr Rozaimi @ RORA

TENTANG BUKU
“HADIS PALSU & DHAIF POPULAR DALAM MASYARAKAT MELAYU”-susunan Dr Rozaimi .

1. Methodologi Dr. Rozaimi Ramle dalam bukunya ialah mengikuti pendapat minoriti ulama yang menolak hadith dhaif secara mutlak. Padahal yang demikian itu bercanggah dengan manhaj ulama Salaf dan majoriti ulama ahlussunnah wal jama’ah. Yang menghairankan beliau menyalahkan pendapat majoriti ulama walaupun tidak secara langsung.

2. Terdapat hadith yang sebenarnya tidak palsu disisi ulama hadith mu’tabar tetapi dihukum palsu oleh Dr. Rozaimi Ramle.

3. Berkaitan dengan hujjah hadith mursal, Dr. Rozaimi Ramle kurang amanah dengan sengaja tidak menyampaikan perbezaan pendapat antara ulama hadith dengan ulama ushul dan fuqaha. Sikap yang demikian boleh membentuk taksub dan fanatisme pembaca bukunya bahawa seakan-akan mereka patut menyalahkan ulama ushul dan fuqaha yang menerimanya sebagai hujjah.

4. Banyak hadith yang sebenarnya khilaf statusnya disisi ulama hadith, tetapi Dr. Rozaimi Ramle tidak menyampaikan khilaf tersebut dalam tulisannya. Dan perbuatan demikian itu kurang amanah ilmiyyah serta mengundang kekeliruan dalam hal tidak menepati penulisan ilmiyyah dalam dunia ilmu hadith dan yang lain.

5. Terdapat hadith yang dinilai hasan oleh hampir seluruh ulama hadith Ahlussunnah wal Jama’ah, tetapi Dr. Rozaimi Ramle menilainya berbeza, iaitu dhaif. Ini menunjukkan Dr. Rozaimi Ramle begitu berani dalam menilai status suatu hadith, walaupun seluruh ulama hadith menilai sebagai hadith hasan.
6. Dr. Rozaimi Ramle dilihat tidak mengikuti manhaj ulama ahli hadith dalam menilai hadith yang sanadnya terdapat perawi pendusta (kadzdzab). Seolah-olah disisi Dr. Rozaimi Ramle, jika dalam sanad tersebut ada perawi yang pendusta maka secara automatik hadith tersebut palsu. Ini bercanggah dengan kaedah ulama hadith dimana kepalsuan suatu hadith bukan semata-mata mutlak kerana seorang perawi yang pendusta.

7. Dr. Rozaimi Ramle terlalu berani membahaskan perkara yang bukan dalam dibidangnya, iaitu ilmu illat hadith (kecacatan hadith yang tersembunyi), malah ia bercanggah dengan kenyataan ulama-ulama yang menguasai ilmu illat. Ilmu illat tidak dikuasi oleh semua ulama ahli hadith, tetapi hanya beberapa ulama sahaja yang menguasi ilmu ini dan kriteria menjadi ulama dalam bidang ilmu ini sangat ketat.

8. Terjemahan Dr. Rozaimi Ramle terhadap ucapan ulama kadangkala tidak benar bahkan cenderung tahrif, sehingga boleh mengubah erti atau maksud yang sebenarnya. Malangnya terjemahan tersebut menentukan hukum yang beliau berikan terhadap suatu hadith.

9. Dari gaya analisis sanad yang dilakukan oleh Dr. Rozaimi Ramle dapat dilihat bahawa Dr. Rozaimi Ramle terlalu bergantung dan terkesan mengikuti analisis dalam forum atau laman web Salafi Wahabi, seperti ahlalhadeeth dan IslamWeb yang dimasukkan dalam buku beliau ini.

10. Kadangkala Dr. Rozaimi Ramle membuat kesimpulan sendiri yang padahal ulama hadith tidak menyimpulkan sama dengan beliau. Walhal perbuatan demikian itu hanya boleh bagi pakar hadith yang benar-benar berpengalaman dan diiktiraf.

11. Dr. Rozaimi Ramle terlalu berani menyalahkan erti suatu hadith yang padahal ulama yang jauh lebih pakar dibidang hadith, lughat, fikah dan lain-lain menerima dan tidak menyalahkannya.

12. Tajuk buku tersebut tidak sepatutnya meletakkan perkataan “popular” kerana kebanyakan hadith dalam buku tersebut sememangnya tidak popular dikalangan masyarakat Melayu. Bahkan ada hadith yang sebenarnya tersebar di website atau blog milik orang Indonesia. Kebanyakan hadith dalam buku tersebut tidak tersebar luas dalam television, radio, atau Media Arus Perdana. Sewajarnya perkataan “popular” ditukar dengan perkataan “tersebar”. Inilah amanah ilmiyyah!

# Tulisan : Cucu Mat Padang,Pertubuahaan Ahlussunnah Wal Jamaah Johor….Ada satu Buku Khas akan diterbitkan menjawab isu isu Rozaimi huru harakan Malaysia.

Kisah Abu Nawas Dengan 10 Wahabi

Azam:
Tolak WAHABI:
Kisah Abu Nawas Dengan 10 Wahabi
Wahabi 1 :
Jangan melakukan suatu ibadah yang tidak ada contoh dari Rasulullah saw
Abu Nawas :
Kalu gitu mulai sekarang anda jangan dengarkan khutbah jumaat yang menggunakan Bahasa melayu
Wahabi 2 :
Semua amalan itu tertolak tidak jika tidak ada contohnya dari Rasulullah
Abu Nawas :
Kalu gitu mulai sekarang anda jangan lakukan shalat tarawih sebulan penuh di masjid
Wahabi 3 :
Islam itu sudah sempurna tidak perlu di tambah2 lagi
Abu Nawas :
Kalu gitu tidak usah banyak ckp, Islam kan sudah sempurna tidak perlu lagi di tambah2 ajaran aneh wahabi, yang tidak pernah ada nash larangannya jangan anda haramkan.
Wahabi 4 :
Kubah kuburan wali harus di robohkan kerana berpotensi syirik di sembah2
Abu Nawas :
Kenapa hanya kubah kuburan saja yg di robohkan, sekalian saja dipotong semua pohon didunia, ratakan semua gunung, gua, laut, semuanya juga berpotensi syirik.
Wahabi 5 :
Tassawuf itu ajaran baru karena tidak ada riwayat Rasulullah pernah menyebut sufi
Abu Nawas :
kalau gitu tidak usah belajar hadits karena Rasulullah pun tidak pernah menyebut istilah muhaddits, shahih, dhoif dan sebagainya
Wahabi 6 :
Jangan percaya kepada ulama percayalah kepada Rasulullah saja, ulama tidak ada yg maksum yg maksum hanya Rasulullah
Abu Nawas :
Kalau begitu anda tidak usah pakai hadits karena semua hadits di riwayatkan oleh para ulama, semua kitab juga di tulis oleh Ulama kerana Rasulullah tidak pernah menulis kitab apapun
Oleh itu guru-gurunya wahabi kan baru saja dikenali 500 tahun setelah Rasulullah
Wahabi 7 :
Maulid itu bid’ah tidak boleh di lakukan, tidak ada contohnya dari Rasul
Abu Nawas :
Kalau gitu jika besok anak anda lahir anda tidak boleh tersenyum, gembira, mengucapkan alhamdulillah, dll kerana itu juga merupakan sebahagian dari perayaan kelahiran
Wahabi 8 :
Malaysia ini negara thaghut.
Abu Nawas :
Kalau gitu anda tinggalkan malaysia sekarang juga
Wahabi 9 :
Aqidah Asy’ariyyah itu sesat
Abu Nawas :
Kalau gitu tidak payah mengaji kitab Ibnu Hajar Al Asqalani, kitab imam nawawi, dan lain – lain mereka semua Asy’ariyyah
Wahabi 10 :
Imam Syafii itu tidak maksum
Abu Nawas :
Apa lagi anda…yg ada di mana2 group.ilmunya cuma COPY&PASTE SAJA…☺😊☺
Wahabi yg ada di group whatups skrg ni:
dasar ahlul bid’ah..bid’ah bid’ah bid’ah…..!!
Abu Nawas :
Yang suka menjerit sampah,sampah,, biasanya tukang angkat sampah,dan
yang suka menjerit ikan,ikan,ikan, biasanya penjual ikan, yang suka menjerit
Dan teriak bid’ah bid’ah bid’ah adalah ???
xixixixi, jawapnnya mudah tidak perlu rujuk kamus….hehehe pecinta wahab najezd
😁😁😁
Begitula al kisah abu nawas dgn wahabi.

👍🏼👍🏼👍🏼👍🏼

Titah Sultan Johor mengenai larangan pendakyah2 wahabi mengajar di Johor

Penceramah luar yang ingin berceramah di Johor perlu mendapat tauliah daripada Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) terlebih dahulu sebelum mengadakan ceramah agama di negeri berkenaan.

Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar bertitah walaupun penceramah tersebut bagus kerana pandai berhujah dan sering berceramah di televisyen, namun apabila dia tidak diberi tauliah, pasti ada yang tidak kena dengan pengajarannya.

“Cermin dahulu muka sendiri sebelum nasihat kepada orang lain. Kita akan mengawal mana-mana orang daripada mengajar agama Islam tanpa tauliah kerana ajaran sesat dan ceramah berbaur politik yang menjadi medan untuk mengata, memfitnah dan mencaci orang lain akan hanya mengelirukan masyarakat Islam dan meruntuhkan perpaduan rakyat,” titah baginda.

Sultan Ibrahim bertitah demikian pada Majlis Perasmian Tilawah al-Quran Peringkat Negeri Johor Ke-60 di Dataran Tanjung Emas malam tadi.

“Dalam Perlembagaan Persekutuan, jelas memperuntukkan agama Islam di bawah bidang kuasa negeri dan sultan adalah ketua agama di negeri masing-masing. Dalam Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor 1895 diperuntukkan dengan jelas Sultan adalah ketua agama bagi negeri Johor Darul Takzim.

“Tapi sejak kebelakangan ini, ada pihak yang suka mencampuri kuasa agama di negeri-negeri sedangkan mereka hanya mempunyai bidang kuasa di negeri masing-masing,” titah baginda.

Turut berangkat ke majlis itu ialah Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah dan Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Sultan Ibrahim bertitah amalan yang sekian lama diamalkan di Johor seperti Maulidur Rasul, bacaan doa awal dan akhir tahun, nisfu syaaban, bacaan Yasin dan tahlil pada malam Jumaat, membaca doa qunut dalam sembahyang subuh, membaca talkin dan sebagainya juga dipertikaikan dan dituduh sebagai bidaah yang membawa kepada balasan neraka di hari kiamat kelak.

“Saya ingin mengingatkan pihak tertentu yang mempunyai pandangan berbeza supaya tidak mencampuri urusan agama di Johor kerana perbuatan itu akan menjadikan umat Islam keliru dan berpecah belah. Umat Islam di Johor tetap dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

“Semua negeri mempunyai majlis agama masing-masing yang ada kuasa dan tanggungjawab untuk mengawal selia serta memastikan perjalanan hal ehwal agama Islam di negeri masing-masing supaya berjalan dengan baik, teratur dan harmoni.

“Tidak perlulah orang luar campur tangan dan sibuk memberi ulasan seakan menunjuk pandai sangat.

“Peranan seorang mufti dalam sesebuah negeri adalah untuk mengeluarkan fatwa dan menjelaskan mengenai hukum Islam hanya untuk negeri berkenaan.

“Duduklah diam-diam di negeri sendiri dan jangan jaga tepi kain orang lain,” titah baginda.

Sultan Ibrahim bertitah al-Quran hendaklah ditafsirkan oleh mereka yang pakar dan mahir dalam bidang tafsir kitab suci itu bagi mengelakkan ia disalah tafsir sewenangnya.

“Kita mestilah belajar dengan guru agama atau alim ulama yang diiktiraf oleh pihak berkuasa agama yang sudah menyiasat latar belakang guru dan penceramah yang betul berdasarkan tauliah yang diberikan.

“Untuk mendalami al-Quran dan ajaran Islam, kita tidak boleh hanya merujuk kepada Google, YouTube dan Facebook semata-mata atau johbulat-bulat maklumat yang disebarkan di media sosial.

“Memang benar urusan dakwah itu boleh dilakukan sesiapa sahaja, tetapi di Johor ini, kita ada undang-undang untuk mengawal pendakwah yang boleh mengelirukan dan tidak sehaluan dengan cara kita,” titah baginda.

– Bernama

Buku Iman oleh Dr. Muhammad Naim Yasin diharamkan di Selangor

FB_IMG_1455520363191

16 Pendakyah Wahabi Diharamkan Berceramah di Johor

maklumat-johor-1maklumat-johor-2maklumat-johor-3maklumat-johor-4

PERTAHAN AKIDAH ASWJ : PAHANG SEDIA IKUT JOHOR

Oleh Haspaizi Mohd Zain

Pahang tidak menolak kemungkinan akan mengikut jejak Johor mengharam mana-mana pendakwah yang membawa fahaman bertentangan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) daripada bercermah di negeri itu.

Mufti Pahang, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman, berkata bagaimana pun perkara itu akan diputuskan Majlis Agama Islam Pahang (MAIP) yang mana Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah selaku Yang Dipertua MAIP.

Beliau berkata, apa yang dilakukan Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) wajar dipuji dan satu tindakan tepat bagi memelihara serta mempertahankan akidah ASWJ yang menjadi pegangan umat Islam di negara ini.

“Di Pahang kita memantau kemasukan penceramah yang membawa fahaman berbeza dengan ASWJ dan kita tidak menolak kemungkinan untuk mengikut jejak langkah MAIJ, bagaimanapun kita tunggu keputusan MAIP. Namun, kemungkinan itu ada.

“Kita memandang serius terhadap mereka yang mempunyai bahan bacaan tidak bermazhab ataupun suka membidaah amalan umat Islam seperti tahlil dan sebagainya kerana ini boleh membawa kepada ancaman keselamatan.

“Oleh itu kita menyokong keputusan MAIJ dan semua pihak perlu aku kepada pendirian yang sudah dibuat itu,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Sebelum ini, MAIJ menyenaraikan 16 penceramah yang dianggap membawa fahaman bercanggah dengan akidah ASWJ di larang daripada menyampaikan ceramah agama di negeri itu.

Turut tersenarai dalam 16 individu yang dilarang itu ialah, Mufti Perlis, Datuk Dr Asri Zainul Abidin dan Exco Pemuda UMNO, Dr Fathul Bari Mat Jahaya.

Sementara itu, Mufti Negeri Sembilan, Datuk Mohd Yusof Ahmad, berkata 16 penceramah yang disenaraikan MAIJ itu juga turut diharamkan berceramah di negeri itu.

Cuma bezanya majlis agama negeri itu tidak menyenaraikannya seperti mana dilakukan oleh MAIJ, malah ada diantara mereka memohon tauliah untuk berceramah, tetapi tidak diluluskan.

“Saya rasa di Malaysia, undang-undang Syariah kita sudah jelas berpegang kepada ASWJ. Sebelum Johor ambil tindakan macam itu, ada antara mereka kita sudah menolak.permohonan sebelum ini.

Sumber : http://watan-online.com/?p=15183

Ideologi takfiri, tabdi’ dasari kefahaman salah

Al’Allamah Dr. Syiekh Usamah Sayyid Al-Azhari ditanyai akan pendapatnya tentang deklarasi khilafah Islamiyah yg dilakukan oleh kelompok Dawlah Islamiyah Iraq wa Syam (ISIS)

اعلام..

Al’Allamah Dr. Syiekh Usamah Sayyid Al-Azhari ditanyai akan pendapatnya tentang deklarasi khilafah Islamiyah yg dilakukan oleh kelompok Dawlah Islamiyah Iraq wa Syam (ISIS) beberapa waktu lalu..

Beliau menjawab:
“Apakah sepanjang hidupmu kamu pernah mendengar bahwa seorang khalifah Rasulullah yg Allah utus menjadi rahmat bagi semesta alam, seorang khalifah yg menggantikan Rasulullah dengan cara menumpahkan darah??
Membunuh tawanan perang? Merampas dan menghancurkan daerah-daerah?
Bahkan mereka berbangga memenggal manusia dan mempertontonkannya di video.
Apakah seperti ini khilafah yg
menggantikan Rasulullah? yg diutus menjadi rahmat bagi semesta alam!!? Ini hanya omong kosong..

Jika benar mereka ingin membela Islam,maka semestinya mereka tidak mengacungkan senjatanya ke arah kaum muslimin. Padahal di dekat mereka ada Israel yang menjajah Palestin. Kita tidak pernah mendengar mereka berkata mengenai Israel. Kita hanya mendengar mereka memberikan ancaman ke Mesir, Jordan, Saudi, Suriah, dan negara-negara lain. Mereka tidak berbicara tentang Israel, padahal musuh kita sebenarnya adalah Zionis, bukan malah saling perang antara sesama muslim.

Saya mengingatkan kalian tentang sebuah hadis Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam yang diriwayatkan oleh Ibnu Hibban bahwa Rasulullah berkata (atau dalam maknanya):

“Salah satu hal yg paling saya takutkan dari umatku adalah muncul seseorang yg membaca AlQuran dan mampu mendapatkan
keindahan al-Quran,bahkan ia menjadi pelindung bagi Islam, namun kemudian ia mengarahkan senjatanya ke arah saudaranya dan menuduhnya dengan
tuduhan kafir….”

Orang itu tidaklah bodoh, ia telah
diberikan ilmu tentang al-Quran oleh Allah hingga ia mampu mendapatkan rahasianya, bahkan ia menjadi pelindung bagi Islam kerana ilmu yg ia miliki. Namun kemudian pemahamannya keliru hingga akhirnya ia menyebarkan tuduhan kafir di tengah kaum muslimin..

Dan yg lebih bahaya dari itu adalah seseorang yg memiliki sifat demikian, lalu muncul di tengah masyarakat dan memperburuk keadaan, lalu ia mengaku
dirinya sebagai khalifah pengganti
Rasulullah. Ini sebuah kejahatan terhadap agama. Maka janganlah kalian terpedaya dengan isu ini, berhati-hatilah! Dan peringatkan rekan-rekanmu yg mampu saja terpedaya dengan panggilan-panggilan jihad semacam ini. Peperangan mereka bukanlah sebuah jihad.Tidak ada jihad melawan kaum muslim sendiri.
Maka berhati-hatilah!”

sumber: mahasiswa al-Azhar
سلام جمعه مبارك..

PU Faiz jawab isu Tarian Sufi & Wahabi